Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi hantaran terbaru menerusinya Instagramnya telah meraih perhatian ramai.
Foto yang menunjukkan dirinya sedang makanan kepada anjing terbiar yang kebetulan berada di kawasan kediamannya.
Kelihatan anjing itu seakan sedang mencari makanan di sekitar kawasan ini. Dr. Zulkifli Mohamad bersimpati dan memberinya makanan.
Untuk mengelak kekeliruan, beliau menjelaskan bahawa anjing dikategorikan najis mughallazah mengikut mazhab Syafie dan memegangnya tanpa sebab adalah haram kecuali untuk menyelamatkannya atau atas desakan.
Ikuti lanjut perkongsiannya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Beberapa kali nampak kelibat anjing ini. Tubuhnya kurus kering. Mungkin milik mana-mana jiran saya yang sebahagiannya bukan Muslim. Ia berkeliaran seakan mencari-cari makanan.
Anjing dikategorikan sebagai najiz mughallazah (berat) di sisi mazhab Syafie, malah memegangnya tanpa sebab adalah haram dalam Islam kecuali atas perkara yang terdesak seperti menyelamatkannya atau merawat.
Ads
Ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Bujairimi dan Syeikh Ibnu Hajar al-Haitami:
(Rujuk Hasyiah Bujairami ala Syarah Manhaj al-Tullab, m/s 105 dan Hawasyi Tuhfah al-Manhaj bi Syarah al-Manhaj, m/s 174).
Pun begitu, Islam mengajar kita untuk bersikap ihsan kepada semua haiwan termasuk anjing. Hayati kisah seorang wanita yang melakukan dosa besar tetapi diampunkan oleh Allah SWT akibat daripada perbuatannya memberi minum seekor anjing yang kehausan. Boleh rujuk hadith Riwayat Muslim no. 2245.
Kebetulan ada sedikit lebihan makanan di dapur, saya berikan kepada makhluk Allah SWT ini. Moga-moga ia kenyang dan dapat hidup dengan sihat.
Mendengar perkongsian daripadanya Puan Noor Diyana Mohamed Zukri, 36 sebagai canser servival, cukup menyentuh hati. Bukan calang-calang orang mampu berada ditempatnya kini, punya semangat yang luar biasa hatta sepanjang bercerita tidak sedikit pun menitiskan air mata. Begitu sabar bercerita satu persatu tentang penyakit yang ditanggungnya kini.
2014 Disahkan kanser
Pada mulanya saya tidak menyedari sebarang perubahan pada diri yang menunjukkan saya tidak sihat, semuanya normal. Hingalah pada suatu hari, sedang saya bersabun dapat rasakan ada benjolan di payudara. Risau dengan keadaan itu, saya pergi ke klinik biasa dan kemudian direfer ke hospital.
Apabila dibuat pemeriksaan, benarlah ada ketulan sebesar 4.5-5 cm dan pembedahan harus segera dilakukan. Dan ketika ini tujuannya hanya untuk mengeluarkan ketulan tersebut, dan siapa menduga selepas 4 hari di bedah barulah didiognos saya ada kanser payudara.
Jujur saya katakan, masa itu emosi saya sangat terganggu, menangis sepanjang hari dan tidak dapat menerima kenyataan. Apa yang saya rasa hidup ini tiada harapan lagi. Namun, suami begitu positif orangnya dan dialah sebenarnya sumber kekuatan saya. Apa yang dia mahu agar saya kembali sembuh.
Maka saya akur untuk jalani pembedahan untuk membuang payudara saya dan jalani rawatan bermula bulan Dis 2014 dan complete kimo/radioteraphy pada bulan Mac 2015. Saya fikirkan selepas buat semua itu, akan berakhirnya kesakitan yang ditanggung. Tetapi sebenarnya disaat itulah semuanya baru bermula.
Tahap kesihatan saya semakin merosot, rambut saya gugur, selera makan berkurangan, kuku menjadi biru, muntah-muntah dan saya ambil keputusan hanya mengurungkan diri dalam rumah.
