Prihatin Nasib Rakyat Palestin, MUA Bellaz Sumbang RM20K Hasil Jualan Produk!

Share

PrIhatin dengan nasib rakyat Palestin, ramai yang tampil menghulurkan bantuan. Jika semalam Khairul Aming menyerahkan sebahagian hasil keuntungan jualan Sambalnya, terbaru jurusolek terkenal iaitu Mua Bellaz pula berbuat demikian.

Menerusi perkongsiannya, Bellaz menderma sebanyak RM20 ribu kepada Persatuan Cinta Gaza. Perkongsian tersebut dimuat naik oleh Bella atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini menerusi akaun facebook dan Instagramnya.

Pertama kali Syukur kehadrat ilahi diatas kurniaan rezeki pinjamannya buat saya dan keluarga…kedua syukur pada semua yg mana support bellaz membeli barangan dri Bellaz Beauty…tanpa anda xmungkin bellaz dpt sumbangkan buat saudara kita di palestin hampa bnyk support bellaz .

“Semoga ada pahala sumbangan buat kita semua…aminnn
Ya Allah ni la cara bantuan yg kami dapat lakukan walaupun jauh dari mereka…kau lindungilah mereka saudara2ku di palestine…aminn


Sapa yg mencari account mna yg nak di bankin nk bantu bellaz ada letak di bawah nnti share kt kwan2 yg mncari

..

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN