Menarik perkongsian saudara Eddy Azuan dalam menghasilkan mini kolam renang untuk anak-anaknya. Walaupun belajar melalui youtube, google dan juga facebook, namun hasilnya memang memuaskan.
Ibu bapa yang nak cuba boleh lah belajar melalui perkongsian ini.
1. Ni la rupa asal ruang yang ada.. rumput tiruan tu mmg dah ada.. cuma tanah tak sama level dengan lantai batu.2. Inilah lakaran pelan🤣🤣🤣🤣.. orang kata lukis dulu baru nampak… oh ya.. ada yg tanya kenapa perlu buat deck keliling? a. Taknak kucing dtg cakar b. Taknak ada haiwan bermastautin celah2.. c. Melindungi sistem pipe yg ada d. Nampak kemas dan siap.3. Barang2 diorder dari online..3 hari terus sampai depan rumah… cuma KANVAS kolam yg sebelah dalam tu beli dari set pool yg dah siap.. BESTWAY 2m x 4m… kedalaman 1m… buleh try cari di shopee.. harga lebih kurang rm700-800..4. Kerja2 dimulakan.. dimulakan dengan memunggah semula rumput tiruan untuk proses meratakan sedikit tanah..5. Lebih kurang 15 kampit pasir digunakan.. kenapa tak simen? Hahaha.. tak larat nak bancuh🤣🤣🤣… kenapa tak pakai tanah merah? Kat kedai online tu je ada.. senang sekali order.. rumusan.. sebaiknya lantai tu simen dulu cun kalau ada MODAL tenaga dan mesin.6. Lebih kurang hasil setelah pasir diratakan.. jgn lupa paip longkang utk air keluar.. hujungnya akan ditutup dgn jaring supaya mmg takda ‘menatang’ leh keluar masuk..7. Lepas tu, cover balik dgn WEED MAT.. utk elak pertumbuhan tumbuhan di celah2.. saya kekalkan rumput tirua n sebagai alas sebab nak jadikan lembut didasar kolam bila pijak…kalau tak risau ada batu, atau benda tajam lain..8. Framing dimulakan dengan jasa bahan mentah BESI BIRU! Pelan2 potong pakai gunting.. tak berani pakai GRINDER..9. Inilah bukti 3 minit yg sempat dirakam jiran.. bantuan anak2 yg kunun nak bantu..🤣🤣🤣.. 3 minit jaaaaaa.. pastu resign.10. Siap lebih kurang frame utk deck.. ingat, ini utk tampung DECKING.. tak pasti kalau pakai kanvas tanpa set pool buleh tampung beban air atau tak..10. Siap lebih kurang frame utk deck.. ingat, ini utk tampung DECKING.. tak pasti kalau pakai kanvas tanpa set pool buleh tampung beban air atau tak..12. Tangga pool tu lebihan .. nanti kena DIY adjust sikit..13. Lepas siap FRAME.. kita usahakan sistem PAM dan FILTERnya… asalnya pam 0.5hp.. kemudiannya akan ditapis ke sand filter… Namun selepas dicuba pam 0.5hp tak cukup power utk bantu bila nak vacuum sedut habuk dilantai… maka… UPGRADE ke 3.0hp!!!🤣🤣🤣14. Lepas siap sistem pipe dan pump.. mula pasang kolam KANVAS.. dan try isi air.. waktu inilah tetiba yang RESIGN kerja tadi terus dtg balik bertugas🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣.. QC🤣🤣15. Deck dipasang… saya guna PRIMA PLANK.. ada urat kayu…
Ads
“Projek DIY musim PKP : Kolam Renang Mini”
Alhamdulillah.. Akhirnya jadi reality juga projek ni…
Ads
Memang nak mula bertangguh tanguh.. tapi dah mula 7 hari siang malam kita usahakan juga secara SOLO… iyer.. sorang2… jaga SOP kan..😅😅😅.. adalah cuba dibantu oleh anak2…. tapi 3 minit ja dia bertahan.. 🤣🤣🤣
Buat projek ni hasil kajian dari GOOGLE , YOUTUBE dan FB…
Ads
Ni saya kongsikan step2 yg perlu lalu utk bg jadi… mana tau ada yg nak cuba DIY juga..
