Projek Buat Taugeh Cara Mudah, 3 Hari Siap Untuk Dimakan. Begini Tekniknya!

Share

Menarik juga jika kita dapat membuat taugeh untuk dimakan sendiri. Terjamin bersih dan pastinya segar. Memandangkan untuk hasilkan taugeh tidaklah susah mana, dalam tiga empat hari sudah boleh diambil  untuk dimasak. Jadi apa kata kita buat projek menanam taugeh ini bersama anak-anak.

Pun begitu, hendak buat taugeh ada tekniknya dan banyak-banyak teknik cara ini paling mudah kerana menggunakan botol mineral sahaja tanpa kita perlu membeli alatan dan perkakasan lain.

Untuk itu, ikuti perkongsian daripada

JOM TANAM TAUGEH DENGAN CARA MUDAH
Tips membuat taugeh ..
Jgn percaya ! buat jer


1. Rendam kacang hijau 4jam (air suam)

2.Tapis

3. Masukkan kacang hijau dalam botol
4.spray kacang hijau dengan air rata rata


5.letak botol berisi kacang hijau dalam kotak ( gelap)


6.spray 2x sehari (melalui lubang yg telah ditebuk)


7.boleh guna slps 3-4hari

Sumber : Tinta DK Pena II via Berkebun Tepi Rumah Sendiri 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club