Menyentuh tentang menambah bilangan anak, nyata ramai antara kita akan pastikan benar-benar bersedia bukan sahaja dari sudut ekonomi malah emosi dan mental juga. Namun jika sudah tertulis direzekikan untuk memiliki anak meskipun dalam tempuh jarak yang dekat, siapalah kita untuk menolak rezeki yang cukup istimewa dariNya.
Baru-baru ini viral juga berkenaan satu video di Tiktok, seorang isteri Bernama Jessica Olivia yang menunjukkan keputusan alat pregnancy test kepada suaminya yang ketika itu sedang berada di atas katil sambil menjaga anak kedua mereka yang berusia 3 bulan.
Apabila si suami diberikan alat tersebut, wajahnya terus berubah daripada wajah ceria melayan si anak bertukar kecewa dan cuak. Apa tidaknya, risau memikirkan isterinya telah mengandung lagi sedangkan anak maasih kecil.
Lebih kelakar lagi, si suami dilihat seakan sukar menerima berita tersebut dan beberapa kali beristighfar dengan berita yang diterimanya itu.
Sedangkan ini semua adalah helah si isteri untuk melihat reaksi si suami andai kata dia mengandung dalam jarak waktu yang terdekat dengan kelahiran sebelum ini.
Ads
Melihat reaksi spontan suaminya begitu, tak disangka pula menimbulkan rajuk di hati isterinya pula.
Video ini meraih jumlah tontonan yang ramai dan wargamaya turut terhibur melihat gelagat dan reaksi pasangan suami isteri ini. Sementara itu ramai juga yang meninggalkan komen berkongsi pengalaman masing-masing.
Bajet 2023, Ramai Ibu Ayah Luah Rasa Syukur, Bantuan Persekolahan Anak Kurangkan Beban
Terkini, hari ini diadakan pembentangan bajet 2023 yang membuatkan ramai yang meluahkan rasa syukur.
Bajet kali ini dianggap mesra rakyat yang banyak membantu mengurangkan beban pembelanjaraan buat isi rumah.
Antaranya peruntukkan bantuan persekolahan bagi setiap seorang anak yang bersekolah.
Pengumuman bajet 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul di Dewan Rakyat membuatkan ramai menarik nafas lega.
Menurut laporan sinar harian, bantuan Awal Persekolahan dinaikkan tanpa had pendapatan ibu bapa
Peruntukan Bantuan Awal Persekolahan ditambah baik kepada RM150 dari RM100 bagi setiap murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa melibatkan peruntukan sebanyak RM825 juta.
Belanjawan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.
Menurut Tengku Datuk Seri Zafrul, ini merupakan peningkatan ketara berbanding peruntukan Bajet 2022 RM332 bilion dan Bajet 2021 RM322 bilion.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan kenaikan Bantuan Keluarga Malaysia sehingga RM2500.
TERKINI: INTIPATI BAJET 2023
Bantuan Keluarga Malaysia 2023
– Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
RM2,500 : Lebih 5 Anak
RM1,000 – RM2,000: 1 – 4 Anak
– Pendapatan Isi Rumah : RM2,500 – RM5,000
RM500 – RM1,250: 1 – 4 Anak (Bergantung bilangan anak)
– Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang
RM350 – RM600 (Bergantung pendapatan)
– Bantuan tambahan untuk Ibu / bapa tunggal dinaikkan kepada RM3,000 berbanding RM2,500
Tambahan RM500
e-Pemula (Kredit eWallet percuma)
Dinaikkan kepada RM200
Diberikan kepada:
– Belia 18-20 tahun
– Pelajar sepenuh masa 21 tahun ke atas
Bantuan Awal Persekolahan
Dinaikkan daripada RM100 kepada RM150
– Diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa
Berikut carta mengenai bantuan yang dibentang sebentar tadi.
Sumber: Sinar Harian & Bernama
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.k
Genaplah sudah empat tahun usia Siti Aafiyah, anak sulung kepada penyanyi nombor satu Negara. Cahaya mata yang dinanti-nantikan sekian lamanya oleh Dato’ Siti Nurhaliza dan Dato’ Sri Khalid Jiwa 11 tahun lamanya.
Menerusi akaun Instagram Siti yang mesra disapa Tokti, dikongsikan satu video yang memaparkan kejutan hari lahir untuk si cilik ini. Keluarga bahagia ini kini sedang bercuti di Genting hotel.
Justeru, Kesempatan tersebut diambil untuk meraikan Aafiyah dengan bantuan beberapa orang pekerja dari hotel tersebut.
Pada awal video, kelihatan Aafiyah membukakan pintu dan beberapa pekerja hotel masuk dengan membawa bersama sebiji kek hari jadi.
Reaksi anak sulung Tokti ini nampak gembira dan teruja jelas terpancar di wajahnya walaupun nampak malu-malu.
Kapsyen Dato’ Siti juga menarik perhatian peminat. Benar Aafiyah lahir atas doa dan kesabaran Dato’ Siti menanti zuriat sendiri.
Penantian yang cukup lama dan Dato’ Siti turut mendoakan agar anaknya ini menjadi hamba Allah yang hebat dan berbudi pekerti yang tinggi.
Alhamdullillah..
“Aafiyah lahir daripada doa yang tak pernah putus,keimanan dan kesabaran yang tinggi,kecintaan ayah ibu yang suci.
“Membesarlah Anakku menjadi hamba Allah swt yang hebat imannya, Di sayangi seluruh Makhluk Allah di langit serta bumi, berbakti serta berbudi pekerti yg tinggi.
