Praktik Mengaji Sebelum Tidur, Inilah Cara Ustaz Don Didik Isteri Dan Anak-anak.

Share

Kesibukan pasangan ini dalam tuntutan kerja masing-masing lebih-lebih sang isteri seorang pegawai perubatan yang selalu ‘on call’ bagaimana pun tidak membatasi tanggungjawabnya sebagai ibu dan isteri.

Kesempatan ‘mencuri masa’ Dr Husna Zahry Rafie yang sedang bercuti membolehkan pasangan ini membawa anak-anak berjalan-jalan.  Meliaht kareater Ustaz Don di dalam kaca TV yang begitu sempoi, nyata demikian juga ketika bersama keluarga. Lebih-lebih lagi aura sang ayah yang tampak begitu mesra dan tidak kekok dalam menguruskan Don Mustofa dan Don Ibrahim.Kedua-dua hero pasangan ini cukup manja dengan Ustaz Don yang dipanggil Abati manakala Husna dipanggil Ibu.

Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid adalah pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sejak 2010-201. Beliau kemudiannya dipindahkan ke Pusat Pengajian Sepanjang Hayat  sebagai pengurus Besar di KuisCell. Selain itu, beliau juga merupakan Pengerusi Mohabbaten Travel  & Tour Sdn Bhd di bawah anak syarikat Andalusia.

Hidup perlu bermasyarakat dan bermuafakat

Melihatkan kesibukan urusan kerja, jujur mengakui masa yang ada cukup terhad. Urusan menguruskan anak-anak di ambil alih seketika oleh ibu bapanya yang tinggal bersama. Namun tidak bermakna kedua-duanya lepas tangan.

“Saya bukanlah orang yang hebat, pasti akan berlaku ralat. Jadi, dalam pembahagian masa dengan keluarga dan pengurusan kerja, kami cukup beruntung kerana ada ibu bapa yang tinggal bersama. Jadi mereka bantu melihat anak-anak sementara kami keluar bekerja. Namun sebelum itu, saya pernah minta pandangan orang yang lebih arif iaitu  Dato’ Dr Fadhilah Kamsah tentang ibu bapa yang duduk bersama kami.

“Waktu itu kami dalam satu penerbangan ke Terengganu ketika itu. Saya tanya adakah boleh ibu bapa boleh duduk dengan anak-anak macam mana kita mahu letak kayu aras tentang hal ini. Jadi Dr Fadhilah tanya siapa yang minta untuk duduk bersama , ibu bapa atau anak yang minta. Menurut Dr, kalau boleh anak-anak jangan minta untuk ibu bapa datang tinggal bersama kerana mereka sendiri mempunyai ‘life’ mereka. Apabila diberitahu yang ibu bapa yang nak jadi Dr cakap boleh kerana mereka sendiri yang duduk bersama. Jadi mereka tahu kapasiti diri mereka.

“Tempoh sampai bila mereka nak duduk bersama terpulang kepada ibu bapa sendiri kerana ia tidak akan menjadi masalah pada masa hadapan. Saya dan isteri sangat bersyukur kerana selain ibu bapa ada juga adik-beradik kami juga tinggal berdekatan. Jika ada sebarang masalah, mereka sangat membantu.

“Itulah yang saya sebut ralat tadi. Disebabkan kami di ‘cover’ oleh orang sekeliling di samping pihak KuisCell yang sangat fleksibel dalam membantu menyusun jadual saya. Kerana itu, hidup perlu bermasyarakat dan bermuafakat. Kita takkan boleh hidup sendirian.

“Teringat saya pada kata-kata Ustaz Guru Hadi Awang hidup ini ibarat seikat penyapu lidi, ada yang panjang ada yang pendek. Walaupun nampak lidi-lidi yang pendek tidak kena ketika menyapu tetapi apabila dibuang maka longgarlah ikatan penyapu tadi. Begitulah ibaratnya kita dengan orang sekeliling,”ujar Ustaz Don sambil mengakui lima hari adalah masa untuk bekerja manakala dua hari bersama keluarga.

 

Gajet pilihan terakhir

Tambah ustaz Don lagi, sebagai ibu bapa yang berkerjaya dia dan isteri cukup sibuk dengan urusan kerja. Justeru tambahnya, sebagai orang yang berkerjaya, pertama sekali kena mengaku yang diri sibuk.

“Jangan menafikan kerana kita tidak akan jumpa jalan penyelesaian.  Kita kena terima situasi tersebut dan cari alternatif terbaik. Jadi salah satunya adalah penggunaan gajet pada anak-anak. Saya dan isteri memang sudah mendedahkan pada anak-anak kami.

“Zaman sekarang anak-anak kena terlibat dengan gajet supaya tidak ketinggalan. Cuma sejauh mana kita kawal supaya tidak keterlaluan sehinggakan makan minum tidur dengan benda tersebut. Bahkan, penggunaan gajet pada anak-anak adalah pilihan terakhir,”ulas Ustaz Don yang mempraktikkan mereka sekeluarga mengaji bersama sebelum tidur.

Luangkan masa dengan masyarakat

Dek kesibukan urusan kerja membatasi Ustaz Don untuk menerima tawaran untuk berceramah seperti sebelum ini. Sementelah dia mahu memberi fokus penuh pada kerja dan keluarga.

“Dalam kesempatan ini untuk memohon maaf pada masyarakat yang mungkin mengharapkan saya mempunyai ruang masa seperti sebelum ini. Mujurlah pihak Kuiscell bijak menyusun jadual dan kesempatan turun padang untuk urusan kerja, jadi dapat diselitkan untuk tawaran mengadakan ceramah jika berkesempatan. Misalnya seminggu 3 hari untuk 3-4 program dan berpeluang meluangkan masa yang lama dengan masyarakat.

Mahu 7 anak

Ditanya mengenai menambah ahli keluarga dalam masa terdekat, Dr Husna memberitahu ada dalam perancangan cuma bergantung pada masa sementelah anak-anaknya masih kecil dan memerlukan perhatian.

“Kami berdua lahir dalam keluarga yang ramai jadi kalau diikutkan kami memang mahu anak ramai dalam 7 orang. Cuma sekarang masing-masing sibuk dengan kerja dan dua hero kami masih kecil. Walaupun ada keluarga yang sangat ‘supportive’ dan membantu menjaga anak kami tetapi tanggungjawab sebagai ibu tidak diabaikan.

“Sesibuk mana pun di hospital tetapi saya pastikan ada di rumah. Kerana itu saya berulang alik dari rumah di Bangi ke Seremban walaupun ada rumah yang disediakan di sana tetapi saya lebih rela berada di samping anak-anak,”jelas Dr Husna lagi sebelum mengakhiri perbualan bersama penulis.