Mengetahui pelbagai teknik tentang tanaman menarik juga untuk difahami. Setidak-tidaknya bolehlah digunakan untuk memastikan tanaman yang ditanam hidup subur dan mengeluarkan hasil yang banyak.
Contohnya, berkaitan tanaman kantan. Rupanya ada trik nak pastikan kantan boleh berbunga lebat.
Bila banyak bunganya bolehlah macam-macam resipi dimasak seperti laksa, kerabu, asam pedas dan macam-macam lagi.
Nsk tahu tipnya, ini sebagaimana yang dikongsikan oleh saudari Haninah. Jom semak.
Ads
CARA UNTUK MEMASTIKAN BUNGA KANTAN BERBUNGA KERAP DAN BANYAK SERTA SIHAT DAN SELAMAT HINGGA WAKTU SESUAI UNTUK DITUAI
Ads
1. Kantan mula berbunga biasanya selepas 2 tahun lebih ditanam. Kantan biasanya tidak memerlukan baja.
Ads
2. Untuk berbunga kerap:
Kantan gemar persekitaran yang basah dan lembab.
Kena rajin “bagi hujan” apabila hari tidak hujan dengan menyiram secara semburan halus ke atas.
3. Setelah mula mengeluarkan putik bunga, letak potongan botol plastik untuk mengelakkan musuh tanaman.
(Rujuk gambar)
Ibu bapa mana yang tak gembira dan bangga kan melihat pencapaian anak-anak mereka. Walaupun di usia yang masih keanak-anakan, namun dia sudah menunjukkan otaknya yang genius dengan menghafal sifir 12 dengan lancar.
Itulah yang dikongsikan oleh seorang bapa kepada kanak-kanak bernama Noah.
Menurut Shamer, anaknya itu telah menunjukkan minat yang mendalam dalam subjek matematik sejak usianya memasuki dua tahun.
“Sekarang Noah mampu menjawab soalan sifir satu hingga 12. Bukan sahaja bijak dalam sifir, malah Noah juga dapat membezakan nombor dari sa, puluh, ratus, ribu, juta, bilion dan keatas.
Selain itu, dia juga cekap dalam mengingati nama-nama benda, haiwan dan lain-lain.
“Kami banyak menggunakan cara atau teknik belajar sambil bermain. Ini membuatkan dia lebih suka dan menarik minat mereka untuk belajar sesuatu yang baru.
“Malah, isteri pun yakin penggunaan kad imbas dalam mengajar anak cukup berkesan,” jelas Shamer lagi.
Dalam pada itu Sahmer turut berkongsi beberapa tip untuk dijadikan panduan buat ibu lain dalam melakukan aktiviti bersama anak-anak.
5 Aktiviti Yang Boleh Parent Lakukan Bersama-sama Anak di Rumah.
. Since ramai yang dm kami tanya macam mana nak buat supaya anak cepat ‘tangkap’ apa yang ibu bapa ajarkan. Kami share sikit lah ye apa yg kami buat. Activity apa yang sesuai untuk anak-anak. . Kami sendiri pun masih belajar dan bukannya Pakar dalam bidang ‘Parenting’ ni sebenarnya. Tapi tak salah kalau kami kongsikan sedikit apa yg kami buat. . Lagi banyak masa kita luangkan bersama anak, lagi banyak benda anak boleh explore. Antara aktiviti yg boleh kita buat :-
.
1. Aktiviti Seni atau Projek DIY
.
2. Lipat Baju, Susun Barang bersama
.
3. Membaca Buku ikut Minat Anak (ikut kesesuaian umur)
.
4. Mengaji Al-Quran atau Menghafal Surah Surah Pendek
.
5. Main Puzzle atau mainan menguji kemahiran berfikir anak
.
Insyaallah kami akan kongsikan lagi tips yang lain pada post akan datang ☺️.
Ada sebabnya mengapa kita sebagai ibu ayah teringin sediakan ruang belajar yang selesa untuk anak-anak di rumah. Selain untuk memanfaatkan ruangan kediaman yang ada, besar juga harapan kita agar anak-anak dapat belajar selesa dan lebih fokus di sudut yang ditetapkan.
Namun keinginan mewujudkan ruang belajar untuk anak-anak kadang-kala terbantut juga hasrat murni itu disebabkan bajet yang terhad untuk direalisasikan.
Pun begitu, percayalah tidak semestinya bajet yang mahal itu cantik dan sempurna bahkan jika kena gayanya, produk serendah RM2 sekali pun mampu memberi impak ruangan belajar yang punya elemen wow nya yang tersendiri.
Ini sebagaimana apa yang dikongsikan oleh Puan Nor Faizalina ini. Jom lihat hasil kreativitinya mencipta ruangan belajar yang selesa dan bergaya. Diharapkan ilham ini dapat dijadikan inspirasi untuk anda.
#RuangBelajar
Dah lama buat. Saja nak kongsi idea. Sebab ruang ni sesuai bagi mereka yang ada ruang terhad dan nak budget fulusnya.
Kebanyakan barang yang Kak Izah guna beli di ECO dan DIY. Kecuali rak beli di Tesco, set meja kerusi beli di Nilai. Semoga bermanfaat.
Dinding guna wallpaper foam.
Separuh putih separuh grey sebab asyik habis stok je di ECO
Pernah tak pakai gelang, tup tup boleh tercabut? Rasanya macam dah tutup rapat dah cangkuknya, tapi macam mana boleh tercabut pula gelangnya. Kalau tercabut sahaja tak mengapa, kes hilang tercicir ni sedih juga la rasanya!
Kalau anda nak tahu, pengcangkuk berbentuk S antara yang paling mudah tersangkut malah lebih senang tertanggal walaupun dah pasang dengan ketat.
Dah tu, macam mana nak elak daripada benda ni berlaku? Haaa ini dia jom ikuti perkongsian dari pemilik akaun Tiktok, Mexsu_empire nak tunjuk cara betul untuk pastikan gelang lebih tahan lama, tidak rosak dan tercicir dengan mudah.
Tip untuk gelang yang ada cangkuk S!
Elak dari buat macam ni!
1. jangan buka cangkuk ke atas macam ni.
2. jangan tindih cangkuk macam ni.
Cara betulnya..
1. Bila buka cangkuk ke depan bukan ke atas.
2. Bila tutup cangkuk pastikan dia rata dan tak bertindih.
Boleh rujuk video di bawah ini untuk lebih faham caranya
Meninjau di ruangan komen, rata-rata baru tahu cara betul yang diajar seperti pemilik akaun Tiktok ini. Malah ada juga yang berikan tip lain dengan ikat benang pada gelang.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...