Pokok kantan yang tidak putus berbunga dan tumbuh subur membuatkan penanamnya terutama yang berniaga meraih pendapatan yang lumayan. Kalau pun untuk makan sendiri, ianya berbaloi kerana harga bunga kantan di pasaran boleh tahan mahalnya.
Jika anda kerap menggunakannya elok juga tanam sendiri di sekitar rumah. Bagi yang nak cuba tanam pokok kantan
ini boleh ikut tip yang dikongsi oleh Ibrisam Wossali. Cara yang dipraktikkan ini katanya bukan saja membolehkan pokok kantan yang ditanam hidup subur tapi juga tak pernah putus berbunga.Tip pokok kantan yang ditanam tak putus berbunga
Pokok kantan saya ini memang rajin berbunga. Tak pernah putus berbunga. Seawal umurnya hampir setahun lepas tanam dah belajar berbunga.
Saya dapat tunjuk ajar dan petua menanam pokok kantan ini daripada seorang rakan berkebun.
*Mengikut pengalamannya nak tanam pokok kantan kena kawasan 100% kena cahaya matahari.
*Sediakan lubang tanaman dengan tanah campuran baja organik. Biarkan seminggu lebih.
*Selepas seminggu lebih, boleh tanam rizom kantan ataupun anak pokok kantan yang dah ditanam dalam polibeg terlebih dahulu.
*Selepas tanam, buat sungkupan di sekeliling perdu pokok. Bertujuan mengekalkan kelembapan tanah. Siram dua kali sehari.
*Bila pokok sudah besar sikit beri baja NPK hijau ataupun baja kopi. Waktu ini kena selalu tabur serbuk kulit telur. Serbuk kulit telur ini menjadi baja kepada pokok kantan.
Alhamdulillah saya ikut caranya seperti yang diajar. Setelah hampir setahun pokok kantan saya berbunga buat pertama kalinya.
Sampai sekarang sudah hampir tiga tahun pokok kantan saya tidak pernah putus berbunga. Itulah rahsianya saya selalu tabur serbuk kulit telur dan beri baja NPK biru.
Sumber: Ibrisam Wossali