“Projek DIY Musim PKP.” Ayah Ni Belajar Ikut Google, YouTube & FB Bina Kolam Renang Mini Untuk Anak!

Share

Menarik perkongsian saudara  Eddy Azuan  dalam menghasilkan mini kolam renang untuk anak-anaknya.  Walaupun belajar melalui youtube, google dan juga facebook, namun hasilnya memang memuaskan.

Ibu bapa yang nak cuba boleh lah belajar melalui perkongsian ini.

1. Ni la rupa asal ruang yang ada.. rumput tiruan tu mmg dah ada.. cuma tanah tak sama level dengan lantai batu.
2. Inilah lakaran pelan🤣🤣🤣🤣.. orang kata lukis dulu baru nampak… oh ya.. ada yg tanya kenapa perlu buat deck keliling? a. Taknak kucing dtg cakar b. Taknak ada haiwan bermastautin celah2.. c. Melindungi sistem pipe yg ada d. Nampak kemas dan siap.
3. Barang2 diorder dari online..3 hari terus sampai depan rumah… cuma KANVAS kolam yg sebelah dalam tu beli dari set pool yg dah siap.. BESTWAY 2m x 4m… kedalaman 1m… buleh try cari di shopee.. harga lebih kurang rm700-800..
4. Kerja2 dimulakan.. dimulakan dengan memunggah semula rumput tiruan untuk proses meratakan sedikit tanah..
5. Lebih kurang 15 kampit pasir digunakan.. kenapa tak simen? Hahaha.. tak larat nak bancuh🤣🤣🤣… kenapa tak pakai tanah merah? Kat kedai online tu je ada.. senang sekali order.. rumusan.. sebaiknya lantai tu simen dulu cun kalau ada MODAL tenaga dan mesin.
6. Lebih kurang hasil setelah pasir diratakan.. jgn lupa paip longkang utk air keluar.. hujungnya akan ditutup dgn jaring supaya mmg takda ‘menatang’ leh keluar masuk..
7. Lepas tu, cover balik dgn WEED MAT.. utk elak pertumbuhan tumbuhan di celah2.. saya kekalkan rumput tirua n sebagai alas sebab nak jadikan lembut didasar kolam bila pijak…kalau tak risau ada batu, atau benda tajam lain..
8. Framing dimulakan dengan jasa bahan mentah BESI BIRU! Pelan2 potong pakai gunting.. tak berani pakai GRINDER..
9. Inilah bukti 3 minit yg sempat dirakam jiran.. bantuan anak2 yg kunun nak bantu..🤣🤣🤣.. 3 minit jaaaaaa.. pastu resign.
10. Siap lebih kurang frame utk deck.. ingat, ini utk tampung DECKING.. tak pasti kalau pakai kanvas tanpa set pool buleh tampung beban air atau tak..
10. Siap lebih kurang frame utk deck.. ingat, ini utk tampung DECKING.. tak pasti kalau pakai kanvas tanpa set pool buleh tampung beban air atau tak..
12. Tangga pool tu lebihan .. nanti kena DIY adjust sikit..
13. Lepas siap FRAME.. kita usahakan sistem PAM dan FILTERnya… asalnya pam 0.5hp.. kemudiannya akan ditapis ke sand filter… Namun selepas dicuba pam 0.5hp tak cukup power utk bantu bila nak vacuum sedut habuk dilantai… maka… UPGRADE ke 3.0hp!!!🤣🤣🤣
14. Lepas siap sistem pipe dan pump.. mula pasang kolam KANVAS.. dan try isi air.. waktu inilah tetiba yang RESIGN kerja tadi terus dtg balik bertugas🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣.. QC🤣🤣
15. Deck dipasang… saya guna PRIMA PLANK.. ada urat kayu…

 

 

“Projek DIY musim PKP : Kolam Renang Mini”

Alhamdulillah..
Akhirnya jadi reality juga projek ni…

Memang nak mula bertangguh tanguh.. tapi dah mula 7 hari siang malam kita usahakan juga secara SOLO… iyer.. sorang2… jaga SOP kan..😅😅😅.. adalah cuba dibantu oleh anak2…. tapi 3 minit ja dia bertahan.. 🤣🤣🤣

Buat projek ni hasil kajian dari GOOGLE , YOUTUBE dan FB…

Ni saya kongsikan step2 yg perlu lalu utk bg jadi… mana tau ada yg nak cuba DIY juga..

*Awas.. nak DIY projek ni mmg MAKAN MASA, TENAGA, dan KULIT PUN LEGAM dibuatnya🤣🤣🤣

Terima kasih sokongan isteriku Syuhada Kamil !!!! Tanpamu mmg tiada ketenangan utk fokus pada kerja2 ni…

*Ok.. projek dah siap, saya nak FOKUS balik kepada BISNES… Nak sewa/jual/beli rumah PM sy.. kasi settle A to Z