Kes rogol, sumbang mahram dan sebagainya semakin menakutkan kita hari ini. Semuanya disebabkan kurangnya ruang privasi bagi anak terutama anak lelaki dan perempuan. Walhal hal ini teramatlah penting.
Perkongsian seorang guru, Shifa Kamardin ini sangat tepat malah amat dipersetujui ramai. Mak ayah perlu persiapkan bilik yang luas dan mencukupi buat anak lelaki dan perempuan sebelum memilih untuk menambah bilangan anak. Ini penting!
Sebelum nak tambah anak, tambah bilik dulu. Aku ternampak satu video kat kat sebelah kan, ada seorang doktor ni cakap, paling minimum benda yang perlu dipertimbangkan sebelum tambah anak adalah tengok keadaan rumah kita dulu.
Aku terus macam, zaapp! Terus dapat tangkap apa yang beliau nak sampaikan. Sebab kan sebelum tambah anak, kena semak semula, mampu atau tidak kita sebagai ibu ayah sediakan bilik berasingan untuk anak lelaki dan juga anak perempuan.
Pastu bayangkan kalau anak-anak pula ramai macam sepasukan bola sepak, takkanlah nak sumbat anak-anak duduk sekali dalam bilik yang sempit macam sekangkang kera tu?
Sedangkan bilik tu muat satu katil bujang atau paling besar pun katil kelamin. Dah la binaan rumah sekarang makin sempit kaki per segi. Tu tak kira lagi nak letak almari dan set meja belajar. Boleh bayanglah sempit betul.
Kalau tak muat, bentang toto kat ruang tamu, tidur ramai-ramai kat situ. Bila nak buat hubungan kelamin, kena sorok sana sini.
Tiba-tiba teringat kes sebuah keluarga ni hidup dalam keadaan melarat.
Duduk di rumah flat, anak pula berbelas-belas orang. Tapi ada DUA ISTERI! Duduk sekali bersama dua orang isteri tu dalam satu rumah. Isteri kedua pula tengah mengandung anak ke berapa entah masa tu.
Bilik pula hanya halang dengan kain langsir nipis tu saja sebagai pemisah! Kemudian, tagih bantuan orang ramai untuk tolong keluarga mereka. Sedangkan lelaki tu kuat dan sihat. Weh, tak boleh bayang!
Anak perempuan pula nak mandi atau bersiap, tak ada privasi sebab ayah dan adik-beradik lain nampak. Dengan tandas ada satu saja. Jenuh berebut.
Orang dok kata anak rezeki. Tapi hak anak-anak yang paling minimum pun tak mampu nak sediakan. PRIVASI MEREKA. Lepas lunaskan bab privasi, barulah boleh bincang hak mereka yang lain seperti pendidikan atau kesihatan.
Ni kalau hat paling minimum sekali pun tak dapat nak sediakan, toksah sembang bab tambah anak. Aku pesan kat adik-adik aku, nak tambah anak, pastikan pindah rumah yang lebih selesa. Cari rumah yang kondusif untuk membesarkan anak. Bukan ala kadar saja. Usaha mestilah kena lebih. Nak bela anak, kos memang mahal. Mahalkan sikit usaha tu.
Orang tua aku walaupun anak ramai, bilik kat rumah kami ada 4. Memang sangat cukup pun. Tambah pula rumah kampung, memang luas la.
Ni kalau duduk di bandar, rumah pula macam sangkar burung, bilik air pun hanya ada satu, janganlah aniaya anak-anak atas kebodohan diri. Ni baru bab duduk rumah sewa atau rumah sendiri.
Kalau yang duduk sekali di rumah mak ayah dengan adik-beradik yang masih bujang? Beranak-pinak pula kat situ? Bayangkan? Ini bukan berkisarkan rezeki semata-mata tapi amanah yang kita pikul terhadap anak-anak.
Islam ni mudah sebenarnya. Cuma kita saja yang suka menyulitkan situasi.
Menarik: MK K Clique Kongsi Nama Puteri Sulung, Makna Pun Elok!
Murahnya Hati MUA Bellaz Belanja 500 Rider Petrol Percuma!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Sumber: FB Shifa Kamardin