Mencari cara untuk mastikan pokok mulberry yang ditanam di laman rumah agar tidak meninggi dan rendang berbuah, ada trik yang perlu dilakukan.
Ini dikongsikan oleh Puan Siti Saja, dan bolehlah dipraktikkan bagi anda yang ada menanam pokok mulberry. Jom semak.
Lagi… lagi… mulbery. Jangan pernah jemu dengan post mengenai mulbery ya. Kali ini akak nak bagi tips jika tanam mulbery di atas tanah.
Untuk pengetahuan pokok mulbery akak ni baru berusia 4 tahun. Pangkal batang pun baru sebesar tangan akak ni.
Begini caranya.
Mula-mula tanamkan tiang-tiang kayu di sekeliling pokok. Akak tanam 10 batang tiang kayu. Ukuran garis pusat bulatan tiang yang dah ditanam lebih kurang 10 kaki.
Kaedah ini memerlukan ruang yang agak luas untuk membentuk kanopi pokok supaya cantik bulatnya.
Kemudian lenturkan dahan-dahan yang agak besar dan panjang… ikat pada tiang. Ketinggian boleh dilaraskan mengikut keselesaan. Akak ikat dalam kedudukan lebih kurang 4 kaki tinggi dari tanah.
Seterusnya dahan-dahan yang lebih kecil selit-selit dan anyam sesama sendiri. Ikat pada dahan utama jika perlu.
Setelah selesai kita akan dapat kanopi pokok berbentuk bulat dan tidaklah terlalu tinggi… masih di dalam jangkauan tangan.
Ketinggian itu perlu ya supaya kita tak memanjat tangga untuk proses meluruhkan dedaun atau ketika memetik buah kelak. Kanopi pokok akak berketinggian antara 4 ke 6 kaki.
Akhir sekali bolehlah lakukan proses mencantas pucuk dan meluruhkan daun seperti dalam post akak yang terdahulu.
Semoga memberi manafaat pada semua.
sumber : Siti Saja via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Tanam Durian Sebagai Kerjaya. Pakcik Ni Dedah Sebulan Bersih Boleh Dapat RM10K Kalau Ada 100 Pokok!
Slogan pertanian adalah perniagaan, merupakan slogan yang sering kita dengar dan ramai telah membuktikannya. Malalui aktiviti bercucuk tanam telah memberi peluang perniagaan yang menguntungkan hingga mampu melebihi keperluan sara hidup untuk seisi keluarga.
Bahkan bila dicongak-congak pendapatan bulanan seorang petani boleh setanding malah melebihi jumlahnya daripada seseorang yang makan gaji.
Ini sebagaimana yang didedahkan oleh Ribwan Ayob, berkongsi pengalaman sendiri dan apa yang dirasakan dengan 20 tahun dalam perniagaan, sebagai bandingan.
Ini perkongsiannya.
Tanam Tanam durian sebagai kerjaya lepasan universiti. 2 ekar tanah sahaja boleh tanam 100 pokok. Selepas 5 tahun dah mula berbuah.
+ sepokok boleh hasilkan minima rm 2k
+ 100 pokok = rm 200k
+ purata sebulan = rm 16k
+ maksima kos pekerja, racun, baja = rm 6k
Bersih sebulan rm 10k = jawatan apa yang boleh beri gaji 10k?
Usia 10 tahun = hasil rm 5k/pokok
Usia 15 tahun = hasil rm 10k/pokok
dan seterusnya…
Boleh cuba pada tanah orang tua di kampung atau sewa saja tanah sebagai percubaan. Jika beli tanah pun bagus sebab hartanah tak akan turun harga, boleh jual semula.
Tanam durian lebih mudah dan sangat jimat kos berbanding niaga biasa. Baik dari segi wang mahu pun karenah sakit kepala.
Sebelum pokok durian matang…. boleh usahakan tanah antara ruang pokok durian sebagai hasil jangka pendek tampung kos bulanan.
1. semai dan jual anak durian penanti.
2. semai dan kawin pokok klon.
Fokus dua perkara ini pun sudah cukup bagus. Ini belum ambilkira tanam pisang, avocado, ubi dan macam macam lagi.
