Berita

Program Keluargader Bawakan Senyuman Rai Golongan Kurang Bernasib Baik

Share

Meraikan Aidilfitri dengan kegembiraan dan kesyukuran tanpa melupakan insan yang kurang bernasib baik. Baru-baru ini Famili & Parenting yang terdiri daripada Keluarga, Pa&Ma dan Bintang Kecil di bawah naugan Nu Ideaktiv Sdn Bhd telah menganjurkan sebuah program Keluargader Bawakan Senyuman telah berlangsung di Glass House GFG Klang menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR). Rakan Strategik yang bekerjasma dalam program ini adalah Metro IVF, Neo Geo Concept Sdn Bhd, Premiere Hotel Klang dan Doc Marketing Sdn Bhd

Keluargader Bawakan Senyuman merupakan sebuah program Tanggungjawab Sosial Korporat yang dilaksanakan bagi meraikan insan yang kurang bernasib baik yang terpilih daripada Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Al Mahabbah, Teratak Nur Barakah dan Yayasan Orang Buta Malaysia(YOBM) telah menerima sumbangan dan hamper istimewa.

Inisiatif itu yang dilaksanakan bertujuan berkongsi rezeki dengan masyarakat yang kurang bernasib baik sempena sambutan Aidilfitri yang menuntut rasa syukur dan simpati kepada insan lain.

Isteri Menteri Besar Selangor,Datin Seri Masdiana Muhamad melahirkan syukur dengan program seumpama ini dan berharap usaha CSR berterusan membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Turut hadir memeriahkan program berkenaan, Syamil Fahim Mohamed fahim, Ketua Pegawai Eksekutif , Ani Nadila Yusof, timbalan pengurus besar (operasi) dan Wan Erni Liza selaku Editor Pengurusan Group Family & Parenting.