Jika sebelum kerajaan memberikan tol percuma untuk pulang ke kampung halaman sempena cuti perayaan namun berbeza kali ini.
Kerajaan menerusi Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju memberikan potongan bayaran tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025, lapor Bernama.
Menerusi kenyataan media Menteri Kerja Raya, Dato Seri Alexander Nanta Linggi, pemberian diskaun tersebut akan mula berkuat kuasa pada jam 12.01 tengah malam 27 Januari 2025 (Isnin) dan berakhir pada jam 11.59 malam 28 Januari 2025 (Selasa).
Potongan tol ini hanya melibatkan kenderaan persendirian Kelas 1 sahaja di semua plaza tol kecuali plaza tol sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata keputusan ditetapkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini, membabitkan implikasi kewangan ditanggung kerajaan berjumlah RM20.08 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi tol.