
Khas buat anda yang ingin mencuba menanam pokok kesum di laman rumah, ini ada dikongsikan rahsia dan tip untuk pastikan pokok kesum yang ditanam hidup subur.
Jika ada sepokok dua bolehlah digunakan untuk menyediakan pelbagai menu yang enak seperti asam pedas, laksa dan sebagainya.
Pun begitu, andai sebelum ini pernah menanam pokok kesum namun bagai keadaannya seakan hidup segam mati tak mahu, jangan kecewa.
Usahakan juga seperti yang dikongsikan oleh Ibrahim Wossoli ini.
Alhamdulillah dah cantik semula pertumbuhannya setelah sebulan di cantas pendek. Lebih-lebih lagi pada musim hujan memang subur pokoknya.
Pokok kesom ni kena rajin cantas bila ia dah mula mengeluarkan bunga. Bila dah berbunga menandakan pokok sudah tua. Jika di biarkan lama kelamaan ia akan mati.
Bila dicantas pendek, tunas baru akan keluar dan membesar semula menjadi pokok baru.
Baja
Selepas dicantas, sya akan tabur baja tahi kambing. Seminggu sekali tabur baja NPK 15:15:15 dan baja kopi.
Jika ada serangan belalang, sembur dengan cuka kayu. In syaa Allah subur dan cantik pokoknya…..
Pokok kesom ni dah lebih 3 tahun saya tanam. Sampai ke hari ini ia masih bertahan hidup subur. Dah puas ambil buat dalam pelbagai masakan dan dah puas juga saya hantar ke pasar…..
Terasa satu kepuasan tak terkata bila hasil titik peluh kita hidup subur dan dapat dinikmati walaupun hasilnya tak seberapa jika dinilaikan dengan wang ringgit…. Betul tak???
Sumber : Ibrahim Wossali
Bertukar Nombor Telefon, Begini Cara Padamkan MySejahtera Di Nombor Lama & Gantikan Ke Nombor Baharu!

Mungkin ada yang menghadapi masalah di mana nombor telefon sedia ada tidak dapat digunakan atas masalah-masalah tertentu dan berhajat untuk menukar nombor telefon baharu. Pun begitu berasa bimbang pula dengan akaun MySejahtera yang telah didaftarkan dengan nombor tersebut akan hilang, terpadam dan sebagainya.
Atau pun ada yang mengalami masalah nombor telefon dan email tidak aktif, atau mungkin anda telah logout dari akaun MySejahtera, jadi apa perlu buat?
Sebenarnya anda boleh sahaja membuat akaun baharu tetapi dengan syarat anda perlu padam atau delete akaun lama terlebih dahulu. Ini sebagaimana perkongsian daripada Siti Nur Zulaikha.
Boleh rujuk melalui langkah demi langkah dalam artikel ini.
PENTING : BUKA DEKAT CHROME di pautan berikut https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/ (jangan sesekali buka dekat MySejahtera).
Cara Padam Akaun MySejahtera
Di sini ditunjukkan cara bagaimana untuk memadam ataupun delete akaun MySejahtera anda yang lama walaupun anda tidak dapat login ke akaun tersebut.
Untuk membuat sebarang perubahan kepada akaun MySejahtera, anda boleh menggunakan perkhidmatan MySejahtera Helpdesk.
Sistem ini akan memaparkan pelbagai masalah yang dihadapi secara terperinci. Kebanyakan isu biasa ada disenaraikan dalam Soalan Lazim (FAQ).
Jadi, dalam artikel ini saya kongsikan cara padam akaun. Untuk kemaskini maklumat pun boleh gunakan cara yang lebih kurang sama.
Ikut step by step yang saya ajar ye.
Langkah 1 : Layari https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/
Langkah 2 : Klik ‘Mula’
Langkah 3 : Klik pada pilihan ‘C’ -Saya ingin mengemas kini Nama, Nombor Kad Pengenalan / Pasport, ID Pengguna atau memadam akaun saya.
Langkah 4 : Kemudian klik ‘G’ -Saya ingin memadamkan akaun saya
Langkah 5 : Masukkan ID Pengguna MySejahtera yang lama (tolong faham yang lama. Kalau ID Pengguna MySejahtera nombor telefon, masukkan nombor telefon, kalau ID Pengguna e-email maka masukkan email.
Langkah 6 : Masukkan ID Pengguna MySejahtera yang lama (kalau Id Pengguna MySejahtera nombor telefon, tekan nombor telefon dalam bulatan kecil. Jika Id Pengguna MySejahtera e-mel, tekan e-mel) alamat e-mel untuk dihubungi tu masukkan e-mel yang aktif ye.