Pengorbanan suami
Saya cukup bersyukur dikurniakan suami sepertinya, tetap melayan saya seperti dahulu. Penuh kasih sayang dan saya amat hargainya. Suami sangat mainkan peranannya, ketika saya terlantar sakit, dia cuti kerja tanpa gaji demi menjaga saya. Dia jugalah yang menguruskan anak sambil dibantu orang tua kami.
Selain itu, dia jugalah yang tidak putus asa terus berusaha membawa saya ke merata-rata untuk mencari rawatan kanser. Pantang dapat tahu, ada cara alternatif, akan diusahakan untuk saya berubat.
Kuasa Tuhan, Saya Hamil
Ini suatu peristiwa yang cukup luar biasa dan doktor sendiri pelik bagaimana saya boleh hamil. Memandangkan saya telah dibekalkan ubat yang harus diambil selama 5 tahun untuk melawan kanser daripada menyerang lagi. Dan kesan ubat tersebut menghalang untuk saya mengandung.
Namun, kuasa dan perancangan Allah itu cukup indah. Saya disahkan hamil pada tahun 2016 dan doktor menyarankan untuk digugurkan kandungan tersebut atas faktor kesihatan. Namun naluri ibu yang ada dalam diri saya mengatasi semuanya. Saya rayu untuk meneruskan kandungan walaupun doktor jelaskan risiko yang bakal saya tanggung. Saya pasrah, kandungan ini harus diteruskan!
Alhamdulillah, sepanjang tempoh kehamilan kesihatan saya stabil dan menjalani rawatan kandungan lebih kerap berbanding ibu yang normal. Perkembangan bayi stabil dan pada usia 8 bulan kandungan, setalah dibuat setail scan, doktor dapati tangan bayi masih tergenggam tidak terbuka. Menurut doktor, bayi akan ada alami masalah apabila dilahirkan nanti. Saya serahkan semuanya pada Allah dan hanya Dialah tempat saya bergantung.
Subhanallah, anak saya dilahirkan sempurna dan normal seperti bayi lain. Syukur dengan kurniaan Allah yang cukup indah. Kami namakan Tuan Mohd Aiyjaz Aniq yang kini berusia 1 tahun 6 bulan dan dia jugalah putera permata hati yang melengkapkan lagi dengan 4 orang puteri kesayangan kami.
Terus Diduga
Setelah 4 bulan melahirkan anak, kanser menyerang saya lagi dan inilah risiko yang perlu saya tanggung atas keputusan yang saya buat. Jadi saya perlu membuang satu lagi payudara untuk terus berjuang. Sekali lagi, suami tetap dengan keyakinannya bahawa saya boleh sembuh dan sihat seperti sediakala.
Selepas pembedahan saya menolak untuk jalani kimoterapi kerana tidak mahu merasai kesakitan sebagaimana yang pernah saya lalui dulu. Atas keputusan ini juga, doktor sarankan untuk saya mengambil ubat yang lebih kuat untuk melawan kanser dan pengorbanannya saya perlu membuang rahim. Maka pada bulan 12 yang lalu saya telah lakukan pembedahan tersebut.
Suami tetap bagi semangat dan antara kata-katanya yang saya pegang adalah “Tak pa, kita buat apa sahaja asal sihat” dan atas sebab itu juga saya mahu jalani kehidupan yang sihat bersama keluarga.
Menikmati saat bahagia bercuti bersama keluarga di Pulau Perhentian
“Saya pikir positif nak sihat je.Tak fikir sakit, fikir nak sembuh”-Noor Diyana
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bukan semua anak-anak kita mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Ada sesetengahnya mula rasa tak yakin dan takut untuk mencuba.
Sebagai mak ayah, kitalah yang perlu bertindak untuk membantu anak jadi berani mencuba.
Menurut perkongsian Mohd Fhais Salim, mak ayah berperanan penting untuk meningkatkan keyakinan dan kepercayaan anak-anak. Ikuti perkongsian beliau.
Lima cara untuk tingkatkan keyakinan diri anak-anak.
Apabila anak cakap saya tak pandai, saya tak tahu terus kita cakap ” kamu bukan tak tahu, kamu bukan tak pandai tapi kamu belum cuba. Cuba dulu buat.”
Beritahu anak, tak tahu tak mengapa tapi jangan takut untuk mencuba. Kita galakkan anak untuk berani mencuba.
Kita jangan sekali-kali marah anak. Beritahu anak dengan baik dan ajak anak untuk buat sama-sama. “Jom, mari ayah tunjukkan caranya”. Nampak mudah tapi cara ni boleh tingkatkan keyakinan anak.
Seterusnya beritahu anak, “Tak apa ibu percaya kakak boleh buat”. Kadang-kadang anak mudah rasa tak yakin pada diri. Kita tambah dan suntik sedikit keyakinan diri pada anak. Tambahkan kepercayaan pada diri anak. Insyallah membuahkan hasil.
Kelima, sudah tentulah anak perlukan latihan kerana latihan akan menambahkan kemahiran dan kemahiran inilah yang akan meningkatkan keyakinan diri anak.
Jadi, mak ayah kena sabar dan konsisten untuk sentiasa mendidik anak sehingga dia yakin pada dirinya sendiri.
Menjadi ibu bapa yang hebat, bukan suatu yang mudah. Jika tersalah mendidik anak-anak akan memberi kesan yang negatif kepada hidupnya. Dalam pada itu, ibu bapa adalah contoh terbaik untuk anak menjadi seorang yang hebat.
Melalui perkongsian oleh kaunselor Puan Farhan yang menjelaskan bahawa setiap ibu bapa harus bertindak untuk memastikan anak-anak mengikut nasihatnya, bukannya hanya bercakap sahaja. Dalam istilah keibubapaan, ia dikenali sebagai konsep ‘kaki dulu, baru mulut.’ Ikuti penyelasannya mengenai konsep ini.
Kaki dulu, baru mulut.
Saya suka dengan satu konsep yang saya baca dalam sebuah buku parenting. Konsepnya adalah kaki dulu baru mulut.
Ha, mesti anda tertanya tanya kan. Konsep apa ni.
Sebenarnya, dalam menguruskan anak anak kita ni suka sangat menggunakan mulut kita sebagai senjata untuk memberi arahan kepada anak anak.
Tetapi masalahnya bila kita guna mulut kita sahaja kita akan cenderung untuk untuk menjerit, menjerkah dan berteriak saat bercakap dengan anak anak.
Katakan kita suruh anak pergi solat.
“Abang, pergi solat. Dah lewat ni, asyik je dengan televison tu”
Anak yang dengar tu sekadar berkata
“Kejap la buuuu….”
“Abang, pergi solat!!”
“Kejap la bu……”
Akhirnya….
Elak membebel
Anda membebel tanpa henti dan kemarahan anda pun meluap luap.
Tapi, anak anda masih tidak berganjak. Paling tidak pun dia lari masuk bilik sebab bosan kena bebel kan.
Jadi, sebab itulah pentingnya konsep kaki dulu baru mulut tau.
Maksudnya, sebelum kita nak tegur atau suruh apa apa kita pergi dekat dengan anak.
Dari menjerit dan jerkah anak anak, lebih baik anda pergi dekat dengan anak dan barulah anda beritahu apa yang dia perlu lakukan.
Kalau anak tengah main , selesaikan permainan dia dahulu. Kemas apa yang patut.
Kalau anak tengah tengok tv, tutup dahulu television dan barulah anda beritahu apa yang perlu dia lakukan.
Kalau bab solat, pergi dekat anak untuk ajak mereka solat bersama sama.
Gerakkan kaki anda dulu ya. Kaki yang bergerak dekat dengan anak anak itu akan membantu setiap mesej di terima dengan lebih baik.
Itu juga jadi contoh kepada anak anak tau.
Bayangkan kalau kita terbiasa menjerit kepada anak anak bila nak suruh sesuatu, mereka juga akan terbiasa bercakap begitu dengan anda.
Bayangkan akan menjerit minta nasi
“Ibu!!!!!! Nak nasii, lapar!”
Sedap tak dengar anak cakap begitu?
Tak kan?…
Jadi, bila mahu bercakap dengan anak anak,anda pergi dulu dekat mereka insyaAllah mereka juga akan amalkan begitu.
Semoga menjadi panduan bersama dan menjadi ibu bapa yang hebat!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.