Syawal bakal menjelma tidak lama lagi, tentu para ibu sedang sibuk membuat persiapan hari raya. Salah satunya membuat kuih raya. Tambahan pula, pelbagai permintaan anak-anak untuk membuat kuih raya. Tradisi sebegini mesti diraikan bersama anak-anak agar hari raya penuh bermakna. Tentu seronok melihat keletah anak-anak ketika membuat kuih raya. Momen manis yang akan dikenang sampai bila-bila. Begitulah juga dengan perkongsian puan Habibah Anuar
di laman facebooknya.Minggu lepas Bib buat projek biskut raya ni ngan anak anak. Memang eksaited la dorangkan. Semua tolong makan yeee tolong makan, bukan tolong buattt yee.
Buat tu setalam jekkk yang lain homak la buatkan. Saborrr jela. Tapi senang sangat membuatnya u’olls buat sekilo pon belum tentu cukup. Eh ni boleh buat untuk raya nanti taw. Letak dalam balang sesiap. Guna 3 bahan jek la.
Cornflake Almond Cluster
Bahan-bahan
500g Dark Compaund Coklat Beryl’s
300g Cornflake
100g Almond (Hirisan)
Cara membuatnya
1) Cairkan coklat dalam microwave. Takde microwave boleh
guna kaedah “double boil”
2) Almond kena panggang tanpa minyak dalam kuali. Bila dah
nak ranggup tu. Tutup api.
3) Cornflake kena ramas dengan tangan ye. Jangan halus
sangat ye.
4) Campurkan cornflake, almond dan coklat. Gaulkan sebati.
time ni tahap kesabaran korang kena tinggi. Kalau anak anak
tengok. Masing masing bawak mangkuk nak makan. Padahal belum siap
5) Guna sudu letak dalam talam. Nak letak sprinkle atau rice
coklat pon boleh. Bib letak garam sikit jek,jangan banyak
sangat. Kang bebudak tak suka. Guna parchment paper ye.
Pastu masukkan dalam esbok dalam 5 minit. baru masuk
dalam balang taw.
6) Siap. Boleh dihidangkan. Simpan dalam peti sejuk ye u’olls
Selamat mencuba!