Langkah 7 : Nanti akan jadi macam ini (tunggu e-mel)
Langkah 8 : Akan dapat e-mel pertama yang dihasilkan secara automatik. Jangan balas e-mel ini.
Langkah 9 : E-mel kedua (E-mel ini penting. Baca betul-betul e-mel ini, kalau sebiji macam ni, boleh ke langkah ke 10 dan e-mel ini akan ambil masa ye. Kalau nasib anda baik, sekejap sahaja, kalau sistem jem, tak mustahil anda perlu tunggu hingga 5 hari.
Langkah 10 :Buka akuan MySejahtera (kalau tak ada lagi, boleh daftar dulu ye) tekan ‘COVID-19 Vaccination’
Langkah 11 : Klik Vaccine for (nama anda)
Langkah 12 : Nanti akan jadi macam ini (tengok ejaan nama, ic dan nombor telefon. Kalau salah boleh edit) lepas itu tekan ‘Confirm’
Langkah 13 : Jawab semua soalan (soalan 1 dan 4 tu penting. Soalan 1 jawab YA, soalan 4 tu masukkan alamat sampai keluar peta dalam petak tu. Soalan-soalan lain tu asas tentang diri anda.
Langkah 14 : Nanti akan jadi macam ini, tekan ‘Close’
Langkah 15 : Sudah siap (semua maklumat dalam MySejahtera yang lama telah pun dipindahkan ke dalam MySejahtera yang baru)
Sumber : Siti Nur Zulaikha
ARTIKEL MENARIK: Cha Bang Ang, ‘Dessert’ Senang Nak Buat & Sangat Sedap Hasil Gabungan 3 Jenis Susu!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Duit Koyak Jangan Simpan Je, Rugi. Boleh Tukar Untuk Dapat Nilai Penuh Atau Separuh Di Bank Negara!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Kayu Pallet Terbuang Buatkan Rak Dapur Begini. Ada Juga Gunanya!

Kreatif menggunakan bahan terbuang seperti kayu pallet untuk dijadikan sebagai rak dapur mudah alih seperti ini, pasti menjimatkan kos.
Bukan itu sahaja, malah rak kayu ini nampak begitu menarik dan punya gaya tersendiri. Sekali gus mencuri tumpuan dan ingin juga dimiliki.
Jadi apa kata ikut langkah mudah yang dikongsikan ini, untuk anda buat sendiri.
Salam rakan-rakan diy
6 langkah mudah untuk buat rak dapur mudah alih pelbagai guna dari kayu pallet – mengikut cara saya. (Terpulang kepada idea masing-masing).
1. Dapatkan kayu pallet ( saya guna pine wood)
2. Potong mengikut bentuk kotak-kotak dan paku.
3. Gosok dengan kertas pasir atau mesin ke atas permukaan kayu serta varnis jika mau.
4. Buatkan tiang kiri dan kanan secara vertical.
5. Screw atau paku kotak pada tiang kiri kanan.
6. Potong dan alaskan rumput tiruan (pilihan).
Sedia utk digunakan..selamat mencuba.
sumber : Jeffry Jefisz via Kelab Kaki D.I.Y
“Keluarga Itu Membahagiakan Saya.” Kongsi Minat Sama & Layan Seperti Ibu Sendiri, Rahsia Mawar Rashid Serasi Dengan Mentua!

Bagi Pelakon cantik manis dan juga duta produk kecantikan, Mawar Rashid ada cara tersendiri dalam melayan ibu mentuanya. Biarpun mendirikan rumah tangga dalam usia yang cukup muda, namun Mawar bijak membawa diri sebagai isteri dan juga menantu.
Sangat rapat dengan mummynya, Mawar yang juga anak bongsu mengakui melayan ibu mentuanya sama seperti memberi layanan kepada mummynya.
“Dulu ke mana sahaja Mummy pergi, pasti akan ada saya menemani. Dia seorang yang caring dan cukup lemah lembut selain sanggup berkorban apa saja demi anak. Tetapi lepas kahwin, dah tak boleh macam dulu.
“Pun begitu, hubungan dengan ibu mentua juga rapat kerana sudah ada ‘bonding’ dari awal. Seperti mana saya layan mummy, begitu juga layanan saya pada ibu (mentua). Awal-awal memang sedikit kekok, tapi ibu dan ahli keluarga yang lain banyak beri tunjuk ajar.
