Mencari cara untuk mastikan pokok mulberry yang ditanam di laman rumah agar tidak meninggi dan rendang berbuah, ada trik yang perlu dilakukan.
Ini dikongsikan oleh Puan Siti Saja, dan bolehlah dipraktikkan bagi anda yang ada menanam pokok mulberry. Jom semak.
Lagi… lagi… mulbery. Jangan pernah jemu dengan post mengenai mulbery ya. Kali ini akak nak bagi tips jika tanam mulbery di atas tanah.
Untuk pengetahuan pokok mulbery akak ni baru berusia 4 tahun. Pangkal batang pun baru sebesar tangan akak ni.
Begini caranya.
Mula-mula tanamkan tiang-tiang kayu di sekeliling pokok. Akak tanam 10 batang tiang kayu. Ukuran garis pusat bulatan tiang yang dah ditanam lebih kurang 10 kaki.
Kaedah ini memerlukan ruang yang agak luas untuk membentuk kanopi pokok supaya cantik bulatnya.
Kemudian lenturkan dahan-dahan yang agak besar dan panjang… ikat pada tiang. Ketinggian boleh dilaraskan mengikut keselesaan. Akak ikat dalam kedudukan lebih kurang 4 kaki tinggi dari tanah.
Seterusnya dahan-dahan yang lebih kecil selit-selit dan anyam sesama sendiri. Ikat pada dahan utama jika perlu.
Setelah selesai kita akan dapat kanopi pokok berbentuk bulat dan tidaklah terlalu tinggi… masih di dalam jangkauan tangan.
Ketinggian itu perlu ya supaya kita tak memanjat tangga untuk proses meluruhkan dedaun atau ketika memetik buah kelak. Kanopi pokok akak berketinggian antara 4 ke 6 kaki.
Akhir sekali bolehlah lakukan proses mencantas pucuk dan meluruhkan daun seperti dalam post akak yang terdahulu.
Semoga memberi manafaat pada semua.
sumber : Siti Saja via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri