Prejudis Pada Anjing, Coretan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Bikin Netizen Sebak.

Share

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi hantaran terbaru menerusinya  Instagramnya telah meraih perhatian ramai.

Foto yang menunjukkan dirinya sedang  makanan kepada anjing terbiar yang kebetulan berada di kawasan kediamannya.

Kelihatan anjing itu seakan sedang mencari makanan di sekitar kawasan ini. Dr. Zulkifli Mohamad bersimpati dan memberinya makanan.

Untuk mengelak kekeliruan, beliau menjelaskan bahawa anjing dikategorikan najis mughallazah mengikut mazhab Syafie dan memegangnya tanpa sebab adalah haram kecuali untuk menyelamatkannya atau atas desakan.

Ikuti lanjut perkongsiannya.

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.

Beberapa kali nampak kelibat anjing ini. Tubuhnya kurus kering. Mungkin milik mana-mana jiran saya yang sebahagiannya bukan Muslim. Ia berkeliaran seakan mencari-cari makanan.

Anjing dikategorikan sebagai najiz mughallazah (berat) di sisi mazhab Syafie, malah memegangnya tanpa sebab adalah haram dalam Islam kecuali atas perkara yang terdesak seperti menyelamatkannya atau merawat.

Ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Bujairimi dan Syeikh Ibnu Hajar al-Haitami:

التضمخ بالنجاسة إنما يحرم
Maksudnya: Menyentuh najis dengan sengaja sesungguhnya diharamkan.

(Rujuk Hasyiah Bujairami ala Syarah Manhaj al-Tullab, m/s 105 dan Hawasyi Tuhfah al-Manhaj bi Syarah al-Manhaj, m/s 174).

Pun begitu, Islam mengajar kita untuk bersikap ihsan kepada semua haiwan termasuk anjing. Hayati kisah seorang wanita yang melakukan dosa besar tetapi diampunkan oleh Allah SWT akibat daripada perbuatannya memberi minum seekor anjing yang kehausan. Boleh rujuk hadith Riwayat Muslim no. 2245.

Kebetulan ada sedikit lebihan makanan di dapur, saya berikan kepada makhluk Allah SWT ini. Moga-moga ia kenyang dan dapat hidup dengan sihat.

 

WARGAMAYA LUAH RASA KESIAN

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club