Bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian. Rasanya sesuai sangatlah jika ingin diibaratkan usaha yang dilakukan oleh seorang ibu ini.
Lihatlah, semuanya telah dipersiapkan dengan memasak beberapa jenis paste, manakala ikan, ayam dan daging telah siap diasingkan di dalam bekas mengikut jumlah hidangan.
Kini apa yang tinggal hanya menanti tibanya Ramadan tanpa perlu kalut lagi tentang urusan masak memasak untuk menu berbuka mahu pun bersahur.
Jadi ikuti perkongsian ini semoga dapat memberi inspirasi untuk kita semua. Penatnya sekali dan mudahkan kerja sepanjang Ramadan. Terbaiklah!
Sekarang ni Lazada MY ada bagi Ramadhan Food Voucher discount , diskaun sehingga RM9 potongan. Jimatkan! Manu tahu anak nak tukar selera pula ke..
Selamat dtg Ramadhan .
Dari kelmarin dapat keluar topup barang dapur pastu balik gigih basuh semua siap siap .
Ads
Pastu membawa ke harini dari pagi sampai mlm . Ada lagi yg tak siap sikit . Overall dah ready dah . hihi .. So tak kalut sgt nak keluar restock brg . Alhamdulillah
Saya dah asing siap portion lauk utk buka & sahur . Jadi akan defrost 1bekas lauk & 1 paste . yahoooo
Nanti cuma pikir nak makan apa , menung depan freezer then defrost . Tak de jugak yg berkenan haritu kita masak la singgang ke sup ke . paling xde jugak goreng la bihun
Ok lah cukup utk sebulan insyaALLAH . Yang penting yg lama lama kena masak atas dapur dah siap . Nanti sampai turn masak sup ayam xpa . Sbb sng je hihi .
Ads
Kami tak kesah sgt lauk preheat ke pe ke . Actually bkn preheat pon . Konsep nye sama mcm kita pergi beli paste kat pasaraya . Balik tambah lauk je .janji ada benda utk makan . Yang penting telur kena ada . Bersyukur mampu makan minum cukup disaat ad hambaNYA yg struggle utk sesuap nasi . Tq ank2 & suami.
Sayur sayuran tak byk sgt . Sbb xmkn syur sgt. Janji ada carrot tomato bunga kobis cukup .
Kenapa prepare awal ?
Saya ada magnet kekayaan . Eh magnet anakku . Ni kalau amik video kekalutan die bergayut kat kaki la ape mmg xjadi keje .
Ads
So , bulan puasa tak kalut. kadang puasa ni tgh lapa mmg xdpt nk kawal marah tu . Nak nak time iman senipis kulit bawang haha . Jgn ckp x lapa . sapa tipu dosa haha . So bulan puasa cuaca pun pns skang ni boleh rileks sikit sambil kurangkn masa kat dapur yg maha pns time masak tu .
Ni bukan rajin sgt tapi demi kelangsungan perut.
Ok penat penat masak belanja like sikit.
Yang baik dari ALLAH SWT , Yang buruk datang dari saya . Yang mana elok ikut. Yang x elok jgn ikut
Note : Saya ada chest freezer . So tak ganggu peti ais biasa
Sekarang ni Lazada MY ada bagi Ramadhan Food Voucher discount , diskaun sehingga RM9 potongan. Jimatkan! Manu tahu anak nak tukar selera pula ke..
Penangan Upin dan Ipin buat anak-anak kita hanya mahukan ayam goreng sebagai menu wajib mereka setiap hari. Makan nasi dengan ayam goreng sahaja pun dah cukup buat mereka. Punyalah sedap menu yang satu ini.
Ayam goreng kalau digoreng bersama kunyit dan garam sahaja pun sudah cukup sedap, inikan pula ditambah dengan bahan-bahan lain.
Kalau nak anak-anak makan bertambah dan setiap pada makanan yang satu ni, anda mungkin boleh gandingkannya dengan beberapa bahan ini. Confirm sedap!
1. Guna Bawang Putih
Untuk mendapatkan ayam goreng lebih sedap dan berbau wangi, tumbukkan beberapa ulas bawang putih kemudian gaulkan bersama garam dan kunyit. Nah hasilnya ayam jadi lebih sedap lagi enak.
2. Campur Nestum
Boleh juga digaulkan bersama kepingan nestum asli ketika menggoreng ayam. Rasanya lebih manis dan lemak. Bukan itu sahaja, malah dapat tambahkan kerangupan kepingan-kepingan ayamnya. Mantap!
3. Limau Nipis
Semasa hendak menggoreng ayam, perah sebiji limau nipis ke dalam minyak dan kemudian masukkan ayam. Hasilnya ayam jadi lebih rangup dan cepat masak.
4. Guna Kunyit Hidup
Kunyit hidup memang power hasilnya. Gantikan kunyit hidup dalam gorengan ayam dan lumur bersama garam rata. Hasilnya ayam jadi lebih sedap dan cukup rangup. Selamat mencuba….
5. Telur Ayam
Mahu ayam kekal rangup walaupun selepas diangkat? Kekalkan kerangupan ayam dengan menambah sebiji telur ayam ketika menggaul bersama garam dan kunyit. Gorenglah seperti biasa hingga masak dan lihatlah hasilnya.
5. Gabungkan Semua
Gabungkan kunyit hidup bersama bawang putih dan tumbuk hingga halus. Gaulkan kesemuanya bersama garam rata dan goreng. Hasilkan ayam jadi lebih enak, sedap dan cukup rangup.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kuih Talam memang banyak jenis dan setiap satunya mempunyai rasa dan keenakannya yang tersendiri. Bahkan bila menyebut tentang Kuih Talam Labu, bukan sahaja rasanya yang enak malah warna yang memukau turut menjadi daya tarikan untuk dinikmati dengan penuh rasa kenikmatan.
Pun begitu, untuk menyediakannya bukanlah semua pakar. Kadang memerlukan untuk dicuba beberapa kali sehinggalah kita benar-benar puas hati dengan kejadiannya.
Jadi buat yang teruja untuk mencuba, boleh juga gunakan resipi yang dikongsikan oleh Marlia Lia. Selamat mencuba.
Lapis Labu Gedik
Bahan-bahan:
¼ biji labu saiz sederhana (dikukus, dan blender halus.. anggaran ½ cawan selepas diblender.. saya guna pengisar kering sahaja)
4 cawan santan segar.. Dipanaskan atas api perlahan hingga suam kuku
Dalam 1 bekas besar, campurkan dan gaul rata bahan-bahan ini :
Tuangkan santan suam tadi ke dalam campuran tepung dan kacau sebati guna hand whisker kemudian tapis
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.. satu bahagian dicampurkan dengan labu
Panaskan kukusan hingga air mendidih.. panaskan loyang yang dah disapu minyak terlebih dahulu.. Loyang sudah betul panas baru start melapis.. Kukus dengan api sederhana.
Setiap lapis, kukus selama 5minit.. Lapisan terakhir kukus selama 20-25minit
Untuk pastikan kuih tak cepat basi, selepas siap mengukus, bukak penutup kukusan dan biarkan diatas api selama lebih kurang 5-10minit lagi..biarkan wap air atas kuih mengering.
Jadi jom daftarkan anak-anak anda ke program ini. Hubungi admin Nor (018-7717491) & Kim (019-3524493) atau KLIK DI SINI UNTUK DAFTAR
Kuih tradisional yang diperbuat daripada beras pulut dan di lumuri dengan kelapa parut ini antara yang menjadi kegemaran ramai. Cukup enak dimakan bersama gula melaka yang sudah dicairkan.
Kalau ada ibu-ibu yang nak buat sendiri, Jom cuba resipi Kuih Lopes yang dikongsikan oleh puan Hidayah Jamaludin.
Caranya cukup mudah, guna rice cooker je tapi hasilnya tetap awesome dan yang penting sedap.
Pulut 4 cawan
Air masak 4 1/2 cawan + daun pandan (blend)
Garam skit
Pewarna hijau
Nyoq putih
Garam
Gula kabung 1 keping
Gula merah 1 1/2 cawan
Gula putih 1/2 cawan
Air sikit ikut kepekatan
Daun pandan