Pokok Jambu Batu Di Laman Rumah Berbuah, Segera Balut Teknik Ni Agar Buah Selamat Dari Serangga!

Share

Antara pokok buah-buahan yang biasa di tanam di laman rumah adalah seperti pokok mangga, pokok mata kucing,  pokok jambu batu dan betmacam-macam lagi.

Selain tujuannya untuk menghijaukan laman, dapat juga seisi keluarga menikmati hasilnya bila berbuah kelak.

Dan sekiranya telah berbuah, perlu juga kita memberi lebih tumpuan untuk pastikan buah tersebut elok dan tidak dimakan tupai atau serangga perosak.

Contohnya dalam menjaga buah jambu batu dari serangan lalat buah, nak tahu tekniknya di sini dikongsikan untuk manfaat bersama.

Step 1

Anggaran saiz buah jambu batu sebesar ini, bolehlah dilakukan proses membalutnya agar tidak terdedah dengan serangga perosak.

Step 2

Jika ada terlihat dot-dot di bahagian kulit buah jambu batu, boleh digunting atau dibuang sahaja. Ini kerana buah tersebut telah ditebuk oleh lalat buah dan jika dibalut juga, buah tetap tidak akan elok.

Step 3

Jika buah terlalu banyak dalam satu tangkai, disarankan untuk buang dan pilih yang terbaik bagi tujuan untuk memberi peluang buah dapat membesar dengan sempurna. Selain itu,  bertujuan agar bila buah besar dahan tidak patah.

Step 4

Setelah itu ambil surat khabar dan dilapiskan dengan plastik yang dibuat lubang air di bahagian bawahnya. Kemudian sarungkan pada buah yang ingin dibalut dan stepler kan pembalut pada bahagian dahan pokok agar bila buah membesar balutan tidak terbuka atau terjatuh.

Step 5

Pastikan pokok tidak perlu tinggi dan sebaiknya potong dahan bahagian  atas supaya senang proses balut buah dilakukan dan senang juga untuk dipetik. Anggaran ketinggian 7 kaki sudah memadai.

Ekstra tip :


Baja organik dalam 1 kg diperlukan untuk pokok yang sudah besar. Tabur keliling anggaran jauh dalam 2-3 kaki dari batang pokok. Seeelokknya baja 2 minggu sekali.

Hasilnya bila dilakukan penjagaan yang baik akan menghasilkan buah yang elok.

 

Sumber : Iffah Effah