Pokok Hiasan Nak Nampak Tinggi & Besar, Buat Macam Wanita Ni Kongsikan. Praktikal Sangat!

Share

Memberi gaya pada ruangan kediaman dengan menghadirkan pokok hiasan memang tidak dinafikan sangat cantik. Lebih-lebih lagi bila pokok berukuran tinggi, boleh memberi impak yang lebih berkesan pada ruang kediaman.

Andai kata anda tidak berpuas hati dengan ukuran pokok hiasan yang dibeli, apa kata anda lakukan seperti yang dikongsikan oleh Farah Syahirah. Menurutnya, pokok hiasan yang dibelinya secara online adalah berukuran 140cm dan bila dibuat diy boleh menjadi setinggi 160cm.

“Ni saya nak share tips untuk buat kan pokok viral Skybird @ Traveler Banana untuk nampak lebih tinggi walaupun ketot.” Ujarnya.

Macam pokok ni saya order sendiri dari China dengan harga RM150 camtu tapi bila sampai rasa macam ehh pendek sangat lah pulak. Then saya beli high vase ni, pokok tenggelam ke dalam lah pulak. So ni cara untuk buat pokok nampak lebih tinggi dan kemas.

Pasu putih tu jenis tanah liat, berat jugak. Saya beli di Nursery dekat Kuala Pilah, RM35 je , 3pcs RM100. Memang saya beli 3pcs pon sebab lagi 2 untuk pokok hidup saya.

Ni pokok saya tinggi 140cm sahaja, saya beli sendiri dari China. Yang ni jenis premium, boleh iron guna steamer kalau kedut. Kalau yang jenis gred B, lebih murah boleh dapat

Saya guna pasu plastik ni untuk penuhkan ruang kosong di dalam, saya reuse pasu lama sahaja. Terbalik kan dan  tekup ke bawah utk cover ruang kosong.

Ni saya guna 2pcs. Kalau tak ada, boleh beli dekat diy/nursery RM2 gitu kot. Kalau agak-agak tak tahu size, boleh beli size lebih kecil, sebab kalau besar takut tak muat sebab macam pasu saya ni dia mengecil di bawah.

Taraa dah tinggi. Sebab nampak berlubang so saya guna sabut kelapa untuk cover. Pon jual dekat nursery dalam RM2-3


Dah tutup dan kemaskan.

Sumber : Farah Syahirah 

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BUAT ROTI JALA VIRAL dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/ceriakan-hati-dengan-buat-roti-jala-viral/ atau whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club