Popia Bergedil Rangup Berinti Padat, Bertambah Sedap Bila Digoreng Dengan Salutan Telur!

Share

Menyediakan menu yang digemari oleh seisi keluarga tentunya menjadi keutamaan dalam kita menentukan pilihan hidangan yang ingin dimasak.

Andai kata  selama ini anak-anak suka makan bergedil yang dimasak dengan campuran ubi kentang, isi ayam, daun sup, bawang gorengd an bahan lainnya yang apabila digoreng terasa lembut untuk dinikmati, jadi apa kata  kali ini anda cuba untuk sediakan menu bergedil yang dibalut dengan kulit popia pula.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

Bila menyebut tentang kulit popia yang digoreng, tentu ada sudah dapat  dapat membayangkan betapa ranggup rasanya dan apabila dijadikan bergedil, tentu sedap bukan?

Apa tidaknya, di luar ranggup dan  di dalam lembut. Sesuai sangat untuk dijadikan  menu minum petang atau sebagai hidangan untuk mengalas perut yang sedang lapar.

Menyediakannya Popia Bergedil ini bukan susah, ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Noraini Othman. Jadi bolehlah dicuba.

Popia Bergedil

Bahan-bahan:

Ubi kentang digoreng dan dilenyek sampai lembut

Daun Sup/bawang dihiris halus

Isi ayam digoreng+garam sikit dan digunting halus

Bawang goreng

Bawang putih digoreng dan ditumbuk

Lada cili / merah ikutla rentak rasa uolls

Cara-Cara:

1) Masukkan bahan-bahan semua tadi dan masukkan lada sulah sikit dan gaulkan sampai sebati sehingga sekata.

2) Amik kulit popiah kecil lipat sikit bahagian atas dan letak inti dan gulungla bergedil bersama kulit popia tadi. (kalau tak lekat letak air di bahagian yang tak melekat)

3) Panaskan api seperti biasa sebelum digoreng

4) Pukul 3biji telur dalam mangkuk lain dan amik bergedil popia tadi dan celupkan bergedil tadi dan terus masuk kuali untuk digoreng.

5) Nampak kekuningan terus angkat dan bolehlah hidang dan taburlah sikit daun sup

Sumber : Noraini Othman 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club