
Tengok sahaja gambar Popia Reben Viral ini pasti kita rasa teruja, inikan pula anak-anak kita. Popia berbentuk kipas atau reben ini sebenarnya dihasilkan tanpa resipi tetapi sebaliknya hanya gunakan dua bahan sahaja. Wow hebat!
Kalau bahannya hanya dua, dah tentulah kosnya pun sedikit sahaja. Sambil sediakan makan tengahari, boleh suruh anak-anak buat reben berbentuk kipas ni.
Menurut pemilik popia viral ini, Zura Zul yang berkongsi di grup Makan Apa Hari Ni (MAHN), resipi popia reben ini memang simple nak disediakan tetapi sedikit renyah. Maklumlah nak bentukkan kulit popia menjadi kipas, tentu ambil sedikit masa. Jom cuba cara yang dikongsikannya.
Simple..tapi sedikit renyah nak buat Popia Riben/bunga. Anak-anak memang suka. Laju jer deme makan..☺
Bahan:
Kulit popia
Sosej
Caranya:
1. Potong sosej. Potong agak-agak, tak nipis tak tebal.
2. Ambil straw besar dan tekap pada sosej. Buatkan lubang seperti dalam gambar.
3. Pilih kulit popia saiz kecil dan potong dua.
4. Lipat dan buat macam kipas.
5. Ambil sosej tadi dan masukkan di bahagian tengah kulit popia. Kembangkan dan jadikan bentuk kipas.
6. Panaskan minyak dan goreng kekuningan. Boleh cicah dengan sos cili, makan begitu saja pun sedap. Rangup.
Selamat mencuba.
Sumber: Zura Zul
“Mak Ayah Suruh Kerja Gomen.” Cikgu Ini Tunjuk Cara Nak Mohon SPA9, Isi Betul-Betul Mana Tahu Ada Rezeki!

Rezeki itu tidak pernah salah alamat. Jadi jangan putus asa untuk mencuba apa juga perkerjaan. Bagi yang belum atau telah diberhentikan kerja, boleh cuba memohon kerja sebagai kakitangan awam.
Malah, ada ibu bapa meletakkan pengharapan agar salah seorang anak dapat bekerja sebagai kakitangan kerajaan di samping mempunyai pelbagai manfaat terhadap keluarga. Tak salah kan mencuba, mana tahu, rezeki.
Untuk bekerja sebagai kakitangan awam pemohon perlu mengisi maklumat melalui laman SPA9 iaitu satu sistem yang dikelolakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
Nampak mudah, tapi jika belum mengetahui bagaimana untuk mendaftar boleh ikuti panduan yang disediakan oleh guru ini.
Menerusi TikTok, guru Zeti Norani ini menunjukkan video untuk memohon sebarang jawatan SPA.
Ikuti lanjut video ini.
Watch on TikTok
Selamat berjaya!
Sumber: Zeti Norani
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
<<<<<
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Ayam Masak Merah Untuk Juadah Pagi Raya, Sedap Kebabom Kalau Ada Bahan Ni, Wajib Cuba!

Raya yang bakal disambut beberapa hari saja lagi buat ibu-ibu semakin kalut dengan pelbagai persiapan. Menyediakan juadah istimewa antara perkara wajib yang ibu perlu risaukan.
Makanan kesukaan anak-anak seperti Ayam Masak Merah pastinya menjadi menu utama hidangan selain rendang ketupat. Namun menyediakan Ayam Masak Merah yang lebih istimewa dan sedap, lain daripada yang lain, ibu-ibu kena cuba ni.
Bosan dengan resipi biasa, jom kita ikut resipi yang dikongsikan wanita bernama Rafiza Idayu. Rupanya nak rasa lebih menyengat kena letakkan serai dengan
kuantiti yang agak banyak. Katanya, resipi Ayam Masak Merah yang di’infused’ rasa serai yang wangi dan buka selera.Jom ikut caranya. Nampak mengiurkan.
Saya berkempatan belajar dengan seorang yang menyediakan Ayam Masak Merah yang sangat sedap ketika jamuan kenduri kahwin anak beliau. Pesannya, letak
serai banyak dan maniskan sedikit masakan tersebut.
Jom kita lihat langkah demi langkah
Bahan bahannya:
Ayam seekor dipotong 12 bahagian
Serbuk Kunyit
Garam
30 biji lada kering
2 inci halia
2 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
1 batang kayu manis
5 biji bunga lawang
5 biji buah pelaga
7 biji cengkih
1 biji gula nisan (gula kerek @ gula nisse @ gula melaka @ gula perang)
4 ketul asam gelugur (asam keping)
2 biji tomato
10 sudu sos cili (brand Kimball)
10 sudu sos tomato (brand Kimball)
12 batang serai
* Rasa akan berubah mengikut bahan atau brand yang digunakan. Contohnya sos cili brand Maggi akan sedikit masam. Jadi kurangkan penggunaan asam keping
Caranya:
1. Setelah basuh dan toskan ayam, perap ayam sebentar dengan kunyit dan garam.
2. Goreng ayam tiga suku masak dan toskan. Jangan terlalu garing kerana ayam akan keras dan kurang juicy.
3. Ini tips yang penting untuk dapatkan aroma yang wangi dalam Ayam Masak Merah. Bawang besar hendaklah dihiris nipis. Jangan blender. Bawang besar yang
digoreng akan menerbitkan rasa manis dan wangi. Cili kering tadi direbus dan dikisar bersama bawang putih dan halia.
4. Panaskan minyak dan masukkan serai yang telah diketuk. Minyak masak akan beraroma serai yang wangi.
5. Kemudian masukkan bahan tumis.
Bahan tumis iaitu 4 sekawan :
+ Kayu manis
+ Bunga Lawang
+ Buah Pelaga
+ Cengkih
6. Kemudian masukkan bawang besar yang telah dihiris nipis.
7. Tumis sehingga naik bau. Tips untuk mengetahui bagaimana naik bau adalah bawa tangan di atas tumisan dan bawa aroma ke hidung.Belajar cara nak tau bau bawang wangi apabila ditumis. Ops! Elakkan bawa hidung ke gigi kuali, kalau terpercik minyak di muka.. acik tak bertanggungjawap
tau!
8. Apabila dah naik bau, masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Pastikan minyak tidak terlalu sedikit agar bahan tumisan masak cantik sekata. Jangan bimbang dengan bawang besar yang dihiris tadi kerana ia akan hancur semasa proses menumis.
9. Masak bahan kisar tadi sehingga pecah minyak. Kenapa perlu pecah minyak? Ia indikasi bahawa bahan kisar telah masak sempurna. Jika lauk kenduri, masakan akan lebih tahan lama dan mengelakkan sakit perut jika bahan tidak dimasak sempurna. Apabila telah pecah minyak, masukkan gula nisan.
10. Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato.
11. Masukkan air pada kepekatan yang diingini.
12. Apabila telah mendidih, masukkan potongan buah tomato.
13. Masukkan asam keping.
14. Akhir sekali masukkan garam secukupnya. Hati hati semasa masukkan garam kerana sos sudah ada garam dan ayam goreng tadi juga telah diletakkan garam.
15.Apabila cukup rasa, masukkan ayam goreng tadi.
16. Gaul sebati ayam tersebut ke dalam kuah masak merah tadi. Alhamdulillah, cantik kejadian ayam masak merah kita. Sedia dihidang dengan daun ketumbar
atau kacang peas.
17. Ini papadom untuk makan bersama Nasi Tomato. Goreng papodom ini yang seperti di kedai mamak. Papodom bulat ini lebih sedap berbanding papodom yang berbentuk segiempat.
Nasi Tomato sedia dihidang bersama Ayam Masak Merah dan Kuah Dhal.
Selamat mencuba!
Sumber: Rafiza Idayu
Kecur Air Liur & Teringin Punya Pasal, Ni Cara Mudah Buat Colek Ala Thai. Memang Terbaik!

