Memberi gaya pada ruangan kediaman dengan menghadirkan pokok hiasan memang tidak dinafikan sangat cantik. Lebih-lebih lagi bila pokok berukuran tinggi, boleh memberi impak yang lebih berkesan pada ruang kediaman.
Andai kata anda tidak berpuas hati dengan ukuran pokok hiasan yang dibeli, apa kata anda lakukan seperti yang dikongsikan oleh Farah Syahirah. Menurutnya, pokok hiasan yang dibelinya secara online adalah berukuran 140cm dan bila dibuat diy boleh menjadi setinggi 160cm.
“Ni saya nak share tips untuk buat kan pokok viral Skybird @ Traveler Banana untuk nampak lebih tinggi walaupun ketot.” Ujarnya.
Macam pokok ni saya order sendiri dari China dengan harga RM150 camtu tapi bila sampai rasa macam ehh pendek sangat lah pulak. Then saya beli high vase ni, pokok tenggelam ke dalam lah pulak. So ni cara untuk buat pokok nampak lebih tinggi dan kemas.
Pasu putih tu jenis tanah liat, berat jugak. Saya beli di Nursery dekat Kuala Pilah, RM35 je , 3pcs RM100. Memang saya beli 3pcs pon sebab lagi 2 untuk pokok hidup saya.
Ni pokok saya tinggi 140cm sahaja, saya beli sendiri dari China. Yang ni jenis premium, boleh iron guna steamer kalau kedut. Kalau yang jenis gred B, lebih murah boleh dapat
Ads
Saya guna pasu plastik ni untuk penuhkan ruang kosong di dalam, saya reuse pasu lama sahaja. Terbalik kan dan tekup ke bawah utk cover ruang kosong.
Ni saya guna 2pcs. Kalau tak ada, boleh beli dekat diy/nursery RM2 gitu kot. Kalau agak-agak tak tahu size, boleh beli size lebih kecil, sebab kalau besar takut tak muat sebab macam pasu saya ni dia mengecil di bawah.
Taraa dah tinggi. Sebab nampak berlubang so saya guna sabut kelapa untuk cover. Pon jual dekat nursery dalam RM2-3
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Penggunaan minyak masak dalam menyediakan makanan sama ada untuk tumisan atau menggoreng perlu dihadkan. Ini kerana semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang tertinggal di dalam minyak.
Menurut Dr Zubaidi Haji Ahmad, jika minyak ini digunakan berulang kali, semakin banyak sisa toksik HNE atau 4-hydroxy-trans-2 nonel yang terkumpul dalam minyak itu. Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut.
Menggunakan minyak yang telah digunakan beberapa kali akan mengundang risiko mendapat penyakit atherosclerosis (salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal), penyakit hati, penyakit jantung, penyakit alzheimer, parkinson dan barah.
Sebaik-baiknya minyak masak digunapakai maksimum sehingga dua atau tiga kali sahaja. Jika minyak berkenaan telah bertukar warna menjadi perang kehitaman, minyak berkenaan perlu dibuang.
Minyak sisa menggoreng haiwan yang berdarah seperti ayam, ikan atau daging seelok-eloknya tidak diguna semula dan terus dibuang kerana darah haiwan itu akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemaknya yang berbahaya kepada kesihatan.
Hal ini berbeza bagi minyak hasil daripada gorengan sayur, ikan bilis, tempe, tauhu, dan kuih-muih. Minyak masak berkenaan masih boleh dipakai untuk kali kedua dan ketiga asalkan tidak bertukar warna serta segala sisa gorengan didalamnya ditapis dan dibuang.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Puding kastard dengan kuah susu dan koktail buah-buahan campuran ini seringkali menjadi pilihan hidangan pencuci mulut untuk hidang seisi keluarga mahupun ketika menjamu tetamu yang berkunjung ke rumah.
Rasa pudingnya yang enak, kuah susunya yang manis berlemak di samping buah-buahan yang berwarna warni mampu membuka selera sesiapa sahaja, terutamanya anak-anak. Apa kata sesekali cuba buat puding istimewa ini.
Cara-cara membuatnya tidaklah sesukar mana, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.
Bahan-Bahan (Puding):
1 tin susu cair jenama IDEAL
1 tin tepung kastard Bird Custard (ikut sukatan tin susu)
4 tin air
Setengah tin gula pasir
Cara Membuat:
1.Larutkan semua bahan didalam kuali.
2.Setelah larut, barulah letakkan kuali tersebut diatas dapur dan buka api.
3.Guna api yang paling perlahan dan kacau selalu adunan tersebut sehingga ia nampak pekat dan berkilat.
4.Kemudian,masukkan ke dalam bekas-bekas kecil atau boleh juga masukkan ke dalam loyang.
5.Biarkan puding sejuk seketika dan simpan didalam peti sejuk.
Bahan-Bahan (Kuah Susu):
2 tin susu cair jenama (IDEAL)
1 tin susu pekat
1tin @ 3/4 tin gula pasir (ikut kemanisan)
1/2 tin air
1 tin buah-buahan koktail
Cara Membuat:
1.Campurkan semua bahan-bahan tersebut ke dalam periuk kecuali buah-buahan koktail didalam tin.
2.Kacau sebati atas dapur dengan menggunakan api yang paling kecil, cukup sekadar memanaskan kuah susu dan tidak perlu sehingga kuah susu mendidih.
3.Setelah suam,masukkan air dan buah-buahan koktail dan simpan didalam peti sejuk.
Tip ekstra:
Simpan semalam didalam peti sejuk semalaman dan jangan letak ais pada kuah susu kerana ia akan membuatkan kuah susu cair.
Boleh juga campurkan dengan buah-buahan segar seperti strawberi, kiwi, peach dan sebagainya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Aktiviti menonton rancangan TV bersama keluarga semestinya menjadi perkara rutin yang kita lakukan terutamanya pada hujung minggu. Umumnya juga, aktiviti menonton tv ini lebih seronok jika ada kudap-kudapan tersedia. Betulkah begitu? Jadi bolehlah sambil-sambil mata asyik tertumpu pada kaca tv, mulut pula mengunyah makanan kegemaran seperti kerepek atau sebagainya.
Bercerita pasal kerepek, mungkin ada keluarga yang menggemari rasa kudap-kudapan yang dikenali sebagai rempeyek ini. Ia mempunyai rasa berempah dan rangup serta disempurnakan dengan taburan kacang tanah dan ikan bilis di atasnya.
Andai ada yang teringin mencuba memasaknya dan kemudian dihidangkan kepada keluarga, bolehlah mencuba resipi yang dikongskan ini. Jom semak.
“Saya dah penah share buat kuih rempeyek ni.. Tapi dah alang-alang buat jom la saya sharekan lagi sekali resepi. Mana tau kot ada yang nak mencuba. Simple je.. Nanti try ek“- Rarra Sakura
Bahan-bahan:
1 kg tepung beras (saya guna cap teratai)
2 cawan santan pekat
1/2 sudu kecil kapur makan (untuk bagi crunchy)
1 biji telur
* 8 ulas bawang putih (naikkan rasa lemak)
Garam secukup rasa
* 3 sudu besar jintan manis
* 3 sudu besar jintan kasar
* 3 sudu besar ketumbar biji
Bahan bertanda * ni saya kisar kering. Nak guna lebih pun boleh.
Air secukupnya (saya buat sukatan 5 cawan dulu, tengok macam pekat baru tambah sikit-sikit)
Bilis dan kacang (kacang saya jemur dulu nak bagi ia kekal rangup bila dah digoreng)
Cara buat :
Bancuh semua bahan ni. Air kena pandai agak, bancuh tu jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.
Saya selalu test goreng seketui dua dulu pas bancuh, tengok struktur kuih, baru leh nampak tebal ke nipis sangat ker. Kalau tebal, boleh tambah air sikit. Kalau terlalu nipis, boleh tambah sikit tepung. Kalau nipis sangat, kacang dan bilis tu susah nak lekat. Kena rajin eksperimen sikit sampai dapat adunan yang ngam.
Boleh goreng macam biasa. Guna acuan yang direndam dalam kuali bersama minyak yang betul-betul panas ek. Rempeyek yang ok, masa goreng tu ia akan tertanggal dengan sendirinya serta strukturnya tak tebal dan tak nipis sangat.
Jangan lupa tabur kacang dan bilis banyak-banyak. Satu lagi sentiasa kacau adunan sebelum menggoreng. Insyaalah sedap.
sumber : Rarra Sakura via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Penyanyi Syura Badron berdepan detik cemas apabila suaminya, Muhammad Farizat, mengalami kecederaan melecur teruk akibat insiden letupan gas yang berlaku pada Jumaat lepas.Penyanyi lagu...