Popia Pepero, Kesukaan Anak-anak Setiap Masa. Ni Cara Buatnya!

Share

Pilihan juadah biskut raya untuk dimakan bersama anak beranak tentunya bermacam-macam. Ini pula antara menu yang paling ringkas untuk disediakan dan enak rasanya, lain tak bukan adalah Popia Pepero ini.

Jom ketahui cara penyediaannya.

Popia pepero. White coklat + oreo. 

Cara – cara buat :

– kulit popia (apa2 brand tak kisah)
**kalau yang kulit popia yang besar potong kepada 4 bahagian -> gulung -> lekatkan ujung dia dengan air.


– **kalau yang kulit popia yang kecik, terus gulung sahaja -> lekatkan ujung dia dengan air.


– goreng hingga keperangan.


– Cairkan white coklat guna double boil , bila dah cair celup pada kulit kulit popia , pastu balut pula dengan oreo.
– ** kalau guna coklat balutkan dengan badam sedap.
– ** badam leceh sikit sebab nak kena sangai dulu
– tak perlu letak dalam peti sejuk.


– Siap

Ekstra tip untuk lakukan teknik double boiler yang betul.

Sumber : Adilah Bte Othman via MAHN