Pokok Kesum Kena Rajin Cantas Baru Subur. Ada Lagi Rahsia Lain, Ni Dikongsikan!

Share

Khas buat anda yang ingin mencuba menanam pokok kesum di laman rumah, ini ada dikongsikan rahsia dan tip untuk pastikan pokok kesum yang ditanam hidup subur.

Jika ada sepokok dua bolehlah digunakan untuk menyediakan pelbagai menu yang enak seperti asam pedas, laksa dan sebagainya.

Pun begitu, andai sebelum ini pernah menanam pokok kesum namun bagai keadaannya seakan hidup segam mati tak mahu, jangan kecewa.

Usahakan juga seperti yang dikongsikan oleh Ibrahim Wossoli ini.


Alhamdulillah dah cantik semula pertumbuhannya setelah sebulan di cantas pendek. Lebih-lebih lagi pada musim hujan memang subur pokoknya.

Pokok kesom ni kena rajin cantas bila ia dah mula mengeluarkan bunga. Bila dah berbunga menandakan pokok sudah tua. Jika di biarkan lama kelamaan ia akan mati.

Bila dicantas pendek, tunas baru akan keluar dan membesar semula menjadi pokok baru.

Baja
Selepas dicantas, sya akan tabur baja tahi kambing. Seminggu sekali tabur baja NPK 15:15:15 dan baja kopi.

Jika ada serangan belalang, sembur dengan cuka kayu. In syaa Allah subur dan cantik pokoknya…..

Pokok kesom ni dah lebih 3 tahun saya tanam. Sampai ke hari ini ia masih bertahan hidup subur. Dah puas ambil buat dalam pelbagai masakan dan dah puas juga saya hantar ke pasar…..

Terasa satu kepuasan tak terkata bila hasil titik peluh kita hidup subur dan dapat dinikmati walaupun hasilnya tak seberapa jika dinilaikan dengan wang ringgit…. Betul tak???

Sumber : Ibrahim Wossali