Rahsia keenakan rasa popia mini atau pun karipap mini adalah pada intinya. Itu yang buat kita leka menjamahnya.
Jadi jika berhajat untuk sediakan menu ini sebagai juadah untuk tetamu di Hari Raya nanti, bolehlah anda sediakan inti yang dibuat daripada ikan selayang atau pun ikan sardin seperti mana yang dikongsikan oleh Achik ekin
.SERUNDING IKAN SELAYANG @ IKAN SARDIN
Bahan 1
Ikan selayang @ ikan sardin = 1kg
Rebus macam biasa
Bahan tumis
Bawang merah = 7 bji
Bawang putih = 6 ulas
Cili kering = 10 bji
Serai = 4 btg
Halia = sebesar 1 inc
Lengkuas = sebesar 1 inc
Ketumbar = 2 sudu
1 .Bland semua bahan dekat atas kecuali ketumbar. Ketumbar tu saya guna yang serbuk kalau nak guna yang biji pun boleh tapi kena rendam dulu sekejap baru bland sekali dengan bahan-bahan tadi.
2 .Tumis bahan-bahan bland tadi dan masukan serbuk ketumbar. Tumis sampai dia betul-betul kering air .. untuk serunding ni saya tak pakai santan ye.. kalau nak guna santan pun boleh terpulang kalau untuk 1 kg ikan ni kalau santan fresh beli je RM2. Agak-agak bahan tumis tu sudah pecah minyak boleh la masukkan santan kacau sekejap boleh la masukkan gula gram dan perasa aji ,sedap rasa ke ikut cita rasa masing. Kalau tak nak pakai santan lepas je bahan tumis tu dah kering dan pecah minyak boleh masukan perasa.
Untuk inti popia ni dia kena manis ye sebab bila sudah buat popia rasa dia tu jadi ngam sebab kulit popia dia dah rasa masin-masin sikit untuk karipap mini pun sama…ni cara saya buat ye. Selebihnya ikut selera masing.
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
Agak-agak sudah bederai serunding nampak basah tu boleh la matikan api, jangan kacau sampai kering ye..kering tu maksudnya bila kita penyet-penyet tu dia macam rapuh nanti bila buat popia dia akan rasa macam hangit bila kita goreng.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club