Ketika cuti sekolah beginilah kita perlu isi masa yang terluang dengan melakukan aktiviti bermanfaat bersama anak-anak. Salah satunya adalah lakukan aktiviti bermain warna air. Memandangkan kanak-kanak memang suka dengan warna.
Apa yang mengujakan tentang warna ini pula, tahukan anda warna air boleh kita hasilkan sendiri!
Bagaimana, apa bahannya, selamat ke tidak, senangke buatnya dan pelbagai lagi soalan yang berlegar difikiran, semua ini terjawab melalui perkongsian bermanfaat daripada Yatie Eimra ini.
WARNA AIR DIY
”Dah beberapa hari Fayyadh mintak ‘nak main color²’.. Semalam baru berkesempatan nak buat warna air DIY ni. Dah agak lama juga tak buat aktiviti mewarna gunakan warna air ni. Maklum lah, aktiviti mewarna ni agak messy & sesuai dijadikan aktiviti sebelum & masa mandi.”
Ads
Banyak resipi untuk buat warna air ni sebenarnya, tapi saya suka gunakan resipi ni sebab selain gunakan 4 bahan je, ia selamat digunakan untuk bayi.
Kalau ada ibu² yang nak abadikan moment anak membesar, boleh juga gunakan warna ni untuk buat cop tapak tangan bayi.”-Yatie Eimra
Ads
Bahan-bahan:
80ml sabun/syampu bayi (sebaik²nya warna jernih/putih)
2½ sudu makan tepung
2 sudu makan air
Pewarna makanan
Ads
Cara-cara :
1. Campurkan semua bahan kecuali warna.
2. Asingkan sedikit bancuhan tepung untuk setiap warna yang dikehendaki.
Cara penyimpanan:
Jika ada lebihan bancuhan tadi, boleh disimpan di bahagian chiller (tahan beberapa minggu) atau boleh juga difrozenkan (tahan beberapa bulan).
Tip tambahan:
1. Ji tiada palet warna, boleh gunakan penutup botol yang dilekatkan dengan double sided tape (elak tumpah).
2. Selain membuat cop tangan & menggunakan berus lukisan, boleh juga gunakan pompom/span/sayur²an sebagai cop.
3. Gunak lapik pinggan (coaster) sebagai alternatif untuk kertas. Selepas bermain, boleh latih anak untuk mencuci lapik pinggan tersebut semasa mandi. Anak² akan teruja melihat air berubah warna & lapik kembali bersih.
Berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci mekah adalah impian setiap umat Islam. Sular untuk digambarkan kata-kata apabila impian tersebut menjadi kenyataan.
Demikian juga dengan pemuda bernama Muhammad Iqbal Rosli, 23 tahun. Hasil membuka akaun simpanan Tabung Haji sejak lahir memberi peluang kepada pemuda berasal dari Kampung Taman Bakti, Pengkalan Chepa, di sini, untuk mengerjakan ibadat haji pada usia muda.
Semua atas usaha ibunya, Ros Hanizah Hussein, 61, dan bapanya Rosli Hassan, 64, yang membuka akaun Tabung Haji selepas dia dilahirkan sehingga kini memberi ‘hasil’.
Katanya, telah menjadi rutin ibu bapanya untuk menyimpan wang yang diperoleh daripada saudara-mara atau kenalan yang menziarahinya ketika bayi termasuk duit setiap kali tiba Hari Raya Aidilfitri ke dalam akaun Tabung Haji
“Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata apabila saya berjaya merebut peluang yang dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam ini terutamanya ketika saya baru berusia 23 tahun
“Saya akan bertolak untuk menunaikan haji pada 26 Jun ini dan akan pulang ke tanah air pada 7 Ogos depan,” katanya.
Bercerita lanjut, anak keempat daripada tujuh beradik itu berkata, beliau sebelum ini telah mendapat tawaran untuk menunaikan ibadat itu pada tahun 2012 ketika berusia 14 tahun, namun terpaksa ditolak memandangkan ketika itu beliau belum cukup umur.
Bagaimanapun perkara itu tidak mematahkan semangat dan impiannya untuk menyempurnakan Rukun Islam kelima itu dengan membuat rayuan hampir setiap tahun kepada Tabung Haji selepas beliau berusia 18 tahun.
“Pada hujung tahun lepas saya mendapat surat daripada Tabung Haji memaklumkan saya ditawarkan untuk menunaikan ibadah haji. Sejak dari itu hampir setiap minggu saya akan mengikuti kelas serta kursus berkaitan ibadat ini untuk memantapkan ilmu yang ada.
“Alhamdulillah, selepas ibu dan bapa saya berpeluang menunaikan ibadat ini pada tahun 2008 kini giliran saya pula untuk mengikuti langkah mereka. Saya juga berdoa adik-beradik saya yang lain juga berpeluang menjadi tetamu Allah pada masa akan datang,” katanya yang bekerja sebagai pembantu kedai batik.
Muhammad Iqbal turut menasihatkan orang ramai terutama ibu bapa supaya membuka akaun Tabung Haji untuk anak masing-masing sejak kecil bagi memudahkan urusan menunaikan ibadat haji pada masa akan datang.
Sediakan hidangan sayur yang dimasak secara celur memang cukup mudah. Pun begitu, sering terjadi sayur yang dicelur akan kelihatan lebam dan tidak menarik warnanya bila telah terlalu lama.
Tapi sebenarnya ada petua atau tip yang boleh dilakukan untuk mengelakkan sayuran yang dicelur kekal segar warnanya.
Ikuti perkongsian ini
Kalau nak sihat, paling penting, kita kena jaga makan. Kurangkan makanan minyak minyak. Lebih kan yang celur celur ni ha
Sayur celur ni lak, kalau salah teknik, kaler dia bermuram durja berduka nestapa. Kalau dah lama sikit, nak makan pun takde selera.
Nak warna cantik, jangan korang letak minyak lak. Takde makna la nak makan makanan sihat kalau dah gitu.
Nak sayur celur warna cantik versi sihat ni senang jek. Ni kak Bib blajar dari mak sedara Nana yang asal dari Thailand.
Lepas jek celur, korang terus tos sayur tu. Pastu cecepat letak dalam air sejuk. Kalau letak air batu lagi bagus.
Nampak tak sayur dalam gambar tu? Tu takde edit edit ok! Natural. Dah berejam gitu. Anak Kak Bib sampai pikir umi dia letak kalering.
Kau pikir, umi takde keje ke nak?
Cer tengok sayur tu. Cantik kan!
sumber : Habibah Badar Bijrai Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kisah yang cukup meruntun jiwa, demikian boleh diungkapkan tatkala membaca kisah yang dikongsikan oleh saudara Muhammad Rafieudin Zainal Rashid menerusi laman facebooknya.
Menurutnya, seorang anak kecil yang baru berusia 8 tahun kehilangan ibu tersayang buat selama-lamanya. Lebih memilukan, si anak itu berada di samping arwah ibunya yang disangkakan sedang tidur, namun sudah tidak bernyawa lagi.
SAYA JAGA MAK MALAM TADI SAMPAI MAK ‘TIDUR’ BARU SAYA TIDUR 🧒💀⚰️😭
“Petang semalam (15 Julai 2021), setelah 5 jentera SPJM dengan kekuatan 15 orang skuad bergerak ke lokasi hospital masing-masing untuk menguruskan jenazah Covid19, saya menerima panggilan dari seorang wanita muda untuk bantuan menguruskan jenazah ibunya yang meninggal dunia di rumah.
Arwah meninggal dunia di PPR Kota Damansara awal pagi semalam kerana penyakit kanser hati di usia 42 tahun. Dia mempunyai 7 orang anak bersama bekas suaminya sebelum ini.
Hanya 3 orang anak saja yang tinggal bersamanya yang berusia 20, 16 dan 8 tahun sementara yang lain tinggal bersama bekas suaminya di Klang. Keadaan rumah mereka agak dhaif dan serba kekurangan.
“Malam tadi saya yang jaga Mak. Saya jaga Mak sampai Mak tidur.” Anak kecil berusia 8 tahun ini petah berkata-kata menceritakan kejadian malam tadi.
“Kakak kat mana waktu tu?” Tanya saya pada anak perempuan arwah berusia 16 tahun.
“Saya tidur lepas tu saya dengar suara Mak jerit sebab sakit pukul 3 pagi, saya tengok adik dah jaga Mak kat bilik Mak, jadi saya tidur semula.” Jawab si Kakak.
“Mak jerit sakit. Saya urut tangan Mak, dada Mak. Tiba-tiba Mak muntah darah lepas tu Mak pun tidur. Bila Mak tidur saya pun tidur.” Sambung anak bongsu arwah lagi.
Allahuakbar. Anak sekecil itu memang tidak mengerti apa-apa. Dia tidak tahu langsung yang ‘tidur’ ibunya itu adalah tidur yang selamanya.
Ketika dia bercerita dalam esak tangisnya, mengalir juga air mata ini. Saya peluk anak itu. Cuba menenangkannya dan memahami betapa beratnya ujian yang sedang dilalui saat itu.
Jenazah arwah dimandi dan dikafankan di dalam rumahnya. Saya dimaklumkan kawasan perumahan mereka mempunyai banyak kes positif Covid-19.
Disebabkan itu jiran-jiran yang lain tidak keluar rumah demi menjaga keselamatan diri mereka. Mujur ada 2 orang jiran rumah arwah yang berdekatan yang sudi membantu menguruskan jenazah arwah.
Jiran arwah sangat baik. Mereka antara yang sering membantu menghulurkan bantuan keperluan asas buat arwah dan anak-anaknya
Setelah skuad muslimah kami selesai menyempurnakan jasad arwah, kami memberikan peluang untuk anak-anak arwah menatap wajah ibunya dan menciumnya untuk kali terakhir. Anak yang paling kecil itu menangisi pemergian ibunya. Dia peluk ibunya. Sedang di tangannya masih ada mainan kecil mungkin sekadar untuk tenteramkan diri sendiri
Saya pegang bahunya tenangkan dirinya. Kemudian kami mendirikan solat jenazah di situ sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan. Menurut Bekas suami arwah juga turut bersama membantu dari awal hingga akhir.
“Ustaz, saya tak mampu nak bayar kos semua ni. Saya baru kematian 2 ahli keluarga yang lain sebab covid. Sekarang simpanan saya dah habis.”
Keluh bekas suami arwah yang jelas terpapar wajah kerisauannya tentang bayaran kos pengurusan jenazah bekas isterinya itu. Abang tak perlu risau. Kami faham situasi abang. Semua kos pengurusan jenazah ini termasuk kos tanah kubur saya akan selesaikan.”
Pujuk saya untuk menenangkan hatinya yang tampak sangat gelisah ketika itu. Menangis dia. Nak dipeluk saya tapi segera dia ingat keadaan sekarang membatasi pergerakan sosial.
Alhamdulillah, jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara pada jam 5:30 petang. Terima kasih kepada En. Fendy dan petugas tanah perkuburan yang membantu memudahkan urusan pengebumian arwah.
Semoga roh Almarhumah Roziah binti Abd Malek ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Aamiin.
Ustaz Rafie Zainal – Undertaker
Pengerusi Eksekutif,
Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia – SPJM
Majlis Usrah Nur Fattah
MyKasih Jenazah
013-322 7937 / 03-2385 7032
(Perkhidmatan 24 jam pengurusan jenazah di seluruh Malaysia)
www.spjm.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.