Kisah ini cukup menyentuh hati, bagaimana kegigihan seorang ibu demi anak syurganya. Itulah yang boleh diungkapkan kepada puan Noordianah Alwi. Dalam satu perkongsiannya di laman facebook, ibu ini berkongsi cerita terpaksa menulis surat kepada jiran-jirannya bagi menerangkan situasi anak syurganya itu.
Kisah Iman 2 Okt 2020
Selesai solat zuhur, umi dikejutkan dengan panggilan abah dari luar rumah, terkejut isu apa hingga abah diiringi 4 anggota polis masuk ke kwsn rumah.
Azan Iman, diadukan lagi kepada pihak PDRM. Dimaklumkan iman berbuat bising lagi, umi agak terkejut sebab sejak jam 11. 50 umi sampai rumah tak dengar pun iman guna mic. Mic da lama tak guna sejak kes DBKK dtg rmh hari tu.Anak umi azan manual saja.
Umi ajak iman keluar dari toilet, yakinkan dia untuk berhadapan dengan situasi yang ada. Pegawai polis menghulurkan tangan untuk bersalaman, iman elak tak bole salam, sekarangkan musim covid.
Pegawai PDRM berkenaan nasihatkan iman, iman dengar dengan jawapan.. Oh……………… Tapi iman mau azan. Berderai ketawa kami semua, cakap la 1000 kali pun jawapannya dia mau azan juga.
Sebagaimana saranan pihak PDRM, jika puan telah tulis surat mereka tetap komplen juga, pihak PDRM telah maklum dan tak akan melayan aduan mereka.
Jika iman dikatakan berbuat bising dengan azan manual yang hanya berdurasi kadang tak sampai 2 minit adalah tidak munasabah.
Umi check balik dengan pembantu rumah, rupanya sebelum umi sampai iman ada linkkan hpnnya dengan speaker untuk alunan Al Quran sebelum masuk waktu. Pembantu rumah tak boleh larang sebab iman mengamuk jika dilarang.
Umi abah akan berjuang untuk fahamkan orang lain mengenai iman. Pelbagai reaksi jiran yang bukan Islam umi hadapi petang tadi. Syukur Alhamdulillah nampak mereka positif.. Saya mohon iman diberi masa untuk mengerti dan mereka juga harus mengerti keadaan anak2 kami.
Anak umi yang melihat disaat akhir 3 buah kereta peronda PDRM berada dihadapan rumah tetap berbisik pada umi, Iman tetap mahu jadi pendakwah agar mereka masuk Islam.
Hati umi kuat dengan semangat Iman, ditambah pula dengan semangat pegawai polis yang terakhir turun dari kenderaan peronda ke 3, bila dikisahkan tentang iman dan dia juga orang Tawau, mengenali pakcik Ali, Taukeh Ikan di Tawau katanya, sangat berbudi bahasa, sempat cakap bugis dengan umi, kakak jangan risau tak apa kami fahami keadaan yang berlaku.
Dasyat juga si pelapor ni, katanya lapor ke PDRM KL, itu yang sampai 3 kereta turun untuk tengok keadaan sebenar. Macam la ramai jemaah dalam rumah ni solat, sejadah iman sentiasa susun untuk 40 orang, tapi iman seorang saja yang solat jumaat..
Semoga umi abah panjang umur, dapat membantu mengertikan segala perkara buat iman dan nina, walau pun adakalanya lambat dan agak sukar.. Umi yakin Allah maha kaya dan sangat mengasihi hamba-hambaNya.
Kasih abah umi tiada noktahnya.
#autismawareness