Kesihatan

Prebiotik Dalam Bawang, Elok Untuk Usus, Tak Semua Boleh Makan

Share

Bawang memang terkenal sebagai bahan masakan yang memberi rasa sedap pada makanan. Tapi, tahukah anda bahawa bawang juga mengandungi Fructooligosaccharides (FOS), sejenis prebiotik yang baik untuk usus?

Menurut perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad FOS membantu menyuburkan bakteria baik dalam usus, meningkatkan sistem imun, dan menyokong kesihatan pencernaan.

Namun, tak semua orang sesuai makan bawang! Bagi mereka yang ada masalah usus seperti IBS, IBD, atau SIBO, bawang boleh menyebabkan perut kembung, cirit-birit, dan ketidakselesaan.

Jadi, adakah bawang baik atau berbahaya untuk anda? Jom fahami lebih lanjut!

BAHAYAKAH MAKAN BAWANG?

Fructooligosaccharides (FOS) tergolong dalam kumpulan prebiotik.
Ia berfungsi sebagai makanan untuk bakteria baik dalam usus manusia.
Bagi orang yang sihat, FOS boleh memberi manfaat sebagai prebiotik.
1.Menyuburkan bakteria baik dalam usus, terutama Bifidobacteria dan Lactobacilli.
2 Meningkatkan penyerapan mineral seperti kalsium dan magnesium.
3 Meningkatkan kesihatan usus dengan menghasilkan asid lemak rantaian pendek (SCFA), yang baik untuk sel-sel usus.
4Meningkatkan sistem imun dengan menguatkan lapisan mukosa usus.

Antara sumber semulajadi FOS adalah:

1 Bawang merah & putih
2 Bawang prei (leek)
3Bawang spring
4 Asparagus
5 Pisang (terutama yang belum terlalu masak)
6 Bawang putih
7 Chicory root
8 Artichoke

Namun, bagi individu yang mempunyai masalah usus tertentu, seperti Sindrom Usus Rengsa (IBS), Penyakit Radang Usus (IBD), atau SIBO (Small Intestinal Bacterial Overgrowth), FOS boleh menyebabkan simptom yang lebih teruk.

FOS adalah karbohidrat rantai pendek yang difermentasi secara berlebihan oleh bakteria usus, menghasilkan gas seperti hidrogen dan metana.

Ini boleh menyebabkan perut kembung, cirit-birit, sakit perut, dan ketidakselesaan.
Dalam masalah Small Intestinal Bacterial Overgrowth (SIBO), bakteria berlebihan dalam usus kecil boleh memakan FOS dan menghasilkan lebih banyak gas dan toksin, menyebabkan radang dan gangguan penghadaman.

Contoh, bawang adalah sayuran yang tinggi dalam FODMAPs (Fermentable Oligosaccharides, Disaccharides, Monosaccharides, and Polyols), yang boleh menyebabkan cirit-birit atau sembelit dalam IBS.

Sesetengah pesakit IBD sensitif kepada serat larut seperti FOS, yang boleh merangsang radang usus dan memburukkan simptom.

Walaupun FOS bermanfaat sebagai prebiotik untuk orang yang sihat, mereka yang mempunyai masalah usus tertentu sebaiknya mengelakkan bawang dan makanan tinggi FOS untuk mengurangkan risiko keradangan dan simptom usus.

Cara mengambil FOS secara sihat adalah :

1. Mulakan dengan jumlah kecil – Jika tidak biasa, ambil sedikit dahulu untuk mengelakkan kembung atau ketidakselesaan.
2. Gabungkan dengan probiotik – Prebiotik seperti FOS akan membantu bakteria baik (probiotik) berkembang dengan lebih baik.
3. Pastikan cukup serat lain – Jangan hanya bergantung pada FOS, seimbangkan dengan serat larut dan tidak larut.
4. Hindari jika ada simptom negatif – Jika perut kembung atau cirit-birit berlaku, kurangkan atau elakkan sementara.

Kesimpulannya, orang yang sihat boleh mengambil FOS dari sumber semula jadi untuk menyokong kesihatan usus, tetapi dalam jumlah sederhana dan disesuaikan dengan toleransi badan masing-masing

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad