
Memberi keriangan kepada anak-anak sepanjang PKP ini, tidak salah kiranya jika kita turut meluangkan masa untuk sama-sama bermain dengan mereka.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Hana Shahadan, lakukan aktiviti bersama menghasilkan belon gergasi dengan bahan-bahan sedia ada di rumah.
Jom kita lihat apa bahan yang digunakan olehnya.
Projek buih sabun gergasi mommyhana & kids.
Senang sangat, anak2 boleh hadap 3-4jam main bubbles je sampai pengsan.
Bahan:
1) tepung ubi kayu:5sudu besar
2) pencuci liquid :300ml. (Brand joy likat, tapi mommy guna yang biasa pun buleh)
3) air kosong: 1500ml.
utk buat bubble wand/ pemegang peniup bubbles:
1) kalau ada hanger dawai lagi mudah(yang senang lentur tu)buat bentuk bulat dan jadikan tangkai.
Sebab mommy takda, so kena guna dawai, lidi n solatap. Papa fateh just gunakan bola untuk dapat besi bulat tu. (Tali untuk wrap tepi dawai tu adalah optional) nak balut boleh tak balut buleh. Jenuhh ui nak siap. Ni kalau main dekat luar tu, sebekas kecil rm5, buat sendiri modal rm7.90 tapi berbekas dapat.
Jom cuba dengan anak2 #PKP ni ada masa terluang sikit kan? Sila #share ramai2.
Tips: bancuhan ni kalau tunggu semalaman, lagi padu sabun tu jadi lagi likat, bubbles boleh jadi lagi triple gergasi. Bestt! Mommy so excited!
Kelebihan untuk perkembangan anak:
1) Otak Anak akan jadi lebih kreatif. Serious ini power untuk otak kiri mereka.
2)Tingkatkan fungsi concentration, eye dan hand coordination buat satu2 kerja.
3) tingkatkan motorkasar anak tu. Tengok aaira, dia try to stabilise and body balancing. Huuu
4)bonding bersama dan time bermain ni banyaknya mak mak boleh ajar mengenai sains awal. Macam mana boleh bercampur kenapa, apa.
5) develop kemahiran berfikir anak jadi lebih matured, tolerate, understanding.
Pergh.Banyak lah lagi sebenarnya pasal sensori etc. Nak lagi ke ?
sumber : Hana Shahadan
“Berhentilah Main Kutu…” Itu Pesan Pakar Kewangan Ni Untuk Elak Menambah Hutang!

Main kutu sebagaimana kita maklum adalah apabila ada sekumpulan individu yang setuju untuk menyumbangkan wang dalam kuantiti yang sama setiap bulan untuk tempuh waktu yang ditetapkan.
Biasanya cabutan atau undian akan dilakukan untuk menentukan siapa berhak menerima duit kutu yang dikumpulkan itu secara bergilir-gilir.
Tidak dinafikan antara kita beranggapan dengan bermain kutu bersama saudara-mara, jiran tetangga atau rakan sepejabat akan dapat membantu masalah kewangan atau untuk tujuan membeli barangan berharga dan sebagainya.
Namun dalam sedar atau tidak, sebenarnya dengan bermain kutu kita rupanya menambah hutang. Ini sebagaimana cuba dijelaskan oleh pakar kewangan Dr Azizul Azli Ahmad.
BERHENTILAH MAIN KUTU?
Satu budaya menyimpan duit sejak zaman dulu kala adalah bermain ‘kutu’.
Dipejabat saya juga, budaya ini masih subur sebenarnya.
Jika pakatan ada 12 orang maka, kita akan buat cabutan siapa yang dapat bulan pertama sehingga bulan 12.
Malah ada yang negosasi,
“Boleh bagi aku bulan 8 sebab road tax Audi aku mati”. Cerita Syukri.
Jika kita kutip RM100 sebulan, sekali dapat RM1200.
Membina Hutang
Bila bulan pertama kita dah dapat, bulan depan kita dah mula berhutang dengan kawan kawan.
Kita dah dapat RM1200, dan kita mula berhutang RM1100 pada semua kawan kawan.
Bagaimana jika belum habis giliran kita, kita dijemput illahi pergi. Mati itu pasti!.
Elakkan main kutu kerana ia membina hutang sebenarnya.
Buat Arahan Potongan Tetap
Jika susah sangat nak menyimpan. Isi borang arahan tetap potongan masuk terus ASB atau Tabung Haji.
Ia lebih terjamin.
Secara perundangan satu kesalahan, secara hukum ianya dilarang.
Sumber : Abah Qilah, Pesan Buat Kawan
Jom saksikan selebriti berkongsi resipi dan momen memasak bersama keluarga tercinta pada 11-17 Julai ini setiap jam 2.30 petang hanya di FB keluargamagazine.
ARTIKEL MENARIK :Ditipu Agensi. Berhabis RM76K Nak Pergi Haji, Namun Suami Isteri Ni Terkandas Di KLIA!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Ibu Ni Kongsi Pengalaman Jelajah Turki 30 Hari Guna Kereta Bersama Anak Beranak!
Baca Ini Juga :“Mahu Lihat Anak Jadi Doktor…” Lisa Selesa Tak Libatkan Anak Dalam Dunia Seni!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Nadia Annuar Kongsi Rahsia Sihat & Awet Muda, Patutlah Nampak Macam Anak Dara

Isi Kandungan
ToggleNadia Annuar Kongsi Rahsia Sihat & Awet Muda, Patutlah Nampak Macam Anak Dara
Nadia Annuar pengacara yang cukup terkenal dengan kepetahan bila berbicara. Memiliki kulit putih bersih, tinggi lampai dan bertubuh langsing meskipun sudah punya anak dua menjadikan wanita ini kelihatan cukup sempurna.
Nadia yang juga merupakan anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton ini rupa-rupanya sangat aktif dengan aktiviti kecergasan. Kesempurnaan yang ada pada dirinya tidak datang bergolek sebaliknya dengan daya usaha yang tinggi.
Biarpun sibuk menguruskan keluarga, tetapi dia tetap komited menjalankan perniagaan berasasaskan kecantikan kerana minat mendalam kearah itu. Sungguh pun sibuk dengan tugasan harian namun Nadia Annuar tidak pernah menjadikannya alasan untuk tidak melakukan aktiviti kecergasan.
Nadia tetap meluangkan masa untuk melakukan senaman. Kata ibu jelita ini lagi, amalan aktiviti senaman yang berkala dan konsisten akan membuatkan otak jadi lebih cergas, badan yang cantik serta sihat.
MINUM KOPI KOSONG
Mengamalkan gaya hidup sihat, Nadia amat menitikberatkan pemakanan diet yang sihat. Akui Nadia, dia sudah mula ‘melupakan’ gula dalam diet hariannya sejak enam tahun yang lalu. Seperti yang kita ketahui bahawa pengambilan gula yang berlebihan akan mendatangkan banyak penyakit.
“Saya memang tidak minum minuman manis. Tidak dapat dinafikan sebelum ini saya sudah terbiasa mengambil makanan dan minuman yang manis memandangkan keluarga saya berasalkan dari Kelantan. Namun lama kelamaan saya sedar tabiat ini harus diubah.
“Apa yang saya lakukan untuk menghentikan pengambilan gula dalam deit harian saya ialah dengan cara minum kopi kosong. Saya jadikan kebiasaan minum kopi tanpa gula. Secara tidak langsung amalan ini membantu untuk ‘mencuci’ lidah. Percayalah apabila kita sudah terbiasa minum kopi kosong, kita tiada keinginan lagi untuk minum minuman yang manis,” ujar Nadia membuka butir bicara.
EKSTRIM DALAM SOAL PENJAGAAN KESIHATAN
Menjalani rutin kehidupan yang sentiasa diburu dengan kesibukan tentunya memerlukan daya stamina yang tinggi. Bagi wanita berusia 36 tahun ini, dia sangat ekstrim dalam soal penjagaan kesihatan dan juga stamina tubuh.
“Paling penting untuk mendapatkan stamina yang tinggi, bukan hanya perlu bersenam dan melakukan aktiviti kecergasan tetapi dalam masa yang sama kita juga perlu pola pemakanan. Pastikan kita makan makanan yang sihat.
“Ramai orang salah sangka, apabila berbicara tentang bersenam. Apabila sebut bersenam, mesti akan ingat perlu pergi bersenam di gimnasium sedangkan hakikatnya bersenam tidak semestinya perlu pergi ke gimnasium. Sebenarnya aktiviti senaman boleh dilakukan di rumah sahaja.
“Untuk mengekalkan stamina tubuh, kita perlu konsisten bersenam. Cara saya mengekalkan stamina tubuh ialah dengan cara bersenam dan melakukan aktiviti senaman secara berkala. Bila kita sudah biasa bersenam, kita akan dapat rasa yang tubuh kita sentiasa cergas.
“Seelok-eloknya amalkan bersenam pada waktu pagi. Alhamdulilah sejak saya aktif dan konsisten bersenam dan melakukan aktiviti kecergasan, saya tidak lagi ‘nap’ berbanding sebelum saya aktif bersenam. Malah saya rasa tubuh saya lebih cergas dan bertenaga,” ujar Nadia.
PERNAH ALAMI MASALAH ‘EATING DISORDER’
Kongsi Nadia lagi, kira-kira 10 tahun yang lalu iaitu ketika usianya 26 tahun, dia pernah mengalami masalah ‘eating disorder’ atau masalah gangguan pemakanan. Jelas Nadia, masalah kecelaruan pemakanan yang dialaminya sudah sampai ke tahap tidak mahu makan.
“Ketika sakit, saya cuba cari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini. Alhamdulillah senaman dan aktiviti kecergasan adalah terapi terbaik buat diri saya. Sejak itu, saya mula bersenam setiap hari secara konsisten.
“Dalam seminggu, saya akan memperuntukkan empat hingga lima hari untuk bersenam. Tubuh juga perlu perlukan masa untuk berehat jadi tidak perlulah kita bersenam berlebihan sehingga boleh membahayakan tubuh. Selalunya dalam setiap sesi senaman, saya akan memperuntukkan masa selama lebih kurang satu jam setengah. Paling lama pun sekitar dua jam untuk satu sesi senaman,” jelas Nadia.
Cerita Nadia lagi, untuk permulaan cubalah berlari di taman. Jangan mulakan sesuatu yang melibatkan komitmen seperti mendaftar keahlian di gimnasium misalnya. Tidak perlulah memaksa diri untuk memulakans senaman sehingga membebankan diri sendiri.
“Paling penting jika kita ingin berhajat untuk melakukan aktiviti kecergasan, kita jangan tunggu orang lain. Biar semangat itu datang daripada kemahuan diri kita sendiri, bukan sebab orang lain. Boleh juga berdamping dengan rakan-rakan yang sudah sedia aktif dengan aktiviti kecergasan jadi secara tidak langsung ia menjadi pendorong untuk kita kekal aktif bersenam.
“Komitmen ‘level’ saya memang lain sebab saya memang mahu konsisten untuk bersenam. Pulang sahaja dari kerja, saya akan terus pergi ke gimnasium untuk bersenam. Tidak dapat dinafikan mula-mula memang susah tapi percayalah, selepas dua bulan kita konsisten dan disiplin dengan jadual senaman yang kita buat maka ia akan jadi lebih mudah,” tutur Nadia.
SUDAH CUBA SEMUA JENIS WORKOUT
Menurut Nadia setakat ini dia sudah mencuba semua jenis senaman workout. Ia umpama satu kepuasan buat diri Nadia apabila dapat mencuba pelbagai jenis senaman workout. Hanya mereka yang aktif dalam aktiviti kecergasan sahaja dapat memahami ‘kenikmatan’ yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.
“Ia umpama satu ketagihan buat diri saya apabila dapat bersenam. Kalau tidak bersenam terasa seperti tidak lengkap hari-hari yang saya lalui. Walau bagaimanapun perlu ada ‘off day’ agar tubuh kita dapat berehat daripada melakukan sebarang senaman dan aktiviti kecergasan.
“Setakat ini saya sudah mencuba pelbagai jenis workout antaranya powerplate, boxing, spinning dan hit classes. Buat masa sekarang aktiviti senaman yang paling saya suka ialah indoor spinning. Saya akan mengikuti kelas ini tiga hingga empat kali dalam seminggu. Sejak kebelakangan ini juga saya turut menggabungkan aktiviti indoor spinning ini dengan boxing,” ungkap Nadia.
“Jadual harian saya memang namun itu bukanlah alasan untuk tidak melakukan aktiviti kecergasan. Saya bersyukur kerana punya pembantu rumah yang dapat memudahkan urusan saya di rumah. Dengan cara itu saya ada masa untuk bersenam.
“Sebenarnya bagi saya tiada alasan untuk kita tidak bersenam. Paling penting kita perlu bijak membahagikan masa. Pendek kata ia bergantung pada diri kita sendiri. Terpulang pada diri kita sama ada untuk memilih gaya hidup yang sihat atau pun sebaliknya. Kalau kita sudah sakit, no tunning back,” kata Nadia.
OBSES DENGAN PAKAIAN SUKAN
Melihat gaya Nadia dalam pelbagai persalinan sukan menggambarkan Nadia seorang yang gemar melaram meskipun ketika melakukan aktiviti kecergasan. Akui Nadia dia tidakm kisah berbelanja besar untuk membeli pakaian sukan berjenama kerana katanya ia bukan sahaja selesa dipakai tetapi tahan lama.
“Walaupun pakaian sukan berjenama ini agak mahal namun saya suka sebab, ia boleh dipakai dalam tempoh yang lama. Selalunya warna pakaian sukan yang menjadi pilihan saya ialah warna hitam. Selain warna hitam, saya juga suka dengan warna-warna terang.
“Sebenarnya pakaian sukan yang selesa memainkan peranan penting kerana akan membuatkan tubuh kita nampak ‘kemas.’Saya memang memperuntukkan jumlah bajet yang agak tinggi untuk membeli pakaian sukan yang saya suka. Bagi saya, pakaian sukan yang selesa dan cantik dengan warna dan corak yang ceria merupakan satu motivasi untuk saya terus bersenam,” tutur Nadia menutup perbualan.
Artikel ini diolah daripada bahan asal dari HIJABISTA
Kredit foto: Instagram Nadia Annuar
“Buang Ego & Alasan, Akui Apa Yang Pernah Kita Buat” Cara Aliff Aziz Perbaiki Diri

Tiada manusia yang tidak membuat kesilapan. Mungkin, silap orang senang untuk kita nampak, tapi silap kita, hanya Dia sahaja yang tahu.
Pernah beberapa kali nama tercemar dek kerana kenangan lampau, pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz berkongsi caranya untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik di mata Allah SWT.
Menurutnya, dia mengakui telah melakukan pelbagai kesilapan pada masa silamnya dan berusaha untuk memperbaiki diri.
Disoal pendapatnya mengenai dosa yang pernah dilakukan menjadikan manusia lebih merendah diri, Aliff mengambil contoh dirinya dan memberitahu dengan satu syarat.
“Dosa yang dibuat menjadikan kita rendah diri dengan satu syarat iaitu tiada siapa yang boleh paksa diri kita dan kena jujur dengan diri sendiri.
“Cakap depan cermin, saya buat benda tu. Saya pergi toilet, saya duduk depan cermin dan cakap dengan diri sendiri.
“Awak boleh tipu dengan semua orang, kita memang boleh tunjuk luaran depan semua orang tapi tak boleh tipu dengan orang yang depan cermin (diri sendiri). Awak kenal diri sendiri lebih dari orang lain,” katanya.
Susulan perkara itu, perlu jujur pada diri sendiri dan banyak perkara yang perlu dikorbankan untuk berubah kearah yang lebih baik.
“Persoalannya kita sedia tak nak buat benda tu? Ia tak mudah sebab awak kena buang ego dan alasan dan mengakui apa yang pernah kita buat.
“Hanya dengan mengakui semua benda tu, Allah akan bagi jalan pada kita. Pada pendapat saya, itu berkat kita jujur dengan diri kita. Ia bermula dengan cara tu.
“Duduk dan fikirkan segala dosa yang pernah buat dulu dan salahkan diri sendiri diatas semua kesilapan yang kita buat. Berhenti salahkan orang lain dan bagi alasan pada diri sendiri, Insya-Allah Allah akan beri jalan,” ujarnya.
Tambahnya, diri Aliff yang dulu sering berjanji untuk berubah tetapi sebenarnya dia masih belum bersedia untuk berbuat demikian.
“Macam saya dulu lah, mulut cakap saya janji tak nak buat lagi itu ini, tapi hati taknak buat, sama je kita akan kekal macam tu.
“Sebab tu kalau sekarang orang tanya saya, saya tak berani cakap apa-apa dah sebab saya tak nak jadi mangsa kata-kata saya sendiri kerana saya hanya manusia biasa.
“Saya hanya doa pada Allah kalau perkara ini baik buat saya, dekatkan kalau tak baik, jauhkan,” jelasnya.
Sumber : Xtra