Kisah ini cukup menyentuh hati, bagaimana kegigihan seorang ibu demi anak syurganya. Itulah yang boleh diungkapkan kepada puan Noordianah Alwi. Dalam satu perkongsiannya di laman facebook, ibu ini berkongsi cerita terpaksa menulis surat kepada jiran-jirannya bagi menerangkan situasi anak syurganya itu.
Kisah Iman 2 Okt 2020 Selesai solat zuhur, umi dikejutkan dengan panggilan abah dari luar rumah, terkejut isu apa hingga abah diiringi 4 anggota polis masuk ke kwsn rumah.
Azan Iman, diadukan lagi kepada pihak PDRM. Dimaklumkan iman berbuat bising lagi, umi agak terkejut sebab sejak jam 11. 50 umi sampai rumah tak dengar pun iman guna mic. Mic da lama tak guna sejak kes DBKK dtg rmh hari tu.Anak umi azan manual saja. Panjang umi abah terangkan pada pihak polis dan mereka memahami keadaan iman, umi ambil kesempatan bagi pihak polis nasihat iman. Dia yang takut lari bersembunyi di tandas.
Ads
Umi ajak iman keluar dari toilet, yakinkan dia untuk berhadapan dengan situasi yang ada. Pegawai polis menghulurkan tangan untuk bersalaman, iman elak tak bole salam, sekarangkan musim covid. Pegawai PDRM berkenaan nasihatkan iman, iman dengar dengan jawapan.. Oh……………… Tapi iman mau azan. Berderai ketawa kami semua, cakap la 1000 kali pun jawapannya dia mau azan juga. Apapun umi ambil keputusan untuk menulis surat kepada jiran tetangga menceritakan keadaan iman. Petang tadi umi bawa iman hantar surat ke rumah jiran ada yang dapat kami temui dan terangkan tentang iman ada yang kami dapat masukan dalam box surat masing-masing.
Ads
Sebagaimana saranan pihak PDRM, jika puan telah tulis surat mereka tetap komplen juga, pihak PDRM telah maklum dan tak akan melayan aduan mereka. Jika iman dikatakan berbuat bising dengan azan manual yang hanya berdurasi kadang tak sampai 2 minit adalah tidak munasabah.
Umi check balik dengan pembantu rumah, rupanya sebelum umi sampai iman ada linkkan hpnnya dengan speaker untuk alunan Al Quran sebelum masuk waktu. Pembantu rumah tak boleh larang sebab iman mengamuk jika dilarang. Umi abah akan berjuang untuk fahamkan orang lain mengenai iman. Pelbagai reaksi jiran yang bukan Islam umi hadapi petang tadi. Syukur Alhamdulillah nampak mereka positif.. Saya mohon iman diberi masa untuk mengerti dan mereka juga harus mengerti keadaan anak2 kami.
Ads
Anak umi yang melihat disaat akhir 3 buah kereta peronda PDRM berada dihadapan rumah tetap berbisik pada umi, Iman tetap mahu jadi pendakwah agar mereka masuk Islam. Hati umi kuat dengan semangat Iman, ditambah pula dengan semangat pegawai polis yang terakhir turun dari kenderaan peronda ke 3, bila dikisahkan tentang iman dan dia juga orang Tawau, mengenali pakcik Ali, Taukeh Ikan di Tawau katanya, sangat berbudi bahasa, sempat cakap bugis dengan umi, kakak jangan risau tak apa kami fahami keadaan yang berlaku.
Dasyat juga si pelapor ni, katanya lapor ke PDRM KL, itu yang sampai 3 kereta turun untuk tengok keadaan sebenar. Macam la ramai jemaah dalam rumah ni solat, sejadah iman sentiasa susun untuk 40 orang, tapi iman seorang saja yang solat jumaat.. Kecurigaan lagi tinggi sebab iman set rumah dalam google sebagai masjid, sudah beberapa kali dipadam, pandai juga dia ubah balik. Alahai anak umi.. apa pun situasi ini memberi umi ilmu dan pengalaman dalam membantu anak-anak umi terus berjaya dalam hidup.
Semoga umi abah panjang umur, dapat membantu mengertikan segala perkara buat iman dan nina, walau pun adakalanya lambat dan agak sukar.. Umi yakin Allah maha kaya dan sangat mengasihi hamba-hambaNya. Kasih abah umi tiada noktahnya. #autismawareness
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kalau perasan orang Siam muka mereka semuanya cantik dan paling penting kulit licin dan gebu. Jerawat? Memang tak pernah ada.Orang kata amalan mereka makan pulut sejak kecil dan inilah rahsianya. Ya, itu hakikatnya. Pulut Ayam yang jadi makanan popular mereka adalah menu ruji saban hari. Makan pulut macam makan nasi agaknya dan inilah rahsia kulit cantik mereka.
Jika tak mampu nak amalkan makan pulut setiap hari, apa kata kita amalkan petua buat masker daripada beras pulut yang dikongsikan Siti Zainab di facebooknya! Jom tengok apa bahan-bahannya.
Masker Putih Gebu
Bahan-Bahan:
4 sudu besar beras pulut
2 sudu besar Rose Bud
1 sudu besar susu tepung
Sedikit air mawar -Facemist Bunga Kampung Suzy Honey
Kisar kering semua satu persatu. Kisar sampai jadi halus.
Kemudian bancuh ketiga-tiga bahan ini ikut keperluan yang anda nak guna.
Kemudian baru titikkan air mawar mengikut tahap kepekatan. Paling penting senang nak sapu pada muka nanti.
Sapu pada seluruh wajah dan boleh juga digunakan pada seluruh badan.
Biarkan kering, sekurang-kurangnya 30 minit.
Sebelum bilas dengan air bersih, basahkan masker dan lulurkan dahulu sebentar.
Sental kulit muka dengan perlahan-lahan.
Basuhlah kulit muka dengan air suam hingga bersih.
Kelebihan Masker Rose & Beras Pulut
Setelah dah cuba baru anda akan tahu hasilnya. Gabungan beras pulut dan rose bud ini buat muka jadi lebih cerah dan gebu. Malah ia juga boleh menghilangkan parut-parut jerawat serta menghaluskan lagi kulit anda. Jadi rugi kalau tak cuba!
Rose bud mengandungi dua kali Vitamin C berbanding buah oren. Susu tepung pula bagi kesan cerah dan lembap. Lakukan rawatan ini dua tiga kali seminggu untuk hasil superb glow dan cerah gebu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hakikatnya dengan bercucuk tanam juga mampu memberi pulangan yang lumayan.
Melalui perkongsian daripada seorang ayah dan juga merupakan pengusaha projek tanaman rock melon, mendapati bahawa dengan menanam rock melon pulangannya lebih hebat daripada melabur duit di ASB.
Bagaimana dia menghasilkannya jom kita baca perkongsian penuh daripadanya.
Dari melabur ASB baik tanam Rock Melon
Tanaman rock melon sebenarnya berpotensi besar. Saya ada tanam sikit-sikit belakang rumah secara fertigasi. Hasil kali ni dengan hanya 1500 polybeg boleh menghasilkan lebih 3 ton.
Kenapa tanam rock melon boleh jana duit ?
1. Buah Rock Melon dijual Mahal di pasar raya atau di kedai buah. Ada hingga mencecah RM25 sebiji. Rasanya rangup, manis dan sedap. Makan sekali pasti teringin lagi. Rock Malon bukan tembikai susu. Kalau makan mesti nak lagi.
2. Rock Melon susan nak jumpa. Tak banyak petani yang tanam rock melon kerana ianya sedikit taknikal sebagai contohnya ada proses pencantuman bunga jantan dan bunga betina untuk menghasilkan buah, pencantasan dan lain-lain.
3. Sebenarnya rock melon cepat mendatangkan hasil. Jika menggunakan sistem fertigasi ianya mengambil masa 60 Hari untuk dituai.
4. Ada sifir rock melon. Satu polybeg boleh ditanam satu pokok untuk menghasilkan 1 biji buah. Secara purata kita target harga pasaran boleh kita jual RM5 sekilo. Sebiji puratanya 2 KG.
– tanah berkeluasan 40 x 60 kaki persegi must untuk tanaman 1000 pokok. Jika se ekar boleh ditanam 5000 polybeg atau lebih.
– Jika sebiji secara puratanya dijual dengan harga RM 10, jika 3000 polybeg anda boleh menjana RM30,000 secara kasar. Jika separuh dari itupun ianya sudah cukup bersyukur kerana ianya hanya mengambil masa 2 bulan.
5. Usaha tangga kejayaan. Saya tidak mahu anda berangan-angan atau membawang. Hanya bercerita negatif tetapi tidak bertindak. ianya hanyalah panduan ringkas. Tentunya untuk merealisaikannya ianya perlu modal dan bersungguh-sungguh.
6. Bukanlah banyak boleh dapat tapi usaha, kepercayaan pada diri itu adalah azimat untuk berjaya.
sumber : Baharuddin Mohamed
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ujian sebagai manusia ini berbagai-bagai, ada ujian keluarga, hubungan, kewangan, kerjaya atau kesihatan. Jesteru itu, hidup kita perlukan kekuatan untuk melalui dugaan hidup, dan senjata paling ampuh adalah dengan berdoa kepadaNya.
Eina menerusi Instagram memohon orang ramai agar mendoakan kesihatan dan kesejahteraan suaminya kembali seperti sedia kala. “Saya mohon semua mendoakan kesihatan dan kesejahteraan suami saya, Kaiser Gurmeet Abdullah kembali seperti sedia kala. Doakan suami saya yang kini berada di hospital agar kuat untuk melawan virus COVID-19. Sebab oxygen suami saya semakin menurun hingga perlu pakai bantuan oxygen.” tulisnya.
Semakin Menurun
Paras oksigen suami pelakon, Datin Eina Azman iaitu Datuk Kaiser Gurmeet Abdullah yang positif Covid-19 mengalami penurunan sehingga terpaksa menggunakan bantuan pernafasan.
Bagaimanapun, dua anak kembarnya, Arianna Aubrey dan Karl Kareef negatif virus itu. Pasangan suami isteri itu turut meraikan ulang tahun ketujuh perkahwinan mereka dalam keadaan positif Covid-19, semalam.
Terdahulu dimaklumkan, Eina dan suami dan dua pembantu rumah mereka disahkan positif Covid-19.
“Hari ini (semalam) adalah ulang tahun perkahwinan kami tapi begini pula jadinya. Ya Allah memang hilang kata-kata. Apapun saya percaya ini semua ketentuan Allah dan kami terima dengan hati yang terbuka. Saya minta tolong semua doakan untuk kami sekeluarga bersama pembantu rumah,” katanya.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...