Sejak kebelakangan ini ramai pula yang gemar menggunakan kemasan lantai vinyl dengan rekaan seperti lantai kayu yang nampak begitu bergaya jika digayakan di ruangan rumah.
Bukan sahaja ‘menang’ pada pilihan rekaannya malah disebabkan mudah dipasang tanpa perlukan kepakaran tinggi, juga menjadi sebab ramai ingin mencuba membuat pemasangan sendiri.
Di sini dikongsikan antara teknik pemasangan lantai vinyl dengan gaya pemasangan tulang ikan yang boleh difahami dengan mudah sebagaimana perkongsian daripada Net Azr.
Semoga ianya memberi manfaat untuk yang merancang melakukan diy pemasangan lantai vinyl di rumah. Selamat mencuba!
Susunan cara 1 tu rapat ke dinding..
Mmg akan menjimatkan penggunaan vinyl. Mudah tuk hampa nk potong vinyl tu tadi sebab potongan menegak ja.Kurang wastage nanti.
Ads
Jimat vinyl, jimat la duit hampa.
Susunan cara 2 tu pun boleh..tapi akan guna banyak vinyl nanti.. Sebab pa? Sebab tepi dinding nanti hampa kena potong senget.. Banyak wastage vinyl akan terjadi..so bazir ja.. Kalau expert yang buat, depa boleh potong bagi sama..
Kalu nubis cam kita ni haa, tangan pun terketaq2 nak potong, jangan harap nak sama dan ngam tuk sambungan vinyl..
Hampa paham dak? Kak hampa nak buat video pun malu. Kalau xfaham, hampa tanya la na..
Ads
Sekian sedikit perkongsian dari kak yang tak seberapa ni.
Kalau ada otai2 yang expert, sila betulkan kalau salah.
Hari ni kak pasang lantai guna gam tarik bulan(dunlop, ca blue) sebab ni pasang kat bahagian depan umah.. Tahan ayaq.
Ads
Customer tak mau corak tulang ikan.. Kalau dak kak belanja hampa video tadi.
Sini kak sertakan video cara nak sapu gam ni.. Sambil2 kak hampa ngah pening gam ni.. Sampai ke bulan dah ni ha.
Di dalam sesebuah rumah tangga, kena ada sikap bertoleransi dan memahami antara satu sama lain.
Perselisihan faham antara suami isteri adalah lumrah dan asam garam dalam rumah tangga.
Namun, kebelakangan ini sering kita mendengar tentang isu rumah tangga diluahkan di media sosial.
Kisah yang sepatutnya menjadi peribadi sudah terdedah pada umum. Ada vaik dan buruknya apabila suami isteri berbuat demikian.
Namun menjadikan media sosial platform meluahkan rasa adalah kurang tepat. Sebaliknya, ia mengundang lebih banyak masalah.
Bagi pelakon Drama Hero The Movie, Hisyam Hamid mengakui perselisihan faham antara suami isteri dalam institusi rumah tangga perlu diselesaikan secara bermuzakarah (berbincang).
Bagi Hisyam, tiada kewajipan untuk pasangan suami isteri mengheret pihak ketiga, misalnya keluarga untuk mencampuri urusan membabitkan rumah tangga, melainkan jika berdepan dengan keadaan yang benar-benar memerlukan.
“Sepanjang berkahwin selama 13 tahun kalau ada masalah antara saya dan isteri kami akan menyelesaikannya sendiri. Saya percaya kalau ketika senang berdua kenapa bila ada masalah nak libatkan semua orang?
“Selesaikan masalah ‘behind the close door’. Melainkan jika masalah itu memerlukan pandangan daripada pihak ketiga seperti keluarga yang lebih matang,” katanya kepada Gempak.
Mengulas mengenai keretakan rumah tangga dalam kalangan selebriti yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini, tambah Hisyam perihal jodoh terlalu subjektif untuk dibahaskan.
“Perceraian adalah perkara yang sangat peribadi bagi mereka yang melalui fasa itu. Tak ada yang berkahwin mahu berpisah, semua ingin ke syurga.
“Apa yang saya boleh kongsikan dugaan rumah tangga itu akan ada, jadi saya dan isteri praktikkan komunikasi dan persefahaman di rumah.
“Kalau ada masalah cuba sedaya upaya selesaikan secepat mungkin, semakin lama diperam perkara itu akan jadi semakan negatif,” ujar Hisyam lagi.
Sumber: Astro Gempak
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa yang berkongsi segalanya. Suka duka, begitu juga tanggung jawab.
Tidak hanya boleh mengharapkan satu pihak sahaja dalam semua hal. Perkongsian wanita bernama Zeeda Aziz boleh membuka mata pasangan yang sudah berkahwin supaya saling bekerja sama. Bak kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Barulah aman rumah tangga kan.
Si suami jangan hanya melepas semua tanggung jawab kepada isteri semata-mata. Nak nak lagi jika masing-masing bekerja. Kena ringan tulang dan bantu apa yang patut. Usah asyik goyang kaki sahaja dengan alasan penat sedangkan dua-dua bekerja.
Zaman ni bukan zaman boleh berharap suami akan setia hingga hujung nyawa. Suami mudah mengugut,
“Aku kahwin lagi satu, baru kau tahu!” hanya untuk membuatkan si isteri tunduk dan patuh. Mungkin ada sesetengah yang berbuat demikian, namun jangan anggap mereka lemah.
Itu yang ingin disampaikan oleh wanita ini apabila kawannya sendiri pernah melalui situasi tersebut.
Bukan mahu menunjukkan si isteri derhaka, namun sekurang-kurangnya bersuara jika ada perrkara yang tidak betul dan diperbaiki untuk keharmonian rumah tangga jua.
Kawan saya pernah diuji begini. Suaminya cuba membuat isterinya tunduk melutut dan merayu supaya tidak diduakan. Mungkin dia mahu merasa ada kuasa sebesar pemerintah gila.
Walaupun sudah berumahtangga agak lama, tapi si suami tak pernah tahu kekuatan sebenar si isteri. Kelembutan isteri dianggap kelemahan yang boleh dipergunakan.
Kawan saya ni ketika tu sedang sarat mengandung. Menunggu hari je nak bersalin. Jadi silap haribulan lah nak menduga emosi mak buyung. Garang perempuan bawa perut ni lain macam sikit.
Saat si suami sebut sahaja yang dia nak menambah cawangan, kawan saya ni dengan penuh senyuman membalas tuntutan suaminya:
“Elok juga tu! Kahwin je lah. Saya pun jemu layan nafsu awak. Barang tak sebesar mana, main pun sekejap. Buat sakit hati je melayan. Carilah orang lain ganti tempat saya. Awak nak saya pergi pinangkan ke? Lagi cepat lagi bagus. Saya pun nak beranak dah ni.”
Jadi tak si suami berkahwin baru? Tak. Diam begitu je. Sampai sekarang belum jumpa jodoh baru.
Kawan saya pula memang dah malas peduli biang suaminya yang asyik layan awek WeChat. Dia hanya sibukkan diri berniaga online untuk sara anak², kumpul duit, beli kereta baru. Laki tak boleh pinjam..kah kah!
Perempuan zaman sekarang bijak mencari nafkah sendiri. Suami nak hanyut dengan hiburan dunia, lantak pi kat dia. Berseronoklah sampai tulang membongkok, kerandut mengecut. Takda sapa kisah.
Nanti bila dah tua, tak ada sapa peduli, boleh buat cerita di Harian Metrofulus ‘Ayah Tua Menangis Diabaikan Keluarga’. Pembaca yang tak tahu cerita mungkin jatuh kesian. Tapi ahli keluarga yang melaluinya, boleh sebut “meh” saja.
To all single moms out there, saya tahu betapa susahnya kamu berjuang untuk membesarkan anak-anak. My mom dah lalui semua tu. It was hard for her, and for us too. Tapi Alhamdulillah, sekarang mak dah boleh menarik nafas lega. Anak² dah besar dan pandai bawa diri. Tak ada yang merapu hala.
Apabila kau tiada suami yang mampu pegang tanggungjawab sebagai pelindung, Allah akan hantar malaikat untuk memelihara kau dan anak-anak. Itu yang kami rasa waktu tu. Sentiasa dilindungi dan dirahmati. InsyaAllah, waktu perit ini akan berakhir dengan kebahagiaan.
Stay strong mommies. Love!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kes cabul dikalangan kanak-kanak tidka boleh dipandang ringan. kes sebegini sudah terlalu banyak dilaporkan oleh media. Paling merunsingkan, si pelaku adalah orang terdekat yang paling dipercayai.
Justeru, sebagai ibu bapa seharusnya memainkan peranan dalam hal ini bagi mengelakkan anak-anak menjadi mangsa.
Saudara Firdaus Mokhtar berkongsi satu kisah pesakit wanita yang menderita depresi akibat anak perempuannya dicabul oleh anak lelaki pengasuh.
Semoga kisah ini menjadi teladan untuk ibu bapa lain supaya berhati-hati dalam menjaga keselamatan anak-anak. Dalam masa yang sama kena bertindak dengan mendidik anak-anak kita tentang perkara ini.
“Saya tak percaya siapa-siapa!” Kata seorang pesakit kepada isteri saya.
Meskipun sesi telah berjalan lama, emosi pesakit ini masih belum dapat ditenangkan. Iyalah, itu adalah sesi yang pertama. Memang kes-kes macam ini kena lalui beberapa sesi.
Pada mulanya dia tak banyak bercerita. Namun akhirnya dia berani untuk buka mulut.
Dia bukan sengaja untuk selalu tidak ke tempat kerja. Kerap ambil cuti. Sampai cuti tahunan habis. Ambil pula cuti tanpa gaji. Akhirnya bila hujung bulan gaji jadi sikit. Tekanan!
Pesakit ini dirujuk ke hospital kerana major depression disorder (MDD). Dia jadi marah tiba-tiba. Menangis tiba-tiba tanpa sebab. Terlalu berfikir dan selalu berdebar-debar. Takut dengan macam-macam benda.
“Saya tak sangka anak dia buat macam tu. Anak lelaki dia baru tingkatan 1,” air mata pesakit tadi mula jatuh. Dia mula tak tenteram.
Anak perempuan pesakit ini berusia 4 tahun. Dicabul oleh anak lelaki pengasuh. Entah berapa lama dah jadi, tak diketahui.
Cuma akhirnya dapat tahu bila satu hari anak dia mengadu sakit di kemaluan masa mak dia mandikan dia. Anak dia kata anak pengasuh masukkan jari ke kemaluan. Jadi sakit.
“Lama dah ke abang L buat macam tu?” Soal pesakit tadi ke anak dia.
“Dah lama. Tapi sebelum ni usik usik je,” balas anak tadi.
Luluh hati mak ini. Anak yang dijaga sehabis baik diperlakukan begitu oleh orang lain.
Menambah tekanan bila ditanya ke pengasuh, dia dimarahi. Malah diugut pula.
“Kalau pergi buat laporan polis, aku pun akan buat laporan polis juga. Kau tuduh anak aku buat bukan-bukan. Percaya sangat cakap budak umur 4 tahun!”
Eh, aku pula geram. Hah! Akhirnya laporan dibuat, pemeriksaan hospital mengesahkan memang anak dia dicabul dan ada kesan tusukan.
Maka sejak itu pesakit ini tadi tidak percayakan siapa-siapa. Termasuk timbul ragu-ragu dan ketakutan kepada suami sendiri. Jadi depresi.
Dia tak pergi kerja sebab dia nak pastikan dia sendiri jaga anak dia. Tengok depan mata. Ada selalu sebelah anak dia. Begitu.
Kalian semua, ini sedang berlaku. Malah banyaknya kes begini di negara kita.
Saya kepilkan laporan statistik PDRM kes pedofilia yang keluar semalam di dada akhbar Sinar Harian. Ada banyak data cuma saya lampirkan data tentang hubungan suspek dengan mangsa.
Ada banyak pemangsa yang datang daripada pelbagai latar belakang dan perhubungan. Ada yang jauh, ada yang memang keluarga terdekat.
Ya Tuhan, dunia apa yang kita sedang hadap ini? Menakutkan.
Bukanlah niat saya untuk menimbulkan ketakutan kita buat orang sekeliling kita. Tapi kita kena bertindak dengan mendidik anak-anak kita tentang perkara ini.
Maka pesan saya;
1. Ajar mereka soal menjaga kehormatan mereka daripada disentuh oleh orang lain. Sesiapa sahaja dilarang menyentuh kemaluan mereka. Sebut sungguh supaya kes begini boleh kita jauhkan.
2. Berhati-hati memilih pengasuh. Kenali juga keluarga terdekat pengasuh. Suami dia kerja atau tidak, anak pengasuh umur berapa, ada sesiapa lagi tak yang tinggal di rumah pengasuh.
3. Ajar anak sensitif dengan persekitaran. Rajin berbual dengan anak-anak. Supaya anak-anak tidak rasa janggal untuk berkongsi masalah dengan kita.
Bila kes macam ini berlaku, kesannya bukannya kecil. Bukan satu-satu keluarga tapi mungkin akan meruntuhkan sebuah rumahtangga. Iya, rumahtangga mangsa tahu, bukan rumahtangga si pemangsa tadi.
Kesannya juga akan kekal lama. Pada emosi mangsa dan keluarga mangsa tadi. Macam saya pernah tulis sebelum ini, kadang sampai mangsa ini dewasa. Boleh jadi Post Traumatic Stress Disorder bertahun lama.
Allahu.
Kawan-kawan, semoga kita sentiasa dalam kasih sayang Tuhan. Sebarkan demi kebaikan kita bersama.
Sekian.
Firdaus Mokhtar, Kasihanilah kami wahai Tuhan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...