Membayangkan jika kita sedang makan mangga muda yang rangup hingga kedengaran ‘krup krap’ bunyinya, dan bayangkan juga bila masuk ke dalam mulut akan terasa masamnya itu, pasti sesiapa pun kecur air liur dibuatnya.
Apatah lagi jika dimakan bersama Colek Ala Thai yang mempunyai rasa pedas-pedas manis, memang terbaik.
Jadi memenuhi keinginan merasai kesedapan rasa mangga bersama seisi keluarga, jom baca terlebih dahulu 3 perkongsian resipi ini. Mungkin mengetahui mana yang lebih menepati selera boleh dicuba kesemuanya. Maklumlah lain orang lain seleranya.
“Jom nyicah…try resepi serbuk colek ala thai nie…mmg xhampakan…sllu tertnye2 cmner lah nk buat…..korang suka tak style cmni…hakak semua mkn….
Abaikan kulit pelam yg berjeragat tu erk..tgk sebelah je…..” Norashikin Ismail
-pelam cicah colek ala thai-
Bahan-bahan:
-cili kering 10 tangkai ( cuci toskan) *
-belacan besar ibu jari hiris nipis *
-udang kering segenggam ( cuci toskan) *
-gula 6-7sb…. ( lau cili pedas blh add lagi)
Cara-cara:
1. Sangai bhn betanda smpai kering
2. Sejukkan & belah dua cili buang bji…
3. Masukkan semua bhn sangai + gula kedlm mesin kering & blender skejap agak hncur
4. Dah siap boleh gaul garam.
Ekstra info :
# bhn sngai pastikan sejuk dlu bru blend…
Membaca perkongsian daripada Siti Sairah yang juga menyediakan sendiri ramuan Colek Ala Thai ini membuatkan rasa tidak sabar pula untuk merasai sendiri kesedapan dan kenikmatannya. Apatah lagi bila lihat gambar yang dimuat naik di media sosial, memang boleh buat sesiapa pun mengidam!
Menurutnya apabila makan pelam dengan colek ini memang luar biasa, bayangkan 5 biji pelam boleh dimakan dengan penuh berselera.
“Sekali buat Colek Viral Ala Thai ni mengadap 5biji mangga smpai abis pon xsdo sedap kome weih.. Rugi xcuba! Bahan pon simple dimple jer..Boleh la mkn dgn nanas,pelam, sengkuang dll.. Pganti kuah rojak “Siti Sairah
Bahan-bahan:
Cili kering
Belacan
Udang kering
Gula
Cara penyediaan:
1. Sangai semua bahan.
2. Kemudian blend kering.
3. Kemudian letak gula. Nak rsa masin boleh letak garam sedikit.
sumber : Siti Sairah via MAHN
Lain pula dengan perkongsian resipi untuk menyediakan colek ini. Colek Ala Thai daripada Are Peace ini terlihat berkuah. Tentu rasanya tidak kurang hebat bukan? Apatah lagi bila digandingkan bersama hirisan kedondong, ternyata menjadi hidangan yang cukup sempurna buat penggemarnya.
COLEK BUAH @ KUAH ROJAK ALA THAI..?
“Selalu tgk mamat thai tu buat live video..hari ni googel resepi dan try buat..
hehehe… jadi ke x nie…nak mkn sangat…pelam muda xdak… buah kedondong pun jalan laaa….” Are Peace
BAHAN-BAHAN:
60 gm bawang merah-dihiris nipis
70 gm udang kering ditumbuk
15 gm cili padi merah/hijau tumbuk kasar atau hiris
160 ml air
160 ml sos ikan thai (sos nampla)
300 gm gula melaka
CARA-CARA:
- Masukan gula melaka, sos ikan dan air dalam periuk.
- Guna api kecil yang dan masak hingga pekat.
- Tambah bawang kecil, udang kering dan cili api.
- Ddidihkan lagi dan tutup api.sos ini tahan lama simpan dalam botol bertutup
sumber : Are Peace via MAHN