Mendidik anak-anak bukanlah semudah yang disangkakan. Apatah lagi dengan zaman yang penuh cabaran ini. Ditambah ledakan teknologi membuatkan kealpaan apabila masa dihabiskan pada perkara tersebut.
Ditambah pula dengan situasi masa kini dengan keadaan negara dilanda wabak Covid-19. Menyedari hakikat itu, Dr Asyraf Wajdi dan isteri sepakat memberi keutamaan dalam pendidikan anak untuk berinteraksi dengan al-Quran. Pasangan suami isteri ini bukan hanya fokus mendidik anak pendidikan dunia tetapi juga akhirat.
Berikut antara Jadual rutin harian sekeluarga yang beliau kongsikan semasa PKP :
1. Seawal jam 5.50 pagi mereka sekeluarga bangun Solat Hajat dan Solat Sunat 2 Rakaat sebelum Subuh berjemaah.
2. Bacaan Al-Mathurat berjemaah selepas selesai solat subuh dan disusuli dengan Tazkirah Subuh yang disampaikan secara bergilir oleh anak-anak setiap hari. Kemudian beliau atau isterinya akan rumuskan untuk penutup.
3. Seterusnya, mereka akan berkumpul untuk solat maghrib dan Isyak berjemaah. Termasuk sesi tasmi’ hafazan untuk kesemua anak-anak beliau. Oleh sebab ini, ada anak beliau yang sudah hafaz 30 juzuk.
4. Antara jam 9.00 ke 10.00 malam adalah sesi santai bersama keluarga. Waktu ini mereka akan menonton filem, drama TV, atau anak-anak juga dibenar pinjam handphone atau i-Pad untuk bersosial dengan rakan-rakan.
Begitulah sahabat, seronoknya apabila banyak aktiviti ibadah dapat dilakukan berjemaah bersama keluarga. Ada hikmahnya setiap yang terjadi ini. Kita tak boleh keluar ke mana-mana, yang baiknya kita dapat duduk dan bonding dengan keluarga.
Kita tak dapat nak berjemaah di masjid, yang baiknya kita dapat jemaah sama-sama satu keluarga di rumah. Kalau sebelum ini terlalu sibuk sampai tak sempat nak berlama-lama baca Quran, sekarang Allah bagi masa untuk kita pegang dan baca.
Alhamdulillah. Jika kita belajar dari hikmah yang baik. Maka yang baik juga yang akan kita dapat.
Sumber: Syahida Shahrel