“Jadi timbul keserasian antara kami. Lagipun saya memang dilahirkan dalam keluarga besar dan kami sangat rapat. Jadi, apabila berada di rumah mentua, ia mengingatkan saya seolah-olah berada dalam keluarga sendiri. Mummy juga selalu ajar bagaimana untuk saya menjadi menantu yang baik pada mentua.
“Seronok sebenarnya kerana saya dapat belajar cara dan budaya hidup orang lain. Maklumlah sebelum ini saya lebih ke arah orang Thailand. Tetapi keluarga mentua pula lebih tersusun, disiplin dan waktu ini saya memang belajar banyak benda baru. Ibu ajar bagaimana mahu jadi isteri dan menantu yang baik memandangkan usia saya masih muda.
“Kalau di rumah ibu memang rajin memasak, jadi saya akan bantu mana yang patut. Cuma selepas disahkan mengandung saya alami alahan dan tak boleh memasak. Tetapi ibu sangat memahami dan prihatin. Banyak nasihat yang beliau kongsikan,”ulas Mawar yang mengakui aktiviti keluarga selain makan-makan, keluarga mentuanya juga gemar menonton bersama dan itu cara mengeratkan hubungan antara mereka.
Kahwin usia muda
Bahagia menggalas tanggung jawab sebagai isteri, menantu dan ibu tiri, akui Mawar sangat bersyukur dan berterima kasih kepada suami dan familinya.
“Masih banyak yang perlu saya belajar dalam kehidupan ini terutama sekali status dan tanggung jawab saya sekarang sudah berbeza. Apa pun saya bersyukur dan bahagia dengan apa yang saya tempuhi sekarang. Dalam usia 23 tahun saya sudah menggalas tanggung jawab sebagai isteri dan juga ibu tiri.
“Walaupun dulu saya meletakkan sasaran mendirikan rumah tangga di kala usia 28 tahun, tetapi saya tidak menyesal. Sebaliknya saya bertuah kerana mendapat suami yang penyayang dan bertanggung jawab. Malah sifat penyayang terhadap ibunya menunjukkan dia boleh menjadi suami yang baik kepada saya dan itu antara sebab kenapa saya setuju menjadi isteri kepada Raf.
“Memang saya akui agak takut dan gementar untuk menggalas tanggung jawab besar ini, tetapi suami dan ahli keluarga lain banyak beri sokongan. Tak timbul soal tak boleh enjoy sebaliknya saya rasa bertuah kerana sejak dulu saya sangat mementingkan keluarga. Malah bagi saya keluarga itu membahagiakan saya,” ujar Mawar yang kini sedang hamil anak kedua dan tidak sabar bergelar ibu dan berharap dipermudahkan segalanya.
Tak sekat pilihan anak
Sementara itu, Datin Umi Kalsom Abdol Latib tidak menyekat anak-anaknya dalam mementukan pasangan hidup mereka. Sebaliknya sebagai ibu, dia mendoakan dan berharap rumah tangga mereka sentiasa bahagia dan kekal sehingga ke akhir hayat.
“Sebagai ibu saya hanya mahu melihat anak-anak bahagia. Tidak kisah siapa jua pilihan, baik muda, tua mahupun matang semua saya terima. Mawar misalnya, seorang yang masih muda tetapi dia cepat belajar dan mahu dengar nasihat walaupun ada masanya sifat keanak-anakkannya masih tak hilang.
“Malah, saya dulu pun kahwin usia 23 tahun. Bezanya Mawar ada anak tiri jadi tanggung jawab dia lebih berat. Usia Raf 33 tahun dan lebih tua dari Mawar, tetapi kalau Allah sudah tetapkan jodoh mereka siapa yang mampu menolak kan. Saya pula jenis ibu mentua yang sporting dan layan semua menantu macam anak sendiri.
“Saya tidak mahu menantu rasa canggung bila duduk sekali. Mawar saya layan macam anak sendiri, selalu peluk, usap rambut dia jadi itu buat hubungan kami rapat. Sementelah dia sekarang sedang berbadan dua, jadi saya selalu kongsikan ilmu dan pengalaman saya sebelum ini.
“Selain Mawar, keluarga Fazley juga tinggal bersama saya. Jadi Azrene (menantu) juga saya layan sama rata. Tiada beza antara mereka dan kami juga berkongsi minat yang sama iaitu memasak selain bercuti bersama,” ujar Datin Umi Kalsom yang mempunyai 4 orang anak, dua lelaki dan dua perempuan pelengkap hidupnya bersama arwah Datuk Yaakob Mohammad.