Anak muda boleh berfikir secara serius potensi bidang ini. Ada yang akan nampak macam ‘sembang gajah pun boleh terbang’. Ada yang melihatnya sebagai peluang untuk diteliti… terpulang.
Sekadar perkongsian apa yang dibuat, pengalaman sendiri dan apa yang dirasakan dengan 20 tahun dalam niaga, sebagai bandingan.
Meninjau di ruangan komen menurut Masidah Binti Mat Nasir, “Saya setuju. Tetapi, tak ramai anak muda yang suka. Jika boleh undur masa, lepas abis U dulu, saya terus tanam durian atau ceburi bidang pertanian. Ramai masih tak nampak. Maklumlah, berpanas, bukan dalam aircond.”
Manakala menurut Abdul Ghopar Zakarian Ansari , tulisnya “Orang lain sedang mengikut trending menukar tanah kebun menjadi campsite.
“Saya menongkah arus transformasi tanah kebun milik bapa dengan tanaman durian yang tersusun. Keluasan hampir 2 ekar jumlah pokok mengikut spesifikasi jarak yang dicadangkan oleh Jabatan Pertanian maksimum boleh masuk 50 pokok.”
Namun Afnaz Ayub Amin pula menyatakan pandangannya, berkenaan tanah. Ujarnya, “Kalau anak org kaya ada wasiatkan tanah berekar2 boleh la…klu tanah peninggalan org tua tp seekar je adik beradik ramai..makan gaji mudah.”
Apa yang pasti lain orang lain pandangannya, namun apa yang pasti berbudi pada tanah pasti ada pulangannya.
Sumber : Ribwan Ayob
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Tanam Pokok Ketumbar, Confirm Menjadi. Beli Biji Ketumbar & Semai. Wanita Ni Kongsi Tip Pokok Hidup Subur!
Pokok ketumbar biasa digunakan dalam masakan. Daunnya berbau kuat dan kurang digemari bagi esetengah orang.
Tetapi cukup enak apabila dimasukkan ke dalam masakan terutama tomyam, membangkitkan aroma dan menambahkan kesedapan.
Tak sangka, nak tanam nya pun mudah. Biji ketumbar dibeli dari kedai dan disemai boleh hidup subur dengan cara ini.
Jom baca perkongsian puan Rosziyana Bakar bagaimana dia menggunakan biji ketumbar Dan terus semai. Kini hasilnya pokok ketumbar hidup subur.
Pokok ketumbar@coriander. Sebelum ni, banyak kali tanam guna keratan batang tp tak menjadi.. bila tumbuh tunas baru je, batang membusuk.. kali ni, cuba semai daripada biji ketumbar (beli kt diy brand Trio).. Saya tak rendam dulu pun, terus semai.. Alhamdulillah, senang hidup dan subur.. Apa yg saya belajar👇👇👇
✅2 minggu baru tumbuh
✅Siram pagi & petang
✅Siram waktu tengahari jika cuaca panas & pokok nmpk layu(1 gelas air shj)
✅Baja 1 minggu sekali (selepas 2 minggu pindah ke pasu lain)
✅Baja ikan, air rendaman kulit bawang, air basuhan beras.
*Pokok ketumbar suka air.. tanah kene sentiasa lembab tp bukan terendam ye.
***Semoga bermanfaat
ARTIKEL MENARIK: Sebelum Bercuti Atau Balik Kampung Kena Letak Duit Syiling Dalam ‘Freezer’, Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu!
Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Lelaki Ni Kongsi Projek DIY Kabinet TV Wall Mounted Tak Guna Cat. Siap Berlampu, Memang Cantik & Jimat!
Penggunaan ruang yang betul untuk menempatkan televisyen penting terutama sekali memastikan keselamatan jika anda memiki anak kecil.
Selain itu kaedah ini juga dapat membantu, menyembunyikan wayar yang berselirat. Nak tempah kabinet TV ni pastinya memerlukan modal yang banyak, apa kata rajin-rajinkan diri buat sendiri je.
Jom tengok perkongsian oleh Ray Didek melalui Facebook ini yang berkongsi cara DIY Kabinet tv tanpa cat dengan kos di bawah RM500.
Saya berminat nak share Projek DIY Kabinet TV Wall Mounted tanpa menggunakan cat.
Anggaran kos bawah RM500 (untuk harga barang sahaja).
Bagi yang berminat nak cuba buat sendiri bolehlah buat rujukan dan penambahbaikan mana yang patut.
Di sini saya senaraikan bahan-bahan yang digunakan.
BAHAN-BAHAN
Plywood 18mm = 1 unit (4ft x 8ft)
Plywood 12mm = 1 unit (4ft x 8ft)
Wallpaper (Black) = 1 unit (5m)
Wallpaper (White) = 1 unit (5m)
Wallpaper (Walnut Wood) = 1 unit (<5m)
Hardwood (1inch x 6inch) = 1 unit 12ft (belah jadi 1inch x 3 inch)
Chasing (White) 2 inch = 1 unit
Laminated Plywood 3mm (White) = 1 unit (4ft x 8ft)
Door Hinge (concealed type) = 6 units
TV Bracket = 1 unit
3 pin Socket (2 Gang) = 2 units
2 Gang Switch = 1 unit
LED Eyeball Downlight (1W) = 2 units
LED T5 (5W) = 4 units (recommanded use LED strip Light)
L-Shaped Brackets = 10 units
1.5mm & 2.5mm Cable
Skrews
Magnetic Catches = 3 units
Cara Memasang:
1. Buat lakaran kabinet mengikut design kesukaan sendiri atas kertas.
2. Potong papan mengikut ukuran yang telah ditetapkan.
3. Lekatan papan tadi pada dinding mengunakan skru simen (saya guna skru panjang 3 inchi). Pastikan tebuk dinding dulu sebelum masukan skru.
4. Pasangkan chasing untuk menyimpan cable nanti.
5. Potong plywood 18mm untuk kabinet mengikut ukuran yang ditetapkan (saya potong guna circular saw).
6. Haluskan plywood tadi mengunakan kertas pasir (saya guna orbit sander).
7. Potong & Lekatkan wallpaper pada plywood (saya lebihkan sikit ukuran wallpaper dari ukuran plywood).
ini contoh wallpaper saiz 60cm x 5m. Saya beli di Shopee
8. Potong plywood 12mm mengikut ukuran yang ditetapkan. Plywood ni saya guna untuk back ground cabinet.
9. Lekatkan Laminated plywood 3mm warna putih pada plywood 12mm tadi menggunakan gam kayu (jenis CA).
10. Selepas kering, pasangkan plywood tadi pada dinding. Cantumkan pada papan di dinding tadi menggunakan skru.
11. Pasangkan L-shaped bracket pada kabinet dan pasangkan kabinet pada dinding (cantumkan dengan plywood 12mm yang dah dibalut dengan laminated plywood).
12. Tutup laluan cable menggunakan plywood 12mm yang telah dipotong.
13. Proses tambahan untuk sembunyikan skru.
14. Saya buat ukuran tebal muat² untuk pasang LED eyeball downlight lebih kurang 3-4 cm tebal.
15. Pasangkan TV Bracket, 3 pin Socket & LED eyeballs down lights.
16. Pasangkan pintu kabinet (saya guna plywood 18mm untuk pintu kabinet).
17. Bahagian tambahan. Floating rack.
Saya buat macam ni je untuk sembunyikan skru.
ini door hinge yang saya gunakan. Beli di kedai hardware.
ini Magnetic Catches yang saya guna. Beli di kedai hardware.
ini L-Shaped bracket yang saya guna beli di DIY.
Setelah semua siap pasang. Dah dirasmikan kumpulan Bulus .
Extra.. saya tambah satu lagi 3 pin plug untuk sembunyikan cable TV.. Saya gunakan sekali ada port USB sebab saya nak pasang LED strip light yang guna USB.
Saya pasang di belakang TV mcmni.
Beginilah hasilnya sebelum dan selepas.
Selamat mencuba!
Cuma perlukan sedikit kerajinan dan kos yang berbaloi.