Projek Amatur Tapi Hasil Macam Pro, Ayah Ni Kongsikan Step Buat Wardrobe!

Share

Di mana ada kemahuan pastu di situ ada jalannya, pepatah ini begitu kena sekali dengan usaha yang dilakukan oleh seorang ayah ini untuk menghasilkan wardrobe di bilik anak perempuannya.

Walau tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pertukangan kayu, namun hasil usaha carian di internet dan semangat untuk lakukan DIY, siapa sangka terhasilnya wardrobe yang tidak kurang cantik rekaannya.

Ikuti perkongsian bapa ini, mana tahu ada yang teruja untuk mencuba membuat wardrobe sendiri.


Mini projek D.I.Y masa PKPP & PKPD, wardrobe untuk anak-anak dara simpan barang…Dua purnama baru selesai.

Projek amatur, bukan pro… tak mintak pujian tak mintak cacian, sekadar perkongsian. Semoga kita semua dijauhkan dari virus COV19.

Ramai tanya kos.. lebih kurang dalam RM1,500.

Ini cara membuatnya

1. Sedikan papan lapis 9mm (3hun), kayu ketam 1″x2″  dan 1″x1”.

Harga papan lapis RM55 gred A  RM46 gred B, Better ambil gred A.

2. Setting tapak.

3. Alignment dan balancing

4. Buat kerangka laci

5. Testing pintu

6. Buat tambahan ruang bagasi tingkat atas rapat ke siling. Kemudian touchup bahagian skrew pakai woodfiller. Nanti dah kering sebelum cat kena kikis pakai kertas pasir dulu.

7. Cat dengan undercoat terlebih dahulu.

8. Pasang border hitam pakao gam dunlop

9. Done, alhamdulillah siap.

Sumber : Ayob Bin Che Nan