“Ayah dan ibu sentiasa disisi mendidik dan mengajarmu … Sannah helwah anakku sayang .. #aafiyahturns4
Banyak makanan yang dijual sebagai makanan kesihatan sekarang melabelkan makanan itu sebagai tinggi serat.
Kita selalunya agak keliru mengenai fakta ini kerana pemahaman kita perihal kelebihan serat kepada kesihatan masih terbatas.
Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian Dr Zubaidi Haji Ahmad.
Sebenarnya, terdapat banyak kajian menunjukkan kelebihan pengambilan serat secukupnya setiap hari mampu mencegah pelbagai penyakit kronik.
Serat sebenarnya adalah bahan karbohidrat iaitu selulos yang terdapat dalam tumbuhan yang biasanya tidak boleh dihadam oleh sistem penghadaman dan akan dikeluarkan semula di dalam najis kita.
Ia terbahagi kepada jenis boleh larut dan tak boleh larut. Serat yang tidak larut boleh kita lihat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan dan jenis serat boleh larut adalah seperti pektin, inulin dan beta glukan.
Makanan yang tinggi serat adalah seperti beras perang, tepung gandum serat penuh (wholegrain), oat, kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Kajian mencadangkan pengambilan serat sekurang-kurangnya 30 hingga 32 gram setiap hari cukup untuk memberikan faedah kesihatan dengan mengurangan risiko penyakit seperti diabetes jenis 2, sakit jantung koronari, darah tinggi, strok dan kanser.
Kajian menunjukkan pengambilan serat yang cukup membantu mengawal paras kolesterol, menurunkan tekanan darah tinggi, mengawal paras glukosa darah, meningkatkan sensitiviti insulin kepada sel tubuh dan mengurangkan masalah keradangan mikro yang menyebabkan masalah pengerasan saluran darah atau atherosklerosis.
Kajian menunjukkan pengambilan serat yang tinggi membantu melawaskan pembuangan air besar dan mencegah masalah sembelit. Ini kerana serat meningkatkan kadar pergerakan usus dan melancarkan sistem penghadaman makanan dalam usus.
Kajian juga menunjukkan pengambilan serat yang tinggi mencegah penyakit buasir dan kanser usus yang berpunca daripada masalah sembelit kronik.
Pengambilan serat yang tinggi dalam pemakanan juga membantu mengawal berat badan selain mengurangkan obesiti. Kajian menunjukkan makanan karbohidrat berserat tinggi juga mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah dan akan membantu mengawal paras glukosa darah dengan lebih baik di samping mengurangkan kolesterol yang tinggi.
Dalam satu kajian meta analisis di Eropah dan Amerika Utara membabitkan sejuta peserta menunjukkan penurunan risiko kematian akibat penyakit kronik sebanyak 10 peratus dengan setiap peningkatan 10gram serat setiap hari.
Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan pada 2013 melaporkan setiap tujuh gram lebihan serat yang dimakan setiap hari akan menurunkan risiko penyakit strok sebanyak tujuh peratus. Jumlah tujuh gram serat ini adalah seperti pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan sebanyak dua hidangan tambahan setiap hari.
Satu lagi kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan 2014 pula menunjukkan pengambilan tambahan 10 gram serat boleh larut berkaitan dengan pengurangan risiko 15 peratus kematian akibat penyakit kronik secara umum.
Kajian juga menunjukkan seseorang yang mengambil serat paling tinggi mengurangkan risiko 25 peratus kematian akibat penyakit kronik seperti sakit jantung, kanser dan strok untuk 10 tahun mendatang berbanding dengan seseorang yang sangat kurang mengambil serat dalam pemakanan seharian mereka.
Serat juga penting untuk kesihatan kerana ia menjadi makanan utama kepada bakteria baik atau probiotik dalam usus kita.
Kuman baik probiotik membantu meningkatkan imuniti atau sistem pertahanan antibodi tubuh kita. Oleh itu, secara tidak langsung serat membantu dalam mengekalkan tahap imuniti tubuh yang terbaik.
Kadar pengambilan serat sebanyak 30 gram sehari cukup untuk membekalkan makanan kepada bakteria baik dalam usus dan membantu perkembangan baik bakteria di dalam usus kita.
Masyarakat kita sekarang amat rendah pengambilan serat dalam pemakanan seharian kerana pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang amat rendah.
Kita selalu lebihkan pemakanan karbohidrat rendah serat seperti nasi putih, roti putih dan makanan proses berasaskan tepung gandum putih yang amat rendah seratnya.
Kajian Universiti Harvard menunjukkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang cukup dalam hidangan kita adalah sebanyak 50 peratus daripada jumlah makanan dalam pinggan setiap hidangan yang kita makan setiap hari.
Kita perlu banyak mengambil makanan yang tinggi serat setiap hari dengan cara makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran di samping pengambilan makanan tinggi serat seperti beras perang, roti gandum berserat penuh, oat dan sebagainya.
Makanan tinggi serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran juga mengandungi pelbagai khasiat lain seperti vitamin, mineral, antioksidan dan enzim yang amat baik untuk kesihatan.
Terdapat beribu kajian menunjukkan kelebihan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran mengekalkan kesihatan dengan lebih baik dan mencegah pelbagai penyakit kronik dan di antara punca utama kelebihan ini adalah kerana kandungan seratnya yang sangat tinggi.
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah
E-KELUARGAGADER : TEROKA & REALISASI IMPIAN ANAK @ KIDZANIA
CIta-cita apa yang sesuai untuk anak-anak ye? Kalau nak tahu, jom sama-sama kita jejalah apa yang ada di Kidzania
Bintang Kecil:
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...