Sebelum ini kita sekeluarga pastinya begitu seronok beraya di kampung bertemu dengan sanak saudara yang telah lama tidak dapat berkumpul bersama. Kini setelah kembali di kota, terasa teringin pula mengadakan rumah terbuka sebagaimana kelaziman tahun-tahun sebelumnya.
Untuk memberi variasi menu yang bakal dihidang kepada semua tetamu, apa kata anda sediakan menu Pie Tie dari hasil air tangan anda sendiri. Pasti tetamu puas hati menjamahnya dan di sini turut disertakan resipi yang dikongsikan oleh Puan Siti Dahlia untuk yang pertama kali ingin mencuba menyediakannya.
RESIPI SARUNG PAI-TIE ALA-ALA CHICKEN RICE
Harini MekTi nak share resipi cara-cara nak buat sarung PaiTie. Uols boleh buat siap-siap sarung ni untuk minum petang atau tetamu datang. Bila rasa nak makan boleh terus letak sayur dan tuang kuah saja. Nak rasa sarung camtu je pon boleh. Lemak-lemak ranggup. Krupp krupp krapp
Pssttttt.. ! Mari ke mari MekTi nak bisik-bisik ni. Kalau uolss sejenis yang ada kerajinan terlebih tu dan nak buat duit tepi. Memang sesuai sangat tau. Sebab MekTi dulu-dulu time umur 24 tahun buat bisnes ni laa. Lagi-lagi nak dekat raya ni. Ramai yang nak buat rumah terbuka. MekTi penah dapat order dari 1 customer jerk sampai 600 keping tau. Itu belom campur lagi dengan order-order customer lain.
Bahan tak banyak mana pon. So modal nak dilaburkan pon ciput yakmattt. Dan tak renyah nak buat.
Ads
Kuantiti bahan digunakan ni boleh dapat dalam 50-60 sarung tau. Biasa sebelum ni MekTi buat adunan banyak kilo. Sebab order banyak kan. Buat sekali banyak jimat masa dan kos.
Ingat ! Sebelum nak buat pastikan uolss ada acuannya tau (itu paling PENTING)
Bahan-bahan:
1 cawan tepung beras ( bersamaan 6 sudu besar )
1/2 cawan tepung gandum ( bersamaan 3 sudu besar )
Sedikit kapur masak
Sedikit garam
Air
1 biji telur
Ads
First step :
1. Air masak dalam cawan besar, dimasukkan siap-siap garam. Rasakan dulu jangan terlalu masin atau tawar ye.
2. Satukan tepung beras , tepung gandum dalam 1 bekas. Masukkan sedikit kapur masak dan 1 biji telur.
3. Digaul rata dulu. Kemudian , tuangkan air garam tadi dalam adunan tepung. Digaul-gaul sebati. Sampai adunan tepung tersebut cair.
Ads
Adunan tersebut jangan terlalu pekat sebab sarung tu nanti terlalu tebal. Dan jangan terlalu cair nanti jadi nipis mudah pecah.
Agak semua dah sebati. Tapiskan adunan tersebut untuk dapatkan hasil yang bersih supaya takde biji-biji tepung yang tak hancur rata.
Kemudian masukkan dalam cawan atau bekas kecil. Bagi boleh tengelamkan acuan dalam adunan.
Bahan-bahan sayur boleh ikut citarasa sendiri.
Macam MekTi biasa ubah-ubah ikut selera.
Timun
Carrot
Tauge
Sengkuang
Kacang panjang
Isi ayam yang dah digorengkan
Fish cake goreng
Bergantung pada uolss punya selera tau..Untuk kuahnya , MekTi guna kuah sos berlada. Ala macam kuah tauhu sumbat tu. Kalau Mekti terlebih rajin. MekTi buat kuah kacang rasa macam makan rojak kan… Hmmmm sedap
sumber : Siti Dahlia Bahrin via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Melihat video Datin Paduka Eina Azman memasak, ramai yang teruja dan tak kurang juga yang mengambil resipi tersebut untuk dicuba.
Memasak memang seronok cuma bila nak menyediakan kelengkapan memasak, sedikit leceh dan ada yang mengatakan Datin Paduka Eina beruntung memiliki pembantu rumah. jadi, dia tak perlu bersusayh payah untuk hal tersebut.
Namun, telahan tersebut rupa-rupanya salah. Bahkan, Datin Paduka Eina Azman melakukannya sendiri kerana dia tidak suka orang ramai di dapur ketika dia memasak.
“Untuk menjawab segala persoalan…. well yes saya lah tukang masak, tukang potong bahan2, tukang kacau, tukang record n basically semua nya saya yang buat.
“Sebab saya tak suka ramai2 tlg kat dapur. Serabut so all my helpers hanya selalu siang ikan n ayam n kemas dapur je,”tulisnya di ruangan kapsyen.
Rupa-rupanya bukan Eina Azman sahaja yang tidak suka ada orang lain di dapur ketika memasak, Tabiat tersebut juga dikongsi oleh pengikutnya yang mengakui perkara yang sama.
elminoraboyani79 Me too, suka masak seorang2, my helpers anak2 bujang I tolong kemas mana yg sepah cuci pinggan sapu sampah buang sampah
zyzlshr You kena ade program memasak sendiri la. Bagus rajin memasak.
ogou_vleen same to me datin..sy pn tk suka ramai2 tlong sy kt dpur..mcm tk berapa selesa?..sy rela bersusah payah buat sndri
farahthakib datun @eina_azmanactually i adore u laa sis.. sbb u pndai masak dah laa tu cantik plakkk.. aaiiiii.. soo untung dato.. smoga datin kekal vogue n kekal msok dapur n sahre rasepi dgn peminat.. i jarang like gambar (sbb memg habit tak suke tap ❤️) .. but your insta stories memg tak pnh mis tgk lg2 time masak.. dri awl smpai hujung then try apply ape u share.. tq datin.. semoga apa rasepi u share tu harap semua wanita dpt manfaat dan idea untuk membuncitkn perut para suami .. hihihi
el_lisa_elisa Yes…..same with me…..ketenangan memasak is when U alone di dapur memasak…..makanan pun jd sedap kan kan
vivaanna66 I percaya u buat sendiri..sbb boleh tgk cara u kacau periuk
elizsofiaaa@eina_azman ❤️❤️❤️ sy pun suka masak tapi bab kemas bagi org lain..and time kita masak tu mmg xsuka ade ramai2 kt dapur sbb rasa serabut tu boleh ubah rase masakkan tu haahahha.
Sumber: Ig Eina Azman
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Izara Aisyah dan Adib Khalid yang selamat menimang cahaya mata kedua mereka.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh ibu kepada dua cahaya mata itu menerusi Instagramnya semalam.
Bahkan Izara juga turut memuat naik video Adib memangku bayi perempuan comel bersama anak pertama mereka, Irisa Alaia yang kini berusia tiga tahun.
“Alhamdulillah, menyambut seorang lagi anak perempuan dalam keluarga kami.
“Terima kasih untuk doa,” tulis Adib ringkas menerusi ruangan komen.
Paling menarik perhatian pastinya reaksi comel anak sulung Izara, Irisa ketika pertama kali melihat adik perempuannya. Comel sekali.
Perkongsian Izara menerusi Instagramnya itu turut dihujani dengan ucapan tahniah dari rakan selebriti dan peminat di ruangan komen.
Terdahulu, Izara mendirikan rumah tangga bersama Adib Khalid pada 17 November 2017. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia yang kini berusia tiga tahun.
Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bentuk video yang kreatif dan menarik.
Antara amalan yang paling mudah untuk dilakukan adalah bersedekah. Ia patut dilakukan oleh setiap umat Islam kerana terdapat banyak kelebihan bersedekah.
Amalan ini sangat senang dan boleh menolong mereka yang memerlukan bantuan anda. Perbuatan bersedekah ini juga sangat dituntut dalam Islam sekiranya mampu.
Malah hari Jumaat penghulu segala hari ini. Pahala sekiranya berbuat amal pada hari ini akan dilipat gandakan.
Sebagaimana perkongsian yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter bernama @khairul_hafidz ini, membuktikan bahawa sedekah itu membuka jalan dan pintu rezeki lebih banyak.
“Bila menoleh kat tuan kedai yang sedang duduk.”
“Hari ini kami tak kira, hari ni Jumaat, bayar je berapa nak bayar, letak dalam kotak derma tu,” ujar tuan kedai tersebut.
Dia terus tergamam dengan sikap mulia tuan kedai itu. Di samping itu, dia juga turut mendoakan agar tuan kedai tersebut sentiasa beroleh rezeki kerana telah menunjukkan sifat yang murni itu.
Saya menunggu lama di satu kedai makan ni nak bayar makanan saya.
Bila menoleh kat tuan kedai yang sedang duduk,
“Hari ini kami tak kira, hari ni Jumaat, bayar je berapa nak bayar, letak dalam kotak derma tu”
I am speechless, moga tuan punya kedai akan sentiasa beroleh rezeki.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...