Ketiadaan insan tersayang di sisi tatkala menyambut Syawal, pastinya sukar diungkapkan dengan kata-kata, itu yang dirasai penyanyi Ayu Damit.
Bapanya, Allahyarham Damit, 72, meninggal dunia pada 2 Julai tahun lalu akibat kanser otak.
“Tak ada lagi orang yang akan ‘bising’. Sebab kalau raya abah yang akan kecoh-kecoh.
“Memang rasa rindu. Tiap kali tiba puasa, arwah abah akan hubungi saya untuk tanya mengenai baju raya. Kali ini, sudah tak ada orang untuk bertanya. Yang tanya sekarang hanya mak lah. Rasa tidak lengkap,” katanya lagi.
Menurut Ayu, dia juga tidak berpeluang berpuasa bersama keluarga di kampung halamannya di Kota Kinabalu, Sabah tahun lalu susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Cuma saya dapat pulang ke Kota Kinabalu sekejap kerana ketika itu arwah kritikal dan terpaksa dimasukkan ke hospital,” katanya.
Ayu yang popular menerusi lagu Hanya Di Mercu ini menambah, Allahyarham bapa sempat membuat persiapan bagi meraikan Aidilfitri bersama anak-anak tahun lalu.
“Bapa tanya mak, mana Ayu. Mak hanya mampu cakap… Kan PKP, mana boleh balik kampung naik kapal terbang. Itulah alasan yang diberikan kepada arwah. Rasa ralat,” katanya lagi.
Sumber: media Hiburan
ARTIKEL MENARIK: “Menunggu Kepulangan Yang Tak Akan Pulang.” Baru 3 Hari Habis Pantang, Suami Pula Meninggal Dunia, Kisah Wanita Ni Bikin Sebak!
ARTIKEL POPULAR: “Ya Allah Adik Gagah Juga, Kakak Tumpang.” Gelagat Comel Aafiyah Ditegur Tokti Menyakat Adiknya Bikin Ramai Terhibur
BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club