Ketiadaan insan tersayang di sisi tatkala menyambut Syawal, pastinya sukar diungkapkan dengan kata-kata, itu yang dirasai penyanyi Ayu Damit.

Bapanya, Allahyarham Damit, 72, meninggal dunia pada 2 Julai tahun lalu akibat kanser otak.

“Pos Baju Melayu Biru Terakhir Buat Arwah Abah, Dia Teringin.” Ayu Damit Sebak, Sambut Raya Tanpa AyahDitanya apa yang dirindui setiap kali menyambut raya bersama Allahyarham, Ayu menjelaskan bapanya tidak cerewet.

“Tak ada lagi orang yang akan ‘bising’. Sebab kalau raya abah yang akan kecoh-kecoh.

“Memang rasa rindu. Tiap kali tiba puasa, arwah abah akan hubungi saya untuk tanya mengenai baju raya. Kali ini, sudah tak ada orang untuk bertanya. Yang tanya sekarang hanya mak lah. Rasa tidak lengkap,” katanya lagi.

“Pos Baju Melayu Biru Terakhir Buat Arwah Abah, Dia Teringin.” Ayu Damit Sebak, Sambut Raya Tanpa Ayah“Kali terakhir, saya terpaksa pos baju raya untuknya. Warna biru. Arwah memang inginkan warna tema tersebut. Tapi tak boleh nak balik gara-gara pandemik Covid-19,” luah Ayu Damit dengan nada sebak.

Menurut Ayu, dia juga tidak berpeluang berpuasa bersama keluarga di kampung halamannya di Kota Kinabalu, Sabah tahun lalu susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ads

“Pos Baju Melayu Biru Terakhir Buat Arwah Abah, Dia Teringin.” Ayu Damit Sebak, Sambut Raya Tanpa Ayah“Kalau nak hubungi pun dah tak ada. Syukur, harapkan ada mak sajalah. Tak berkesempatan nak sambut ibadah puasa dengan arwah sebelum ini sebab PKP.

“Cuma saya dapat pulang ke Kota Kinabalu sekejap kerana ketika itu arwah kritikal dan terpaksa dimasukkan ke hospital,” katanya.

Ayu yang popular menerusi lagu Hanya Di Mercu ini menambah, Allahyarham bapa sempat membuat persiapan bagi meraikan Aidilfitri bersama anak-anak tahun lalu.

“Pos Baju Melayu Biru Terakhir Buat Arwah Abah, Dia Teringin.” Ayu Damit Sebak, Sambut Raya Tanpa Ayah“Banyak yang arwah siapkan, misalnya pasang lampu raya dan sebagainya. Tapi saya tak boleh balik. Agak sedihlah sebab ketika itu pun arwah abah sudah sakit.

Ads

“Bapa tanya mak, mana Ayu. Mak hanya mampu cakap… Kan PKP, mana boleh balik kampung naik kapal terbang. Itulah alasan yang diberikan kepada arwah. Rasa ralat,” katanya lagi.

Sumber: media Hiburan


ARTIKEL MENARIK: “Menunggu Kepulangan Yang Tak Akan Pulang.” Baru 3 Hari Habis Pantang, Suami Pula Meninggal Dunia, Kisah Wanita Ni Bikin Sebak!

Ads

ARTIKEL POPULAR: “Ya Allah Adik Gagah Juga, Kakak Tumpang.” Gelagat Comel Aafiyah Ditegur Tokti Menyakat Adiknya Bikin Ramai Terhibur

BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI