Praktis Cara Ini Jika Mahu Anak Kuasai Matematik Dengan Mudah. Wow, Dapat Eratkan Hubungan Juga!

Share

Matematik antara subjek yang cukup memeningkan kepala anak-anak. Terutama bagi mereka yang tak suka bermain dengan angka. Nak nak lagi sekarang soalan banyak berbentuk KBAT.

Jika tak mahu anak-anak stress, ibu bapa cubalah tip ini. Ia boleh diikuti untuk anak anda jika mahu menguasai matematik dengan mudah. Bukan sahaja anak-anak dapat kuasai subjek berikut bahkan hubungan anda juga makin erat lagi.

Sediakan Buku Nota

Senaraikan perbelanjaan dalam buku nota. Biasakan diri anak anda berusaha sebelum mendapat ganjaran. Misalnya mereka ditugaskan untuk memberi haiwan peliharaan makan dahulu sebelum mendapat ganjaran tersebut.

Dapat upah

Setiap upah yang mereka dapatkan hasil menolong ibu bapanya akan direkodkan dalam buku nota, sehingga upah menjadi banyak. Upah yang terkumpul mereka boleh gunakan untuk membeli aiskrim, membaiki basikal dan menjaga haiwan peliharaan di rumah. Dengan teknik ini, anak terbiasa secara rutin dalam matematik.

Kaitkan dengan nombor

Semasa menaiki atau menuruni tangga seperti biasa, bilanglah anak tangga bersama anak bersama-sama. Dengan ini, susunan no 1-20 senang untuk diingati anak.

Kaitkan arahan dengan nombor

Jika meminta pertolongan dengan anak, kaitkan arahan anda dengan nombor. Contohnya, “anakku, ambilkan mama 1 helai tisu. 1 saja” Dengan cara ini, anda mengajar kemahiran mendengar dan memberi arahan kepada anak.

Belajar melalui persekitaran

Jika perjalanan di kereta di atas lebuhraya amat membosankan, manfaatkan masa tersebut. Ajak anak bilang berapa buah lori yang dia nampak, berapa RNR sudah pergi bersama anak-anak.

Aktiviti ini pasti menarik perhatian anak-anak. Jika hendakkan aktiviti yang lebih menarik, suruh anak anda bacakan plat kereta di hadapan bersama abangnya. Mereka pasti berlumba untuk jadi yang terbaik.

Ajar dan minta anak tengok jam

Mengajar anak lihat jam menggunakan jam analog. Jika anda berada di dapur, cuma tanya pukul berapa anak anda nampak pada jam. Anak akan memberikan jawapan seperti, jarum jam yang panjang ada di 10, pendek berada di nombor 2. Jika anda perbetulkan anak anda, anak anda akan belajar dengan sendiri. Jangan marah anak jika salah membaca jam.

Ikut cara Orang Jepun dan Cina

Akhir sekali, untuk belajar matematik, ia adalah sangat senang. Cara orang Jepun dan Cina belajar matematik adalah membuat latihan matematik berturut-turut. Cara ini diajar oleh Kumon dan juga SRJKC. Contohnya, muka surat pertama buku latihan adalah 1×8, 2×8, 3×8, 4×8, 5×8, 6×8, 7×8, 8×8….

Dan di muka surat kedua, nombor tidak akan mengikut urutan lagi, tetapi nombor rawak seperti 8×5, 8×8 atau 8×2 dan ia akan berterusan sampai 10 muka surat. Apabila anak sudah selesaikan kesemua 10 muka surat, beliau tidak perlu mengira tetapi sudah hafal bahawa 5×8 atau 8×5 adalah 40.