Potluck raya atau open house adalah kelaziman yang diadakan apabila memasuki minggu kedua Syawal.
Bukan sahaka orang dewasa, anak-anak di sekolah pun turut terlibat sama. Whatsapp grup sekolah ada yang menyediakan senarai makanan yang bakal di bawa oleh murid-murid.
Walaupun senaraikan menu yang disediakan oleh pihak guru itu bukan wajib, namun kesungguhan ibu bapa begitu membanggakan terutama para ibu.
Namun, kadang kala para ibu lupa bahawa konsep potluck bukan perlu membawa banyak makanan untuk satu kelas, ia konsep berkongsi makanan dalam kuantiti yang kecil. Tidak perlu menyediakan menu makanan untuk satu kelas.
Akibatnya tanpa sengaja berlaku pembaziran. Inilah yang dikongsi oleh seorang guru mengenai situasi potluck apabila diadakan di sekolah. Banyak makanan berlebihan. Bukan tidak menghargai kesungguhan para ibu menyediakan makanan namun seharusnya bersederhana supaya tidak berlaku lambakan makanan. Malah ada juga para ibu ‘sentap’ apabila masakannya tidak habis.
Moga kita bersederhana dalam menyediakan makanan potluck untuk anak-anak.
POTLUCK RAYA BIHUN 4 KATI.
Isu bawa makanan oleh anak anak tapi tak ada yang makan. Aku rasa terpanggil untuk menunggang isu yang tengah hangat umpama bara api yang membakar lemang. Makan tak seberapa tapi nak membuatnya renyah yakmat oii.
Sekolah mengadakan jamuan hari raya sebagai meraikan anak anak. Tak wajib pun bawa makanan. Biasanya guru dan pihak sekolah dah plan dah. Macam sekolah aku 25hb nanti, dah pakat dengan PIBG. Satu menu utama dah disediakan oleh kantin.
Makanan yang dibawa anak anak biasanya ikut emaknya. Jangan tanya bapaknya. Nama kelas anak pun kadang tak tahu. Terpulang pada emaklah.
Tapi emak macam biasalah. Prihatin. Kesian dekat anak. Nanti orang lain bawak. Anak kita tak bawa. Dah rasa macam berdosa besar.. Padahal takdak apapun. Tak percaya tanyalah sang ayah. Lantak pi lah kata ayah.
Emak emak yang rajin ni pun masaklah dalam dingin subuh hatiku terusik. Kerna nasib diri dirantauan. Terdengar takbir raya terlihat sini sana. Penyeri malam raya ehhh..ternyanyi pulak. Yang paling mudah, bihun, nasi goreng, hotdog. Bila semua emak seolah mempunyai naluri yang sama, jadilah 10 orang murid bawa bihun, 19 lagi bawa hotdog. Padahal anak kat rumah bihun pun tak makan.
Jadilah lebihan berlambak. Nak bagi dekat si Daniel Haikal, emak Daniel pun goreng bihun jugak. Maka terpaksa lah Putra Naim bawa balik semula bihun digoreng emaknya.
Bila balik Putra Naim bawak balik semula bihun. Benganglah si emak sampai up status. Anak dia kecik hati, low esteem sebab tak ada orang makan bihun. Anak tak kecik hati sangat kut. Emak je kan.
Bayangkan bihun saja 10 jenis. Anak mana yang makan bihun banyak. Kat rumah pun order grab atau panda. Banyak mekdi dari nasi. Aduhai.
Benda ni tak jadi isu kalau bincang dalam group wasap. Ni tidak. Group wasap kelas jadi tempat tanya esok kena pakai baju apa. Anak tak hadir sebab urusan keluarga. Kesian anak. Kecik kecik dah kena pikir pasal keluarga. Sampai cikgu kena off comment. Aduhai lagi.
Apa salah bincang Senah buat ketupat, Peah buat rendang. Rogayah masak kuah lodeh, Aminah buat kuah kacang. Kan pelbagai. Tak pun kutip duit beli mekdi yang anak anak suka makan. Tak pun pizza hut ke. Nak lagi mudah pakat dengan guru kelas buat jamuan raya kat hotel. Mak ayah sponsor. Konpom tak ada yang kecik hati.
Dah beban kesalahan jatuh atas bahu cikgu yang sedia disalahkan ni. Sebab anak rasa rendah diri sebab budak lain tak makan yang dia bawa. Sampai nangis anak tu. Mau tak menangis emak dah jegil sampai buntang bijik mata.
Lagi best kalau mak mak pulak rancang buat sambutan raya kat sekolah..pakat ramai ramai. Raikan anak anak dan cikgu pulak. Bincang dengan PIBG. Rasanya tak timbul dah kut masalah. Tu la. Mesyuarat PIBG taknak datang. Jadi Ajk pun tak datang jugak😂.
Ni ha anak aku ni emak dia dah kalut nak bawak apa. Tadi pegi mall cari hadiah hari guru lah. Aku jugak kena pergi sekali. Ni anak aku ni nak bawak apa makanan gi sekolah ni. Senang senang aku suruh Cik Puan Isteri goreng bihun saja lah.
Tanya aku senang saja. Nah ambik duit bagi dekat cikgu. Beli lah apa pun. Senang. Duit raya korang bila lagi nak guna kan.
Benda boleh gaduh buat apa nak bincang ye dak. Ni lah orang perempuan. Depa stress dengan kita kita sekali kena heret jadi stress sama
Ok. Jemput mai beraya kat wall aku ni. Jangan maki hamun dah la. Bawak bihun sekali.
Maaf Zahir Batin wei. Gurau takkan tak boleh
Sumber: Cikgu Zahran
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club