Kadang kala, kita ketandusan idea untuk buat hidangan minum petang bersama seisi keluarga.
Namun, kita tentunya nak cari hidangan yang simple tetapi sedap. Menerusi perkongsian ini, ketahui cara membuat Popia Bergedil. Rasanya memang macam di kedai. Jika nak jana pendapatan pun boleh buat niaga.
_________________________________
Minum petang buat POPIA BERGEDIL cicah plk sambal kicap berapi mmg laju makan. Puas hati buat sendiri, dapat makan ramai². Banyak plk tu dapat. Jom tengok resepi
RESEPI POPIA BERGEDIL
Ads
Bahan²
1 bungkus kulit popia dipotong dua
3 biji telur (untuk salutan)
Minyak secukupnya
Bahan bergedil;
4 biji kentang besar
400 gm daging kisar Ramly
4 sdb bawang goreng
Daun sup/bawang potong halus
1 sudu (k) lada sulah
Sedikit garam
2 biji cili besar merah potong halus
Bahan sambal kicap:-
1 mangkuk kicap manis
Cili api ikut pedas
1 ulas bawang putih
Ads
Hiasan:-
Cili padi dipotong
Daun sup dipotong kasar
1 sudu (b) bawang goreng
Cara-Cara:-
1) Kentang potong nipis2 dan goreng sehingga empuk atau lembut.
2) Masukkan dalam mangkuk, lecek kentang goreng tadi sehingga lumat, masukkan daging kisar, daun sup/bawang, bawang goreng, cili merah, lada sulah, perasa. Gaul sehingga rata.
3) Amik kulit popia lipat sikit bahagian atas dan letak inti dan gulung bergedil bersama kulit popia tadi.
4) Pukul telur dan tambah sedikit perasa, celupkan popia bergedil tadi ke dalam telur dan goreng dalam minyak yang telah dipanaskan.
5) Nampak kekuningan terus angkat dan bolehla hidang dan taburlah sikit daun sup dan bawang goreng.
Ads
Cara sambal kicap
1) Tumbuk cili padi dan bawang putih sehingga lumat.
2) Panaskan periuk dan masukkan kicap dan cili yang ditumbuk.
3) Masakkan cili kicap sebentar tp jgn sampai mendidih. Siap.
Siap!
Kredit: Rozmaliza Omar
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memandangkan ada anak-anak yang masih belum bersekolah kerana masih dalam PKPB, apa kata cuba resipi ringkas ini jika ibu-ibu dah buntu.
Walaupun simple tapi sedap dan pasti anak-anak sukakanya. Menu minum petang seisi keluarga ni. Jom cuba air tangan yang dikongsikan oleh puan Ida Osman serius ..sedap sgt pd tekak sy… Alhamdulillah
xsedar ..brkeping2 masuk perut
BREAD WITH BASQUE BURNT CHEESE TOPPING… (sapuan utk 8-10kping roti)
******** Bahan-bahan
100gm cream cheese
2keping keju cheddar disiat2
40gm susu cair
40gm gula caster
20gm butter tawar
2bj kuning telur
1/4st esen vanilla Cara membuat:
Dengan menggunakan api perlahan.. panaskan cream cheese, keju slice dan susu hingga keju2 cair.
Sentiasa kacau bagi mengelakkan keju hangus. Masukkan gula.
Setelah gula larut masukkan butter.. kacau hingga butter sebati baru msukkan kuning telur.
Kacau tanpa henti hingga adunan pekat seperti kastad. Matikan api dan masukkan esen. Kacau
Sapu kastad ni di atas roti. Susun dalam dulang pembakar dan bakar suhu 200 kira2 10min atau sehingga bahagian topping kelihatan hangus. **jangan bakar terlalu lama.. kastad keju akan mngering.
**cara menyapu kastad keju bergantung pada slera masing2.. pada saya.. lagi tebal kastad lagi sedap rasanya.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club https://t.me/keluargagaderclub
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pucuk Ubi antara sayuran hijau yang memang sedap dicicah dibuat ulam. Cicah pula dengan sambal belacan memang sedap. Atau boleh juga dimasak kuah lemak dan sebagainya.
Jangan tak tahu,ada cara sebenarnya kalau nak rebus pucuk ubi supaya lebih lembut tetapi warna tetap cantik kehijauan. Inilah yang dikongsikan oleh Abd Rahman Tayun.
Sayur-sayur dah naik harga, kita masak pula sayur kampung. Pucuk ubi pun jadi la. Pucuk ubi ni kalau direbus, makan pulak dengan sambal belacan…laju je. Boleh juga masak lemak kuning dan lain-lain.
Bahan-bahan:
Pucuk Ubi
Garam Kasar
Air secukupnya
1/2 sudu teh baking soda
Cara merebus:
1.Ramas pucuk ubi dengan garam kasar dan sedikit air.
2.Bilas kemudian toskan.
3.Panaskan air letak 1/2 sudu teh baking soda
4.Masukkan pucuk ubi tadi.
5.Bila dah lembut terus tapis dan masuk dalam bekas air + air batu.
6.Kemudian toskan.
Hasilnya pucuk ubi nampak menarik kehijauan dan lembut. Selamat mencuba!
Setiap hari makan lauk ayam atau ikan. Sesekali mesti nak cuba makanan laut kan? Menu sotong sumbat bersama sambal belacan mangga ni paling sesuailah untuk makan lagi-lagi waktu sahur. Hidangan yang mudah ini bukan sekadar sedap sahaja tetapi ia juga menjimatkan masa.
Resipi sotong bakar yang disumbat dengan telur ini pun sememangnya sesuai untuk disaji kepada anak-anak. Tapi, ada yang lebih menarik iaitu sambal belacan yang menggunakan mangga sebagai bahan tambahan yang pastinya membangkitkan lagi selera. Jadi, anda boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
Sotong Bakar Sumbat Bersama Sambal Belacan Mangga
Bahan-bahan:
7 ekor sotong saiz sederhana
Dicuci bersih
Bahan inti/sumbat:
4 biji telur
1/2 serbuk lada sulah
Sedikit garam dan secukup rasa
1 sudu besar penuh butter
Sambal Belacan Mangga:
1 biji buah mangga lemak pilih yg betul2 keras buang kulitnya dan cincang halus
15 biji cili padi merah jika suka pedas boleh lebihkan
6 biji lada besar merah/hijau
2 inci belacan bakar kena banyak baru sedap
1 biji limau nipis perah ambil airnya
Garam, gula, aji no moto secukup rasa
Cara Penyediaan:
Sotong Sumbat:
– Cairkan butter, goreng telur seperti buat telur hancur dan perasakan dgn sedikit cukup rasa maggi dan serbuk lada sulah.
– Masukkan telur hancur yang telah siap dimasak kedalam perut sotong dan kepilkan dengan lidi supaya telur di dalam tidak terkeluar.
– Salut sotong dengan sedikit garam kunyit dan bakar. Zie bakar menggunakan instant pot duo crisp Instant Pot pilih menu “airfryer”.
– Bakar selama 10minit pada suhu 180c atau sehingga masak.
Sambal Belacan Mangga:
– Masukkan sedikit air masak dan kisar semua bahan diatas sehingga lumat atau mengikut kasar disukai.
– Setelah siap gaul lah bersama mangga yang telah dicincang nipis ,siap.
Pelakon cantik jelita, Raysha Rizrose tampil berkongsi wajah cahaya mata kesayangannya sempena Aidil Fitri ini.
Menerusi Instagramnya, Raysha memuat naik gambar sekeluarganya di pagi raya...