*Awas.. nak DIY projek ni mmg MAKAN MASA, TENAGA, dan KULIT PUN LEGAM dibuatnya🤣🤣🤣
Terima kasih sokongan isteriku Syuhada Kamil !!!! Tanpamu mmg tiada ketenangan utk fokus pada kerja2 ni…
*Ok.. projek dah siap, saya nak FOKUS balik kepada BISNES… Nak sewa/jual/beli rumah PM sy.. kasi settle A to Z
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seronok rasanya bila sesekali membuat kejutan pada yang tersayang. Demikian juga yang ingin dilakukan oleh penyanyi Azmi Saatbuat isteri tersayang sempena hari lahir isterinya baru-baru ini.
Penyanyi dari kumpulan Caliph Buskers ini meluahkan perasaan kecewa apabila kejutan yang dirancang buat isteri sempena ulang tahun perkahwinan tidak berjaya. Hal tersebut berpunca daripada sebuah kedai bunga yang memberitahu perancangan asalnya kepada isteri.
Sakitnya hati kenangkan peristiwa yang jadi selasa itu hari. Nak cerita macam tak baik. Tak cerita pula macam tak boleh tahan. Sebagai #manusia yang lemah dan tidak berdaya saya ceritalah juga. Hehehe. Selasa lepas adalah Hari Ulang Tahun Perkahwinan saya yang ke 9. Sebagai suami yang romantik, naklah bagi kejutan pada isteri. Tiap-tiap tahun saya belikan bunga untuk isteri dan saya akan berikan sendiri padanya bila dia pulang dari kerja. Tahun ini naklah buat kelainan sedikit. Saya mencari kedai bunga yang boleh hantarkan bunga di tempat kerja isteri. Dengan harapan dia akan betul-betul terkejut tiba-tiba bunga sampai di pejabatnya. Cari punya cari, terjumpa satu kedai ni. Alamat kedainya di Petaling Jaya. Risau dia tak boleh hantar ke Putrajaya.
Saya hubungi mereka untuk bertanya. Mereka kata boleh sahaja mahu hantar ke Putrajaya. Tiada masalah. Alhamdulillah. Saya terus buat tempahan. Selesai buat bayaran RM210 sekitar pukul 1 tengahari siap dengan ucapan dari hati lagi untuk mereka tuliskan dalam kad yang akan diletakkan pada bunga. Kau tahu apa jadi lepas tu? lebih kurang 10 minit kemudian boleh pihak kedai bunga tu menelefon isteri saya. “Assalamualaikum Puan Nazira. Kami dari BLOOMING FLORIST SDN BHD. Puan ada di pejabat sampai pukul berapa ya?” “Waalaikumussalam. Insya Allah sampai pukul 5. Kenapa ya?” “Kami nak hantar bunga. Rasanya ini dari suami puan sempena Ulang Tahun Perkahwinan.” Kau rasa??? Sakitnya hati aku. Tak kan diaorang tak faham apa itu kejutan? Itu okey lagilah. Tunggu punya tunggu, pukul 4 setengah bunga masih belum sampai. Tak lama lepas tu isteri dapat lagi panggilan. “Puan. Kami terlupa untuk letakkan kad ucapan. Boleh tak kalau kami hantar melalui whatsapp sahaja?”
Ya Allah. Macam nak meletop rasa. Kalau setakat kau punya whatsapp, dari pukul 12 malam tadi aku dah bagi ucapan depan-depan siap dengan extra service sekali. Ini kedai baru beroperasikah apa? Tak tahu langsung erti kejutan dan erti ekslusiviti. Atau memang perkhidmatan dia sebenarnya menggagalkan kejutan? Tak pernah saya mengamuk bila yang saya mahu lain tapi dapatnya lain. Kali ni tak tertahan. Saya hubungi mereka dan luahkan kegeraman saya. Sebenarnya kad itu bukanlah masalah sangat. Isteri saya pun tak nampak. Tapi paling sakit hati tu, kenapa dia pergi hubungi isteri saya semata-mata mahu tahu isteri saya ada di pejabat sampai pukul berapa? Siap maklumkan dia dari kedai bunga lagi. Patutnya hubungilah saya untuk bertanya apa-apa. Hish. Geramnya.
Kalau ikut hati aku mahu sahaja aku tulis nama kedai itu. Biar semua orang yang baca ni tahu betapa buruknya perkhidmatan kau. Nasib baik di atas tu kau sendiri dah sebut nama kedai kau. Tak perlulah aku yang sebut. Sekian, luahan dari suami yang gagal kejutannya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebelum ini beliau lahir sempurna seperti orang lain. Sehinggalah usianya 14 tahun, beliau disahkan menghidap penyakit Kanser Tulang. Penyakit tersebut menyebabkan Dr Aizan Sofia Amin 35, berstatus OKU apabila sebelah kaki kanannya terpaksa dipotong.
Selama dua tahun melalui rawatan demi rawatan akibat kanser tersebut, akhirnya anak keempat dari lima beradik dan merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga ini akur apabila sebelah kaki terpaksa dikorbankan demi meneruskan kehidupan.
Bermulalah fasa baru dalam dirinya meneruskan harapan dan cita-citanya sebagai insan berstatus OKU. Kekurangan tersebut bagaimana pun tidak mematahkan semangat Pensyarah Kanan, Pusat Kesejahteraan Manusia dan Masyarakat, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), untuk terus berjaya.
“Alhamdulillah, keluarga saya sangat menyokong terutama ibu dan ayah yang sentiasa ada waktu saya sakit sehinggalah sekarang. Malah, semua family saya tak pernah pandang rendah bahkan mereka yang menjadi kekuatan saya sejak dulu sehingga sekarang,” akui anak kelahiran Puchong, Selangor ini.
Jujur mengakui dulu sering menangis akibat pandangan serong masyarakat terhadap fizikalnya, namun semangatnya cukup kental untuk melalui semua itu.
“Saya menangis bukan sebab saya OKU, tetapi disebabkan persepsi negatif masyarakat menyebabkan saya berasa rendah diri. Akibat kata-kata negatif yang sering dilemparkan kepada saya, membuatkan saya tertekan dan terpaksa bekerja keras untuk membuktikan bahawa saya juga berupaya seperti orang lain”.
“Ketika belajar di United Kingdom dalam Ijazah kedoktoran dalam Disability Studies dari Universiti of Glasgow, Scotland, saya seronok dan dapat melupakan kekurangan diri walaupun bertongkat kerana orang sekeliling masa itu tidak melihat saya sebagai OKU tetapi melihat bakat dan potensi saya melebihi kelainan saya miliki,” katanya menceritakan ketabahannya berdepan dengan masyarakat.
Beliau yang juga Ahli Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) lantikan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Sesi 2017 – 2018 menyifatkan suka duka diharungi untuk melawan penyakit kansernya, sekali gus kini menjadi titik tolak kepada perjuangannya terhadap OKU.
Ini kerana, beliau tidak mahu generasi berkenaan berdepan dengan pengalaman yang pernah ditempuhi suatu masa lalu.
“Sebab itu saya menasihatkan ibu bapa dan keluarga supaya terus memberi tumpuan terhadap anak OKU.
“Insan-insan ini sebenarnya boleh menjadi insan cemerlang dan membanggakan ibu bapa sekiranya penjaga memfokuskan pendidikan dari awal. Masyarakat juga mesti menerima dan memberi sokongan kepada OKU untuk menjalani hidup sama seperti orang lain ” katanya yang turut mengakui apabila sudah bergelar OKU akan tertekan sekiranya tidak diberi peluang untuk membangunkan potensi diri terutamanya dalam pekerjaan dan pendidikan.
Penerima Anugerah Belia Harapan Majlis Kanser Nasional (Makna) berkata, sejak itu dia tidak mahu menjadikan kekurangan diri sebagai halangan untuk mencapai impian hidup.
Menurutnya, walau sesukar mana sekali pun dugaan mendatang, penghidap kanser atau mereka yang sudah bebas dari kanser perlu menghadapinya dengan hati terbuka.
“Apa yang penting, tidak sesekali berasa rendah diri kerana di sebalik kekurangan diri, mungkin ada kelebihan tersendiri yang hanya diketahui ALLAH SWT.
“Paling penting, kanser bukan penamat riwayat hidup tetapi ia adalah permulaan kepada sebuah kehidupan yang lebih bermakna,” jelas Dr Aizan lagi.
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sejak PKP ni ramai yang suka buat sendiri biskut dan kek dirumah. Maklumlah tidak ke mana-mana banyak masa dihabiskan di rumah bersama keluarga.
Tentunya kudapan sentiasa ada di rak dapur. Salah satu cara untuk memastikan biskut atau kek tahan lama dan rasa yang lebih sedap adalah sangai tepung sebelum membuat bancuhan kek atau biskut.
Petua ini dikongsi oleh saudara Muhamad Farid Omar yang mana turut berkongsi beberapa petua masakan lain.
Haqi ni ceq bagi cara nak sangai tepung guna oven , petua nak bagi Biskut , Kek tahan lama dan cara buat Self Raising Flour ..ok jom kita start
Cara nak buat sangai tepung guna oven : 1. Hampa ambik tepung gandum biasa tu ayak lepas tu hampa bakaq sat suhu 160c dalam 20 minit 2. Nanti tepung tu akan berketul-ketul lepas keluaq dari oven biaq suam-suam sikit atau sejuk ayak lagi sekali sambil pecahkan semua ketul-ketul tu 3. Sejukkan dah siap tepung sangai hampa mudah kan..boleh hampa buat kerja lain sambil tunggu tepung tu siap
Nak dapat Biskut rangup dan Kek tahan lama : 1. Bila dah bakaq siap tepung ( sangai ) hampa ayak la 2 3 kali nanti tepung tu jadi ringan dan haluih 2. Nanti Biskut hampa tahan lama , rapuh , Kek hampa jadi gebu ( terutama Kuih Traditional Bahulu dan Kuih Bakaq ) 3. Untuk gula putih putih pulak hampa jemoq sat tengah panas sambil – sambil tu kacau sekali sekala sampai kering
4. Nak tau kering hampa genggam gula tu dan lepas kalau biji – biji gula tu dah tak melekat dekat tangan memang dah kering elok 5. Kalau hampa rajin hampa kisaq sikit gula putih nak beli gula kastor boleh tapi harga agak mahai so beli gula putih ja jimat sikit..
Cara nak buat sendiri Self Raising Flour : 1. Lepas tepung sejuk hampa ambik 1 sudu besaq Baking Powder ( guna sudu sukatan ) timbang 250gm tepung tadi ayak sekali lagi bagi rata dah dapat tepung Self Raising Homemade..senang ja kan 2. Dah siap semua hampa boh dalam balang dan labelkan macam cea buat ( rujuk gambaq sat lagi tertukaq pula ) 3. Ceq guna 3 jenis tepung kalau nak buat koi dan kek ( tepung cap rose , tepung gandum biasa dan self raising )
Ok tu ja ceq kongsi cara ceq dok buat Kek dan Biskut cara jimat kalau hampa nak cuba… Bukan apa beli barang nak buat dah mahai kalau buat tak jadi sayang uih.. Mana boleh jimat tu kita usaha baru berkat. Janji hampa kena rajin, sabaq nak ikhlas InsyaAllah
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.