Pilihan juadah biskut raya untuk dimakan bersama anak beranak tentunya bermacam-macam. Ini pula antara menu yang paling ringkas untuk disediakan dan enak rasanya, lain tak bukan adalah Popia Pepero ini.
Jom ketahui cara penyediaannya.
Popia pepero. White coklat + oreo.
Cara – cara buat :
Ads
– kulit popia (apa2 brand tak kisah)
**kalau yang kulit popia yang besar potong kepada 4 bahagian -> gulung -> lekatkan ujung dia dengan air.
– **kalau yang kulit popia yang kecik, terus gulung sahaja -> lekatkan ujung dia dengan air.
– goreng hingga keperangan.
Ads
– Cairkan white coklat guna double boil , bila dah cair celup pada kulit kulit popia , pastu balut pula dengan oreo.
– ** kalau guna coklat balutkan dengan badam sedap.
– ** badam leceh sikit sebab nak kena sangai dulu
– tak perlu letak dalam peti sejuk.
– Siap
Ads
Ekstra tip untuk lakukan teknik double boiler yang betul.
Menyimpan udang terlalu lama di dalam peti sejuk adakalanya menyebabkan rasanya sudah tidak segar lagi. Malah warnanya juga bertukar kehitaman. Sebab itu, bila dimasak rasanya tidak enak dan berbau. Untuk ibu-ibu yang nak atasi masalah ini, apa kata cuba perkongsian dari puan Zai Norizah. Dengan menggunakan gula pasir, masalah ini dapat di atasi. Dulu-dulu bos cina saya bagi petua..
Kalau nak simpan udang tahan lama & fresh isinya..taburkan gula sebelum simpan dalam peti ais..saya ikut petua nie dari dulu.. Memang betul..isi udang tak lembik2 & lembut..
Korang kalau nak cuba..boleh cuba..
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kentang goreng ialah kudapan yang digemarni oleh kanak-kanak. Rasanya yang rangup memang best.
Ramai orang menyukai kentang goreng. Tambahan pula jika membeli di restoran makanan segera yang terkenal.
Namun asyik beli aje, apa kata buat sendiri. Tapi bila buat sendiri selalu tak menjadi. Mesti lembik lepas goreng. Dah sejuk lagilah.
Nak buat tentu ada tipnya. Ini rahsianya nak jadikan kentang goreng jadi rangup.
Resepi Kentang Goreng Rangup.
Kentang goreng simple rangup diluar, lembut di dalam ~ macam kentang McD
Kali kedua buat kentang goreng homemade untuk difrozenkan… Anak saya suka sangat. Buat banyak-banyak setiap kali dia nak senang sebab dh ada dalam peti ais, tinggal goreng je balik. Yang penting berbaloi buat sendiri fries untuk anak dan nak bagi anak makan tanpa was-was dan sedap
Resepi cara saya Kentang potong jejari dan rendam dalam air + cuka – ikut suka nak rendam berapa lama, agak2 jer. Cuka pun agak-agak jer…
Option satu : Toskan dan gaul ngan tepung bestari yang original, nak pedas guna yang pedas, sampai semua kentang bersalut dengan tepung. Anak saya tak suka pedas…
Option dua : Kalau tak nak guna tepung bestari boleh guna tepung gandum campur tepung beras macam kita nak buat bancuhan goreng pisang. Jangan lupa letak juga garam sikit dan lada sulah… jangan bayak sangat, nnt pedas
Bila semua dh bersalut tepung, bolehla mula menggoreng
Kalau nak buat frozen, goreng sekejap jer lepas tu angkat dan tos minyak dia. Biarkan sejuk dulu…
Dah sejuk boleh masukkan dalam beg zip lock dan simpan dalam peti ais.
Bila anak nak makan boleh keluarkan kejap, pastu goreng sampai kekuningan.
Gerenti sedap! Mama goreng sikit, anak suh goreng lagi sebab tak cukup.
Tauhu telur mungkin bukan kegemaran semua orang, tapi ada anak-anak yang sangat gemarkannya. Kebiasaanya ibu-ibu akan membelinya di pasar.
Tetapi kalau rajin, boleh saja buat sendiri di dapur anda. Caranya cukup mudah dan bahan yang digunakan pun sedikit sahaja.
Jika mahu lebih sihat bahan yang segar dan organik, cuba resipi yang dikongsi oleh chef Sue M Arukin. Jadi, keluarga dapat menikmati hidangan yang dijamin mutu serta kebersihannya. Selamat mencuba!
TAUHU TELUR
Bahan-bahan:
500 ml air soya segar (tanpa gula)
6 biji telur organik
5 gram tepung jagung
1/2 sudu teh garam halus
Cara Membuat:
1. Di dalam mangkuk, pukul telur hingga kembang. Ketepikan.
2. Di dalam periuk, satukan air soya bersama tepung jagung dan garam. Kacau rata di atas api sederhana hingga suam (jangan sampai mendidih). Sejukkan sebentar.
3. Satukan telur yang sudah dipukul tadi bersama campuran soya. Tapis ke dalam mangkuk tahan panas lalu kukus selama 20 minit atau hingga tauhu mengeras. Sejukkan.
4. Potong mengikut cita rasa dan goreng hingga keperang-perangan. Hidangkan!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...