Siapa suka makan popia basah? Jika asyik beli je di pasar malam, boleh lah lepas ni bolehlah cuba buat sendiri . Tak susah pun. Peniaga wanita ini kongsi Jom cuba resipi perkongsian dari facebook resepi Kak Lynn.
Saya bukanlah isteri yang sempurna.
Saya juga bukan ibu yang terbaik.
Walaupun hanya surirumah, tapi demi kelangsungan hidup utk membantu suami membesarkan anak2, inilah yang saya masak hari2 utk menambah sumber rezeki.
Doakan rezeki kami sekeluarga banyak dan tidak putus seperti air mengalir dan saya juga doakan kembali rezeki sahabat yang membaca status ini. Semoga kita semua segera bebas dari bebanan hutang di zaman kapitalis ini.
Resepi kulit popia
2 cwn tepung
1 biji putih telur
3/4 cwn air
2 sudu makan cuka
2 sudu makan minyak masak
Secubit garam
Cara2-satukan smua skali dan uli/mesin smpai tepung x melekat di dinding bowl. Saya bg sukatan cawan utk mudah kan suri rumah. Perap 1-2 jam dlm peti sejuk/chiller. Lepas tu dah bleh buat kulit. Canai atas kuali leper x perlu letak minyak lg sbb dlm adunan dh ada minyak.
Bahan2 inti popia basah
Sengkuang di sagat halus
Carrot di sagat halus
Kubis di hiris halus
Timun dihiris halus (jgn guna bhgn biji)
Kacang goreng yg d tumbuk halus
Bawang goreng
Bahan2 sos popia
3 ulas bwg putih di rincik halus
15 tangkai cili kering di blend
1 cawan gula pasir
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap masin
3 sudu kismis hitam d rendam & blend
1 cawan air
2 sudu besar tepung jagung
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis
Cara2-panaskan minyak, masukkn bwg putih. Agak kekuningan masukkn cili blend. Cili dh pecah minyak, masukkan gula. Gula dh cair sebati, masukkn kismis yg d blend. Kemudian sos tiram, kicap masin dan garam. Dah mendidih, masukkan air dan tepung jagung. Kacau hingga kuah agak pekat. Klau cair nnt popia cpt kembang.
Lokasi, Batu Caves , KL
Selamat mencuba!