Praktis 7 Nasihat Dari Dr Hamid Arshat Ini Jika Mahu Rumah Tangga Kekal Bahagia.

Share

Luhur dari hati seorang suami. Demikian yang boleh diungkapkan dengan perkongsian dari, Pakar Sakit puan Terkenal, Dr Hamid Arshat di laman facebooknya baru-baru ini.

Selama 47 tahun  bergelar  suami isteri, ini antara nasihat dan pedoman yang dikongsikan oleh Dr Hamid dan baik untuk dipraktikkan oleh setiap pasangan lain jika mahu rumah tangga kekal bahagia.

“Alhamdulillah kita berdua capai umur 72 tahun, dikurniakan kesihatan, keimanan dan kebahagiaan hidup bahagia bersama selama 47 tahun. Semoga terus dirahmati dan diberkati Allah.

  1. Bila sudah berumur, kita semakin sensitif dan mudah tersinggung, mudah marah dan konflik mudah timbul. Ini boleh mengancam kehormonian dan keutuhan hubungan suami isteri. Sedangkan lidah mudah tergigit, ini pula suami isteri.
  2. Jangan suka mengungkit hal-hal yang lepas, khususnya yang negatif, tak sedap didengar, mengguris perasaan serta menimbulkan kemarahan.
  3. Bila pasangan kita naik suara, birang, tak mahu mengalah, lari keluar, elakkan perang mulut, jauhkan diri agar sejuk hati. Begitu juga bila isteri berleter, larikan diri. Saya mengalah, surrender. No argument. Ha, ha, ha. Laugh it off.
  4. Makanlah saja yang isteri masak, kalau sedap puji dia. Kalau tak sedap telan saja, buat tak tahu. Jangan bersuara. Tak guna bertengkar. Life too short.
  5. Kalau pasangan kita tidur berdengkur, jawa kata ngorok dan ganggu kita nak tidur, lari pergi tidur diatas sofa. Ha, ha ha. Bila dia terkejut dan tengok pasangan tiada sebelah, paniklah dia mencari2. Lawak saja.
  6. Saya lihat orang perempuan tak jemu-jemu membeli belah, kalau untuk beli keperluan dapur saya faham, tapi untuk beli lain-lain saya pun tak faham. Tak apalah biar dia pergi shopping till she drops, saya tunggu sambil minum kopi dan baca newspaper atau lainlain. Tak boleh komen apa dia beli. Ha, ha, ha……
  7. Sebenarnya dalam umur macam kita, yang penting ialah companionship
    . Teman sejati, sehidup dan semati. Siapa pergi dulu Allah sahaja yang mengetahui. Dulu sudah sibuk bela dan besarkan anak-anak, sekarang kita perlukan privacy pula. Walau macam mana keadaan, hidup berdua dirumah sendiri tetap seronok dan menggembirakan. Tapi suka anak-anak dan cucu-cucu datang kerumah untuk makan bersama. Sukar dibayangkan bila pasangan menemui Allah dulu, yang tinggal tentu kesunyian.

sumber: Dr Hamid Arshat