Program televisyen sesuai untuk anak usia 3 tahun ke bawah supaya mereka mendapat manfaat positif walaupun menonton. Sudah menjadi kebiasaan trend kehidupan masa kini yang mendedahkan anak kecil pada pelbagai gajet.

Apatah lagi pada masa kini ramai ibu bapa yang sudah mempraktiskan trend bekerja dari rumah (WFH) ekoran daripada kehidupan di zaman pandemik COVID-19.

Kita sedia maklum antara kekangan para ibu terutamanya yang WFH iaitu fokus pada kerja dan dalam masa yang sama menjaga anak-anak kecil.

Ads

Sudah tentu sedikit sebanyak penggunaan gajet digunapakai bagi membantu anak-anak kecil boleh duduk diam seketika semasa ibu sedang sibuk meeting online atau menyiapkan tugasan urgent.

Ads

Semoga perkongsian Puan Maryam Jamadi, seorang Terapis Carakerja (Occupational Therapist) dapat melegakan hati para ibu bapa dan menjadi panduan mereka memilih rancangan di televisyen online yang bersesuaian untuk si kecil bawah usia 3 tahun.

Ads

Program televisyen sesuai untuk anak

Program Televisyen Sesuai Untuk Anak Usia 3 Tahun Ke Bawah
Photo by Anastasia Shuraeva from Pexels

“Saya WFH susah nak pantau anak semasa bekerja dan terpaksa buka TV”

Inilah dilema kebanyakan mak ayah zaman pandemik ini, nak bawa anak keluar tak boleh, nak main dengan anak dah habis idea, nak layan anak setiap masa susah sebab ada kekangan kerja hakiki.
Sudahnya ada anak yang 24 jam melekat depan TV atau gadget. Ini nasihat saya untuk kalian:
1. Kalau ada pilihan nak bagi anak tengok TV atau gadget (hp/tab), buka TV lebih kurang risiko masalah perkembangan anak berbanding gadget.
2. Elakkan buka cerita yang sama setiap hari atau setiap masa. 
3. Dedahkan anak dengan pelbagai ilmu pengetahuan.
– Rancangan masakan. 
– Hidupan laut, haiwan, serangga atau burung. 
– Melukis atau mewarna. 
– Rancangan pendidikan yang sesuai ikut umur anak.
– Projek reka bentuk atau seni. 
– Lawatan ke tempat yang baru. 
– Menjahit. 
– Sukan.
Manfaatkan internet di rumah untuk dedahkan kepada anak tentang dunia. Bukan terhad menonton kartun sahaja.
4. 80% perkembangan otak adalah semasa 3 tahun pertama. Mak ayahlah agen dan lubuk ilmu pengetahuan anak tentang dunia.
5. Untuk anak 3 tahun ke bawah, elak dedahkan anak terlalu lama:
  •  Lagu kanak-kanak (nursery rhyme).
  •  Rancangan yang tidak ada komunikasi.
  •  Ganas.
  •  Bahasa kasar atau kurang ajar.
  •  Bahasa atau percakapan yang terlampau laju.
  •  Rancangan yang terlalu rumit untuk anak faham.
6. Anak cenderung untuk meniru apa yang dia lihat dan dengar semasa umur 3 tahun ke bawah.
Jadi, saya senaraikan 10 rancangan yang sesuai untuk anak umur 3 tahun ke bawah di NETFLIX.
Kriteria saya:
  •  Bahasa yang mudah difahami.
  •  Percakapan yang tidak laju.
  •  Tidak banyak gangguan bunyi latar belakang.
  •  Visual atau pergerakan yang tidak terlalu pantas.
  •  Warna yang tidak terlalu terang dan menonjol.
  •  Dinyatakan rating “ALL”, sesuai untuk semua peringkat umur.
Sensori anak masih lagi berkembang semasa umur 3 tahun ke bawah, perlu berhati-hati dengan pemilihan rancangan untuk anak. 
Semoga bermanfaat untuk semua 
Nak tahu banyak lagi kupasan daripada Puan Maryam berkenaan perkembangan anak bolehlah daftar nama sebagai peserta Webinar Sayang Anak Ketat-Ketat pada 20 Mac 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi hingga 6.30 petang kerana beliau merupakan salah seorang panelis di samping lain-lain lagi termasuk Ibu Rose, Prof Dr Nik Salida, Dr Ahmad Rostam, Puan Azlina Roszy dan selebriti 2 anak Irma Hasmie.
Program Televisyen Sesuai Untuk Anak Usia 3 Tahun Ke Bawah

Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join  Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI