Diaplikasi Tik Tok, seorang ibu menarik perhatian ramai kerana menggunakan kaedah luar biasa dalam mendidik anaknya.
Menurut Syuhada Zahri, dia bertindak menyerahkan anak lelakinya ke balai polis gara-gara gagal menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan oleh guru setiap hari.
Tidak tahu cara bagaimana lagi dalam memujuk anaknya menyiapkan tugasan sekolah, dia akhirnya mendapatkan kerjasama dengan pihak polis.
“Kita simpan kenangan.
“Al kisah semalam, cikgu whatsapp tak siap kerja sekolah. Bila tanya kat rumah, jawapan dia, mesti dah siap kat sekolah. Pastu takda kerja sekolah.
Malas nak bising-bising dah. Umur makin meningkat ni. Mama serah je kat polis,” ujarnya.
Tambah hebat lagi bila mana perancangan itu mendapat kerjasama yang baik dari pihak polis.
“Elok lak polis bagi kerjasama padu. Yang datang bawa gari tu tak menahan. Yang dah tunjuk lokap tu lagi huru-hara Syauqi. Yang standby kereta polis tu merealisasikan hajat mama nak bentukkan Syauqi anak comel ni.
“Alhamdulillah semalam seharian tak pegang dah hp. Kerja sekolah dah siap. Semoga kekal la hendaklah,” tambahnya lagi.
Perkongsian itu menerima lebih 1.9 juta tontonan malah meraih pujian ramai.
Sumber: TikTok syuhadazahri_911
Johor Jadi Negeri Pertama Tawar Gaji Premium Bermula RM4,000 & RM5,000 – TMJ
Berita gembira buat warga Johor. Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, Johor akan menjadi negeri pertama yang menawarkan gaji premium bermula RM4,000 dan RM5,000 kepada pekerja berkemahiran tinggi.
Menurut laman rasmi, theroyaljohor , tawaran itu dilakukan menerusi penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JDTC) yang dilancarkan pada 3 November lalu.
Dalam pada itu, baginda bertitah, kerajaan negeri menerusi Johor Plantations Group Berhad (JPG) berjaya memeterai kerjasama dengan syarikat Jepun, Fuji Oil Asia Pte Ltd untuk membina kilang penapisan minyak sawit serta lemak khusus di negeri ini.
“Kerjasama ini membabitkan nilai pembangunan awal berjumlah RM500 juta. Kerajaan Negeri Johor turut bertemu dengan 83 syarikat terkemuka di Korea Selatan untuk mempromosikan inisiatif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan bakal membawa pelaburan strategik bernilai kira-kira AS$190 juta ke negeri ini,” titah baginda.
Titah baginda lagi, projek-projek berkenaan dijangka akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk Bangsa Johor dalam beberapa tahun akan datang.
Dalam kenyataan di laman rasmi berkenaan, baginda memberitahu bahawa dalam masa terdekat Istana Besar Johor dan Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan akan dinaik taraf sebelum dibuka kepada umum.
Terdahulu, pengumuman itu telah dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilaporkan berkata, hasrat Johor itu akan dicapai dengan penubuhan JTDC.
Sumber: theroyaljohor
Isteri Dominan Punca Tak Sehaluan Rumah Tangga – Aktivis Mona Din
Kemelut rumah tangga kahwin cerai biasanyaa setelah kes curang. Namun ada juga disebabkan faktor lain penceraian itu berlaku antaranya tiada pemberian nafkah dan persefahaman.
Menjalani kehidupan berumahtangga memang bukan perkara yang mudah. Ia menjadi lebih mencabar apabila pasangan memiliki personaliti yang bertentangan, di mana seorang bersifat dominan, manakala yang satu lagi lebih lembut dan berkompromi.
Menarik perkongsian aktivis Mona Din di laman Facebook miliknya, di mana beliau membincangkan isu perceraian secara umum yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat.
“Menjadi Isteri Yang Berkuasa?
“Alam rumahtangga itu sesungguhnya tidak mudah. Tambah sukar, apabila pasangan sangat berlainan karekter, sorang dominan dan sorang lagi pelembut.
Menambah ribut, jika yang dominan itu wanita atau isteri, dan yang serba cool dan calm itu lelaki, si suami.”
“Wanita seperti ini, berpersonaliti keras, selalunya juga sangat kuat bekerja, tegas, bersuara lantang, lasak dan sering mempunyai misi dan visi yang jelas dalam hidup.
Mereka ini golongan kaum hawa yang sering set the target, and always work hard to make things happen.”
“To the opposite, suami terkadang lebih santai, lebih slow, tidak suka gopoh-gopoh, tidak mahu kecoh-kecoh, lebih rela menerima keadaan seadanya, lebih prefer yang tenang dari serabut, yang terkadang kelihatan seperti tidak work hard enough to change / achieve something.”
ISTERI ANGGAP TULANG BELAKANG KELUARGA HINGGA LUAH UNGKAPAN AIBKAN SUAMI
Beliau juga dikenali sebagai seorang aktivis yang memperjuangkan nasib remaja Sindrom Down dikenali Bella, turut memberi nasihat bahawa kemelut rumah tangga berlaku apabila isteri beranggapan menjadi tulang belakang kejayaan keluarga.
Sering terjadi, apabila target dicapai,
sang isteri seronok mendabik dada, merasakan beliau lah menjadi tunggak jaya, beliau lah yang bekerja kuat, beliaulah yang make things happened, beliau lah yang banyak menafkahi keluarga, kerana mostly wang yang di curah di dalam keluarga, banyaknya dari keringat dia.
Maka keluarlah ungkapanungkapan sebegini, baju-baju raya saya yang beli, kuih-kuih raya saya yang order, ganti langsir dan carpet setiap tahun saya yang buat, juadah ketupat rendang untuk keluarga awak pun saya yang tempah, kalau harap awak, kita masih tinggal di rumah pangsa.
Maka sangat pentinglah peranan sang isteri, berbanding dengan si suami yang sepertinya dianggap tidak functioning.
Mengukur betapa tidak bergunanya sang suami, mungkin akan terbit kata-kata ini, hatta kueh raya pun awak tidak membeli!
SUAMI ANGGAP ISTERI CUKUP SEMPURNA TETAPI AKHIRNYA ‘MAKAN DIRI’
Kata Mona lagi, kemampuan isteri untuk melakukan semua perkara membuatkan suami menggunakan pendekatan menuruti sahaja tanpa halangan.
Ya, si isteri melakukan itu semua kerana dia rasa dia mampu, dia lebih banyak duit, dia yang layak membeli dan memberi. Maka dia yang memilih dan menentukan, berapa banyaknya baju2 raya, kueh2, duit raya segala. Si suami pula, merasakan isteri sudah cukup sempurna melaksana, beliau memilih untuk hanya menurut sahaja. Senangkan isteri, katanya.
Dan kala si-isteri ‘bertugas’ sebagai ketua, menentukan segala, si suami merelakan, membenarkn isteri berkuasa, sebagai tanda support, bangga dengan keupayaan seorang wanita.
Terkadang, tanpa suami sedar, kerelaan dan support itu, satu hari nanti mungkin menjadi senjata yang bakal menoreh berdarah akan dirinya.
Kerana suami mungkin tidak menyangka, bahawa isteri boleh terlupa, atau tidak perasan, kala isteri sebok bertugas di luar, si suami lah yang sedang sebok berkhidmat di rumah, melayani anak-anak, menemani mengulangkaji dan mendodoi mereka tidur, mengisi kelopongan tugasan yang ditinggalkn oleh seorang ibu.
Mungkin juga si isteri tidak teringat, kejayaannya ke hulu ke hilir mengejar dunia, adalah atas izin seorang suami, yang merelakan dirinya terlihat kurang gagah, dek mahu si isteri mengecap jaya.
Sehingga mungkin si suami membuat khilaf, tidak menghulur perbelanjaan keluarga seperti selayaknya, mungkin kerana menganggap, tak apalah, isteri saya sudah memberi, kerana wang dia, adalah juga wang saya, kerana kami bekerja bersama…
Tambah sulit, apabila bertelingkah, si suami lebih memilih untuk berdiam diri, dan si isteri merasa si suami kurang bersungguh memujuk rayu dalam berusaha memulihkan kembali, sedang suami pula sebenarnya kalah dalam mencari arah, akibat sikap isteri yang sukar ditembusi.
SUAMI MEMILIH BERSIKAP TENANG
Dalam pada itu, Mona juga memberi peringatan bahawa sikap lelaki yang memilih untuk tenang dan berdiam diri sebenarnya menjadi ‘barah’ buat wanita itu.
Dan being lelaki yang suka memilih tenang. Beliau mungkin merasakan, kita diam saja dulu, time will heal all wounds. Juga being a man, para lelaki yang sering di anggap kurang sensitif, mungkin tidak sedar yang berdiam diri membiarkan masa merawat luka itu sangat menyakitkan buat si isteri, sering menjadi kudis yang boleh merebak sehingga bernanah.
Maka dari sini-lah, small things boleh trigger menjadi benda besar, terkadang menjadi gunung berapi yang tiba-tiba meletus.
Salah siapa? Wallahualam.
BELAJAR MENGHARGAI, DUA INSAN TIDAK PERNAH SEMPURNA
Katanya lagi, menjalani kehidupan berumahtangga sememangnya bukan satu perkara yang mudah. Jadi belajar untuk menghargai dengan pasangang yang tidak pernah sempurna.
Saya sendiri melalui pengalaman melayari hidup berumahtangga dalam suasana pasangan yang mempunyai karektar berbeza ini. Saya dengan sifat strong character.
Mr hubby pula, cukup sekadar memandang wajahnya, semua orang akan berkata, dia seorang lelaki yang baik!
Memang benar. Saya akui hakikat itu. Dan berlaku jujur dengan diri sendiri ; mengakui suami kita memang seorang lelaki yang baik, sebab memang terbukti beliau benar2 baik, kita sebagai isteri bersaksi sepanjang perkahwinan, tidak pernah kita di caci-maki, tidak pernah kita di sentuh di pukul hatta hujung jari sekalipun, tidak pernah dia berskandal hingga membawa kepada hubungan gelap dan zina, tidak pernah berjudi, tidak pernah melupakan tanggungjawabnya menafkahi keluarga (walau mungkin tidak sebanyak wang kita) maka semua itu, itu lah yang menjadi benteng untuk kita berpaut kepadanya.
Berpaut lah.
Berpaut lah di dalam sebuah rumahtangga yang pasti tidak akan pernah sempurna.
TIDAK PERNAH.
Pilihlah untuk terus teguh mencinta,
walaupun ada ketika, kita mungkin merasa benci akan dirinya.
Selalu ingat, ada perkara kita tidak berpuas hati tentang dirinya, dan sudah tentu, ada perkara tentang diri kita, yang juga sangat tidak disukainya.
Namun mereka para suami memilih untuk berdiam diri, menerima, bukan kerana mereka suka, tetapi kerana mereka redha, sesungguhnya takdir itu yang telah meletakkan kita ini, jodoh mereka.
Lalu mari kita para isteri, belajar menghargai. Kita harus akur, perkahwinan yang sempurna itu, adalah tentang dua insan yang tidak pernah sempurna, yang perlu berusaha menerima kekurangan each other, dan tidak mudah menyerah kalah.
Kerana sesungguhnya, perkahwinan itu adalah sebuah ikatan, yang memerlukan kerja keras untuk menjayakan, selalu memerlukan pengorbanan.
Berkorban lah, selagi mana suami kita itu,
masih menjadi seorang lelaki yang baik.
Dia mungkin tidak segagah kita,
namun di dalam kelembutannya,
itulah tempat paling indah buat kita seorang isteri.
Tulisan ini buat diri saya sendiri, mengambil iktibar dari kejadian insan-insan lain, sebagai pedoman. Buat Mr Hubby, terimakasih sentiasa teguh berdiri di sisi saya, dalam segala keadaan.
Terimakasih sering bersabar dengan saya, isteri strong character yang sentiasa mahu menang setiap kali kita bersengketa.
Terimakasih sentiasa memberi peluang, again and again, untuk kita sama2 memperbaiki apa jua yang kurang sempurna.
Terimakasih masih kekal mencintai saya, despite all weaknesses i have.
Terimakasih Ya Allah, sering mengingatkan saya untuk terus bersyukur, walau ada keadaan saya hampir lupa diri, kerana saya juga adalah seorang wanita yang lebih sering mengikut perasaan & emosi berbanding akal.
Teruskan Ya Allah, berikan saya kemampuan berfikir, bahawa di dalam hidup berumahtangga ini, bukan sahaja tentang kita suami-isteri,
tetapi ada hak hati dan perasaan anak-anak, yang perlu kita fikirkan, kita jagai.
Jangan kerana perkara yang boleh kita atasi, kita memilih untuk mengikut hati,
akibatnya ia menjadi tragedi sedih di dalam kehidupan anakcucu, yang mungkin menghantui mereka sepanjang hayat.
Kita ini, ibubapa, adalah sandaran untuk anak-anak, menantu-menantu, cucu cicit kita. Marilah kita berusaha menjadi contoh yang baik. Walau kita insan biasa yang tidak pernah sempurna, sentiasalah cuba berbuat sesuatu yang baik, buat lah dengan baik, demi untuk mendapat hasil yang terbaik. Semoga segala yang baik2 sahaja menjadi landasan hidup kita, dalam mencari redha Allah, agar Dia sudi memberi yang terbaik dalam hidup kita semua, dunia dan akhirat Amiin
Sumber: FB Mona Din
Baru Masuk ‘Start’ Semester, 3 Pelajar Maut Di Rempuh Hadapan Kampus UiTM Dungun
Khabar duka, tiga pelajar pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dungun maut dirempuh sebuah SUV pemandu wanita dipercayai tidak siuman.
Kejadian yang berlaku jam 7.35 malam tadi di hadapan kampus berkenaan mengundang sebak dikalangan warga maya.
Memetik laporan Sinar Harian, Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Wan Rukman Wan Hassan berkata, pihak polis menerima laporan kemalangan jam 7.35 malam di hadapan kampus berkenaan di Kampung Sura Hujung, Dungun pada Rabu.
Menurutnya, kemalangan tersebut melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV dan dua buah motosikal Yamaha jenis Yamaha Y15ZR dan Yamaha 135 LC.
Katanya, mangsa yang m@ut ialah pelajar tahun 2 UiTM Dungun (Sarjana Muda Sains Pengurusan Perkhidmatan Makanan), Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, yang beralamat di Ayer Hitam, Muar Johor.
Beliau memberitahu, dua lagi mangsa masing-masing pelajar tahun 2 jurusan Sarjana Muda Sains Perakaunan iaitu Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20 berasal dari Sungai Buloh, Selangor dan Khairil Anwar Jamaludin, 20 dari Ampang, Selangor.
“Kesemua mangsa mengalami kecederaan par@h iaitu patah tulang leher, cedera di kepala dan dada sert disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya di sini pada Rabu.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kesemua mangsa dari arah yang sama iaitu dari Kuala Dungun menghala ke Pantai Teluk Gadung.
“Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba SUV tersebut telah merempuh bahagian belakang dua motosikal yang berada di laluan sama.
“Kesemua mangsa mengalami kecederaan par@h disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.
“Seorang mangsa yang par@h iaitu pelajar tahun 2 Sarjana Muda Sains Perakaunan, Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan dari Taman Seri Keramat, Kuala Lumpur dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Menurut Rukiman, suspek wanita berusia 49 tahun itu telah ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sumber: Sinar Harian & Video/gambar media sosial