
Nak tempah kabinet Tv tentunya memerlukan modal yang banyak, jadi sebab itu jugalah ada yang cuba-cuba untuk membuat sendiri kabinet Tv mengikit citarasa sendiri dengan modal yang rendah.
Ini sebagaimana seorang anak iaitu Nabihah Latif telah berkongsi idea kabinet Tv yang telah dibuat oleh ayahnya. Menurutnya, ayahnya telah ikhtiarkan setahun lamanya setelah melakukan ubah suai ruang rumah tersebut dan akhirnya terhasillah kabinet Tv yang diingini.
Projek DIY Kabinet TV ayahku.
Waktu tambah ruang tamu depan.. tingkap cermin tu tak buang…. Jadi setelah 1 tahun lebih ayah ikhtiar nak jadikan kabinet TV. So terhasillah DIY ayahku menggunakan kayu pallet.
Wallpaper belakang tu beli kedai Eco ja.. kemudian, bracket TV pon ayah DIY sendiri.. x beli… Kayu pallet pulak ayah beli dah lama memang ada lebihan waktu buat projek DIY kabinet dapur.
Ayah beli lampu LED tu ja bagi ada seri sikit ala-ala tengok wayang. Hahaha
So total kos mungkin tak mahai macam beli dekat luar.
Sumber : Nabihah Latif
Dapatkan tawaran harga kabinet TV lebih menarik di sini , macam-macam ada semuanya boleh dibeli secara online.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Aizameen Pergi Jua.” Dua Minggu Koma Akibat Asma Kronik & Masalah Paru-Paru, Lelaki Ni Dijemput Ilahi!

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kisah tragis keluarga ini menjadi viral selepas seorang saudara memuat naik di media sosial.
Terbaru berita duka dikongsikan melalui Harian Metro, Aizameen Haqim Abd Razak yang menghidap asma kronik dan masalah paru-paru meninggal dunia kira-kira jam 1.47 tengahari tadi.
Aizameen, 27, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka.
“Salam semua, nak maklumkan Aizameen Haqim telah pergi menghadap Ilahi.
“Sama-sama kita doakan kesejahteraan arwah. Al-Fatihah,” katanya.
Aizameen dimasukkan ke ICU pada 30 Oktober lalu selepas mengalami asma kronik manakala isterinya, Fatin dimasukkan ke ICU Isnin lalu akibat jangkitan kuman dalam darah.
Manakala anak bongsu mereka, Fitiya Ariana yang berusia dua bulan turut dimasukkan ke wad akibat cirit birit dan najis berdarah sementara abangnya Firash Aedrian, 2, mengalami ekzema kini dijaga oleh ibu saudara kanak-kanak itu, Nur Shuhaila Mazlan, 28.
Walau bagaimanapun, Fatin dilaporkan sudah dipindahkan ke wad biasa kelmarin sebelum keluar hospital bersama bayinya, Fitiya petang semalam.
Kisah Aizameen dan isterinya, Fatin Atikah Munzahit, 26, yang terpaksa berpisah dengan satu sama lain selepas dimasukkan ke ICU.
Salam sahabat dan saudara semua…
Dalam gambar ni sepupu saya Fatin Elika Elisya dan suaminya Aizameen Haqim bersama anaknya. Mereka ada lg sorang baby girl baru umur 2 bulan dan Fatin baru je habis pantang.
Apa yg cuba saya nak sampaikan… berat ujian sepupu saya sekeluarga ni.. mulanya suaminya kena semput kronik krn mmg ada masalah dgn paru² yg sekian lama… masa kena serang tu suaminya dikejarkan ke hospital dan dimasukkan icu.
Skrg dlm keadaan koma… dlm x sedar dah hampir 2 minggu dah sbnrnya… sepupu saya fatin berharap yg suaminya boleh diselamatkan… mlm td pula.. sepupu saya fatin pula dimasukkan ke icu kerana ada jangkitan kuman dlm darah… fatin terlalu lemah… mulanya suspek denggi…
Bila darah drop… fatin terus rebah sampai biru² muka… maybe terlalu berat nak menanggung ujian & tekanan emosi dlm keadaan baru je habis pantang bersama 2 anak… berat lg ujian.. dlm mereka suami isteri di icu…
Harini baby lak warded 😭😭😭 bbrp harini.. baby kena cirit birit sampai berak berdarah.. tu yg pergi hospital… rupanya baby pon x ok… dah la baby dr dlm pantang kena sawan tangis… setiap malam nangis tanpa henti… puas berubat.. tp x dpt ubati… hanya mengurangkan skit saja… anak sulung pon tgh tak sihat.. demamm… eczema teruk… sian si abg… 😭😭😭 saat ini si abg dijaga oleh mak sedaranya…
Jadi… saya nak menyeru kpd insan² yg mengenali saya… pls doakan utk sepupu saya ni sekeluarga… berikan kesihatan kepada fatin dan babynya serta anak sulungnya… doakan ada sinar buat aizameen sedar dr koma dan mereka boleh sekeluarga bersama membesarkan anak². Moga doa kalian diangkat oleh Allah SWT dan hanya Dia saja juga yg dpt membalasnya.
Berat ujian sepupu saya tanggung 😭😭😭
Kuat dik fatin.. Along dan semua Family Haji Sahri sayang ko dik 😢😢😢 Sebak sgt.. saat ni rase mcm useless sgt sbb x boleh balik kg.. bg moral support kat family.. 😪😪
Kredit: Emmy Farhany Ahmad
Seronok juga ye kalau kita dapat realisasikan cita-cita anak kita. Mungkin dah besar nanti ada yang nak jadi polis, askar, nurse, peguam dan macam-macam lagi lah. Semua boleh!
Untuk itu, jom sertai Virtual Himpunan Cita-cita 2020 dengan daftarkan diri di http://www.wasap.my/60169647520
*Cara dan syarat boleh lihat di poster
Pasu Dari Selimut Buruk Dan Tuala Koyak, Idea Lelaki Ini Mendapat Sambutan Ramai. Beri Kelainan Dalam Hiasan Rumah

Seorang lelaki tidak menyangka bahawa pasu bunga hasil dari selimut buruk dan tuala koyak yang dihasilkannya mendapat sambutan ramai sejak ianya tular.
Menurut anak kedua daripada lapan beradik itu, proses pembuatannya mengambil masa sehari di mana bahan yang telah dicelup dengan simen perlu dikeringkan.
Selimut atau tuala perlu dicelup dengan simen itu akan menimbulkan kesan 3D (tiga dimensi).
“Daripada kain atau tuala buruk tu dibuang, lebih baik lakukan sesuatu denganya,” ujarnya yang turut terlibat membuat kerja-kerja pembinaan rumah secara sambilan.
Kalau ada permintaan, saya pertimbangkan untuk menjualnya sebagai pendapatan sampingan.
“Selepas kering, saya sapu lagi satu lapisan simen untuk pasu bunga tu lebih tebal dan kukuh. Pagi buat, petang dah boleh kering selepas jemur. Bila dah kering, baru boleh cat.
[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar
Pok Lie berkata, setakat ini kira-kira 20 pasu bunga pelbagai saiz dan bentuk telah dihasilkannya, sambil menambah pada mulanya kesemuanya dibuat untuk kegunaan di rumah.
“Cuma cabarannya kalau cuaca hujan sebab pasu-pasu bunga yang disalut simen tu perlu dikeringkan terlebih dahulu,” katanya sambil menambah kebanyakan bahan terbuang diperoleh daripada keluarga dan rakan-rakan.
“Tapi bila dah susun dan jemur di luar rumah, memang mudah dilihat orang-orang kampung. Ada orang kampung nampak terus berminat nak beli.
“Sebenarnya apa yang saya lakukan ini lebih kepada kepuasan. Saya tengok macam mana orang buat di laman YouTube, dan saya buat mengikut kreativiti sendiri.
[ARTIKEL PANAS]
[TIPS]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Ramuan Rahsia Campuran Tanah Untuk Sayur Lebih Subur. Lelaki Ini Kongsikan Caranya. Rugi Kalau Tak Cuba!

Isi Kandungan
ToggleBerkebun memang seronok kan, tambah lagi jika tanaman kita hidup subur. Tak sabar rasanya nak menuai hasil titrik peluh sendiri. Rasa berbaloi penat apabila dapat merasai hasil sendiri.
Bagi yang memiliki kawasan yang terhad, biasanya pasu menjadi pilihan utama. Lepas ni tak perlu lagi nak beli atau merungut harga sayur semakin mahal. Tanam sendiri lebih baik, Selain menjimatkan, ia juga dapat membantu anda menjaga kesihatan kerana tidak menggunakan bahan kimia seperti mana sayur di luar sana.
Begitu pun, kena ambil tahu juga apakah jenis tanaman yang sesuai untuk di tanam di dalam pasu. Selain itu, penggunaan tanah juga penting.
Izham Alias berkongsi tip dalam menghasilkan ramuan rahsia campuran tanah untuk tanaman sayur. Ayuh kita cuba!
Apabila kita berkebun menggunakan pasu, antara perkara penting perlu kita fokuskan adalah pada medium tanaman yang kita gunakan. Ramai yang membeli campuran tanah yang dijual di nurseri pokok dan kedai pertanian.
Tetapi tahukah anda bahawa sebenarnya kita boleh buat sendiri campuran tanah ini?
Saya akan terangkan tiga formula yang biasa digunakan oleh pekebun nurseri dalam menanam tanaman mereka dalam pasu.
Sebelum itu, kita ketahui dahulu bahan-bahan asas yang perlu ada dalam campuran tanah ini.
Tanah Atas
Tanah atas adalah lapisan tanah yang paling atas di atas tanah (sama seperti namanya). Tanah atas ini berfungsi membekalkan nutrien dan menyimpan air untuk akar pokok nanti.
Kalau kita nak tahu, tanah atas yang terbaik adalah tanah atas yang diambil di pinggir hutan. Tanah yang hitam kaya dengan bahan organik.
Jika tiada, gunakan tanah merah.
Jika tiada juga, boleh guna tanah campuran yang dijual di nurseri.
Bahan Organik
Bahan organik berfungsi sebagai pemberi nutrien dan kesuburan tanah.
Contoh bahan organik yang ada adalah mana-mana najis haiwan ternakan (ayam, arnab, kambing, lembu, kuda), kompos, dan sabut kelapa halus. Mana-mana bahan organik kita boleh gunakan dalam campuran tanah nanti.
Pasir
Pasir berfungsi memberi ruang rongga pada campuran tanah. Ruang rongga ini memberi ruang untuk akar berkembang dengan baik. Seterusnya dapat menyerap oksigen dengan baik.
Pasir yang terbaik adalah pasir sungai atau pasir lombong. Untuk mudah, kita boleh gunakan pasir yang dibeli di kedai hardware. Alah, pasir buat rumah tu?
Pasir pantai tidak sesuai digunakan atas sebab pasir pantai terlalu halus dan mengandungi garam yang tinggi. Ini akan merencat pertumbuhan tanaman kita nanti.
Alternatif lain, kita boleh ganti pasir dengan perlit, vermikulit ataupun zeolit. Ketiga-tiga bahan ini sesuai untuk menjaga struktur tanah campuran.
Setelah kita tahu tiga asas dalam campuran tanah, barulah kita masuk ke dalam formulasi campuran tanah ini.
Tambahan
Selain daripada tiga bahan asas yang saya nyatakan di atas, kita boleh menambah sabut kelapa halus, sekam padi, dan sekam bakar sebagai bahan tambahan. Bahan tambahan ini membantu perkembangan bibit dalam pasu.
Formula 1: Campuran Tanah 3:2:1
Formula 3:2:1 paling banyak digunakan oleh pekebun nurseri untuk tanaman pasu. Nisbah 3:2:1 ini dimulai dengan tanah atas, bahan organik dan pasir.
Secara mudahnya, 3 tanah atas, 2 bahan organik dan 1 pasir.
Formula ini sesuai untuk segala jenis tanaman termasuk sayur, buah dan bunga.
Formula 2: Campuran Tanah 2:1:1
Campuran 2:1:1 ini sesuai untuk tanaman sayur. 2 tanah atas, 1 kompos, 1 sabut kelapa halus. Ramuan ini mampu memberi nutrien dan penyerapan air yang bagus untuk pokok.
Formula 3: Campuran Tanah 1:1:1
Campuran tanah 1:1:1 ini sesuai untuk tanaman semaian. Kita boleh gunakan campuran ini untuk menyemai benih sayur dahulu sebelum terus dipindahkan atas batas atau pasu lebih besar.
Setelah kita campurkan semua bahan-bahan di atas, kita perlu gaulkan sehingga semua bahan menjadi sebati.
Apabila kita membuat campuran tanah ini, perkembangan pokok akan lebih teratur dan subur.
sumber: Izham Alias & Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri