Lihat orang menanam pokok bunga di pasu hidup subur dan cantik berbunga, kita pun teringin juga untuk menghias laman dengan tanaman.

Pun begitu, bimbang juga jika tidak punya banyak masa untuk menjaga tanaman tersebut, habis mati pula jadinya tak bersiram.

Jadi apa kata, buat yang baru berjinak-jinak nak menanam pokok bunga dalam pasu, pilih pokok yang mudah penjagaannya dan dalam masa yang sama cantik dipandang.

Pokok apakah itu?

Mungkin perkongsian  daripada Alhanee ini boleh dijadikan panduan. Jom baca.

MY KESAYANGAN

Ads

Ini antara pokok-pokok yang paling mama suka. Kenapa mama suka sangat pokok-pokok ini, sebab senang sangat menjaganya. Walaupun kurang penjagaan tapi tetap cantik. Cuma kalau kurang sangat air, pokok akan hilang warna hijau dan jadi mengecut.

Mama bukan pakar untuk bercakap bab-bab pokok, tetapi kalau mama suka satu satu pokok, mama cuba cari sampai dapat. Satu pokok lagi mama belum jumpa, namanya Monstera. Kalau salah ejaan tolong betulkan.

Pokok Ni Kalau Tanam Dalam Pasu Senang Sangat Nak Jaga. Sesuai Untuk Beginner Nak Cuba Tanam!

Nombor 1 kawan mama cakap nama dia dalam Bahasa Inggeris Birdnest Fern, dalam Bahasa Melayu Pakis Burung. Inilah pokok yang mama paling sayang. Mama letak pasu cantik untuk pokok pakis itu. Mama beli dengan seorang makcik yang jual pokok bunga dan pasu dalam halaman tepi rumah dia. Banyak pokok yang dia jual mama suka sebab banyak pokok bunga yang jenis lama lama. Tanah baja pun dia jual jugak.

Ads

Pokok Ni Kalau Tanam Dalam Pasu Senang Sangat Nak Jaga. Sesuai Untuk Beginner Nak Cuba Tanam!

Nombor 2 Pokok Sirih Gading, dalam Bahasa Inggeris Devil’s Ivy. Mama cari dalam PakcikGoogle. Pokok ini banyak mama letak dalam rumah. Sebab comel sangat dan ‘simple, letak dalam pasu cantik sikit siap. Siram pun tidak susah dan beria-ria sangat. Selang beberapa hari pun boleh. Tidak perlu kerap sangat.

Pokok Ni Kalau Tanam Dalam Pasu Senang Sangat Nak Jaga. Sesuai Untuk Beginner Nak Cuba Tanam!

Ads

Nombor 3 Pokok Pakis juga. Tapi belum pasti nama apa. Mama terpandang masa cari pasu hari itu. Tiba tiba nampak sepasu pokok cantik tergantung.Tetapi entah kenapa, sekarang daun pakis jarang berdaun lebat. Kurang kasih sayang agaknya. Siapa boleh bantu mama macam mana boleh banyakkan daun pokok itu. Boleh mesej mama.

Pokok Ni Kalau Tanam Dalam Pasu Senang Sangat Nak Jaga. Sesuai Untuk Beginner Nak Cuba Tanam!

Nombor 4 nama pokok ini Spider Plant. Mama pun suka sangat pokok ini. Sebab yang sama, senang jaga, daun cantik berjuntai-juntai. Warna daun pun cantik. Yang ini mama tanam banyak dalam pasu. Dalam rumah pun mama ada letak buat hiasan.

Cerita serba sedikit pasal kesayangan mama. Petang-petang mama suka belek belek pokok-pokok mama ini. Hati pun jadi sejuk dan tenang. Kalau ada kawan kawan mama ada tanam pokok-pokok pelik atau kongsi petua dengan mama, silakan. Mama suka sangat. Sebab mama sekarang belajar cara bagaimana membaja pokok, sebab belum pandai pilih baja macam mana.

sumber : Alhanee Alias

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI