Ikatan kasih sayang antara adik beradik tidak akan pernah putus sampai bila-bila pun. Ibarat air yang dicincang tidak akan putus, begitulah hubungan dengan adik beradik. Setiap ibu bapa mendidik anak-anak untuk mewujudkan kasih sayang dan bahagia dalam sesebuah keluarga.
Dalam usaha mendidik anak, pendidikan akidah adalah amat penting iaitu memantapkan keimanan pada jiwa anak-anak.
Perkongsian Datuk Prof Dr Muhaya mengenai cara didikan Islam dalam diri anak-anak supaya kasih sayang terjalin utuh antara adik beradik ini harus dijadikan panduan bersama.
Namun sebelum itu, ibu bapa perlu memberikan pendidikan akidah bagi anak didahulukan dengan mengenalkan Allah SWT dan menanamkan kecintaan terhadapNya.
Apabila anak-anak telah jelas mengenai akidah, mudah untuk ibu bapa menyuruh anak solat dan sebagainya. Ia sekali gus menjadi cerminan sebagai ikatan kasih sayang dikalangan adik beradik.
1.Elak pergaduhan
Apabila wujud pergaduhan antara adik beradik, tanya kepada anak, adakah ia bagus atau tidak. Ambil gambar semasa bergaduh atau rekod suara jeritannya. Rekodkan. Manakala rekodkan semasa anak dalam keadaan gembira. Bandingkan dan tanya kepada anak-anak, adakah ia sikap yang baik? Berikan penjelasan yang mudah untuk anak-anak fahami bahawa pergaduhan tidak memberikan sebarang kebaikkan dalam kehidupan.
2.Beri pujian
Jika anak-anak memperlihatkan perilaku yang baik, berikan pujian. “Baiknya anak mama.” Tujuan cara ini supaya ia menjadi budaya iaitu berbuat baik akan diberi pujian. Namun jika sebaliknya jangan jadikan ia isu besar. Anak-anak sengaja buat-buat nakal dan bergaduh kerana inginkan perhatian daripada ibu bapa.
3.Minta maaf
“Ajar anak untuk mengucap perkataan ‘minta maaf’ tetapi paksa mereka. Dalam hal ini, ibu bapa harus menjadi contoh. “Mama minta maaf. Tadi mama jerit dan garang!”. Apabila anak melihat ibu bapa berbuat demikian, anak-anak akan mengikutinya.
4.Kongsi makanan
Mendidik anak mengenai perkongsian makanan melibatkan perasaan. Ibu bapa akan menjadi contoh bukannya memberi contoh. Apabila ada makanan, ibu bapa akan berkongsi dengan anak. “Rasa happy tak bila mama kongsi makanan dengan kakak? Bila kakak kongsi dengan adik, mesti adik happy kan”. Fokus tentang emosi iaitu kegembiraan apabila mendapat kebaikkan. Pendekatan ini akan mendidik anak tentang kebaikkan iaitu jika ada orang berbuat kebaikkan, tentu ada orang akan buat baik kepada kita. Fokus kepada kebaikkan, jangan marah kepadanya.
5.Bagi pilihan
Pergaduhan ekoran berebut barang permainan adalah perkara biasa. Namun selain marah kita boleh memberitahu kepada anak seperti, “Ok takpe adik nak main dulu, lepas puas main boleh kongsi dengan kakak ye.” Cara ini ibu bapa memberi pilihan kepada anak bukannya menunjukkan perbahanan atau pertelingkahan.
Begitu juga jika keluar ke pasaraya membeli makanan, misalnya, “ adik nak beli tak untuk kakak.” Cara ini secara tidak langsung memupuk sikap suka memberi dalam dirinya.
6.Aktiviti mengaji
Biarpun waktu mengaji tetap boleh mengikat kasih sayang adik beradik. Waktu mengaji ini dilakukan bersama-sama, ibu bapa boleh sediakan jurnal iaitu berapa banyak helaian yang sudah dibaca atau buat peraduan berkaitan aktiviti mengaji.
7.Sembahyang berjemaah
Cara ibadah pula ialah melakukan sembahyang secara berjemaah dan jadikan ia sebagai habit iaitu apabila azan,katakan kepada anak, Allah memanggil kita, untuk mengucapkan terima kasih kita kena solat. Cara ini mudah untuk anak-anak faham. Kemudian setelah solat berjemaah, peluk antara satu sama lain.
8.Alam sekeliling
Bagi persekitaran pula, lakukan aktiviti harian seperti, “wow cantikknya langit, siapa buat? Allah! Siapa buat adik, Allah!, Siapa buat mata? Allah! Ibu bapa boleh kuatkan akidah anak-anak dengan alam sekeliling.
Kesimpulannya, untuk mendidik anak-anak mempunyai kasih sayang antara adik beradik, ibu bapa haruslah menjadi seorang yang penyayang. Dengan ini mudah untuk kita sayang kepada anak. Justeru, anak yang disayangi akan belajar menyayangi anak yang dikongsi, belajar untuk berkongsi.
Artikel ini diolah daripada artikel asal KELUARGA
Artikel berkaitan: Gambar Adik Beradik Fazura Raih Perhatian. Ramai Tak Sangka.
“Macam Beli Rumah Lain Terus”. Adik Beradik Kembar Kumpul Duit Cantikkan Rumah Mak Abah