Semakin menghampiri 1 Syawal semakin bersemangat pula dirasakan untuk menyediakan biskut raya untuk dapat dinikmati bersama anak beranak.
Buat anda yang teringin menyediakan popia gulung ini, ada dikongsikan tip dan cara bagaimanan menyediakan lebih mudah dan cepat.
Tanpa cara dan sistem yang tepat akan menjadikan proses menggulung popia akan menjadi sesuatu yang melecehkan.
Oleh itu, jom pelajari skil tersebut melalui perkongsian ini.
Assalamualaikum sahabat semua
Siapa tak suka makan popia gulung ni? Nak beli memang mahalkan. Kulit popia murah je, sambal ikan tu RM60/kg. Tambah pula masa dan ketelitian untuk menggulung menuntut kesabaran tinggi.
Tapi tak salah cuba buat sendiri. Pasti masing-masing ada cara tersendiri untuk buat popia gulung ni kan.
Jom tengok cara mama. Manatau boleh sedikit ilmu.
Popia Gulung
1. Sepeket popia 40pcs (jenama KG @ Spring Roll – tak cepat kering dan mudah dikendalikan)
2. 250gm sambal ikan @ serunding ikan
3. Air biasa – untuk melekatkan popia
Cara membuat:
1. Popia dipotong empat, kemudian potong segitiga.
2. Susun dari atas kebawah.
3.Letakkan sambal ikan secukupnya. Temukan hujung segitiga atas ke tengah. Gulung dan lekatkan hujung popia dengan air.
Tips untuk gulungan kemas, tekan sedikit gulungan popia sambil gulung. Lepas letak air, tekan sikit untuk pastikan lekatan kuat.
Sebaiknya jemur selama lebih kurang 30 minit dulu popia yang telah digulung untuk popia yang lebih rangup.
Goreng dengan api sederhana perlahan dan perlu dibalik-balikkan. Toskan, sejukkan seketika dan simpan dalam bekas kedap udara.
Selamat mencuba
sumber : Hasifah Che Mat via MAHN
Jika buat Vietnamese spring roll pun sedap juga.