Pokok Hiasan Dalam Rumah Nak Kekal Segar, Ada Cara Penjagaannya!

Share

Mengindahkan ruang rumah agar terlihat cantik dan rapi, akan lebih berseri jika  digayakan bersama pokok hidup pelbagai saiz dan bentuk.

Memastikan pokok yang ditanam  di laman rumah kekal segar, ada baiknya ketahui asas penjagaan indor plan yang dikongsikan ini.

ASAS PENJAGAAN INDOOR PLANT

Mungkin dah ramai tahu kelebihan pokok dalam rumah, kemudian ramai pula yang baru berjinak-jinak berkecimpung dalam bidang tanaman hidup ni kan.

Jadi hari ni kakak share tips asas penjagaan pokok dalam rumah ok.

Indoor plant ni sebenarnya tak lah rumit mana nak jaga. Cuma setiap pokok tu dia ada cara dia tersendiri .

Gambar hiasan

Basic rules pokok hidup dalam rumah:
1. Pastikan tanah lembab
2. Siram 3-4 hari sekali bergantung kepada kelembapan tanah tadi.
3. Jangan selalu siram pokok. Biar kurang air dari lebih air. Jika kurang air, pokok layu tapi once kita siram, akan segar semula. Jika terlebih air, akan merosakkan akar pokok. So pokok boleh mati.
4. Pokok hidup memang semula jadi perlu matahari. Seeloknya letak pokok ditepi tingkap.

Gambar hiasan

5. Jika rumah tak masuk matahari, dedahkan pokok 1-2 minggu sekali pada matahari.
6. Kalau jenis pokok yang memang indoor, jangan letak di kawasan direct sunlight.
7. Perlu baja kan pokok dalam 1-2 minggu sekali. Pokok juga perlu makan.
8. Untuk pasu yang tidak berlubang dibawah, saya letakkan pasu basic yang plastik dalamnya. Kira pasu luar tu sebagai hiasan.

Gambar hiasan

9. Jangan biarkan air bertakung dalam alas pasu.
10. Setiap pokok tak sama cara penjagaannya. Ada tak boleh lebih air, ada yang memang boleh hidup dalam air.

Pokoknya, kalau tak tau, tanyalah tukang jual .

Nanti ada masa kakak share pulak cara jaga setiap pokok.

Orang kata tangan panas tak boleh tanam pokok. Sebenarnya bukan salah tangan yang panas. Tapi mungkin sebab tangan rajin sangat siram pokok .

Tips ini mungkin berbeza dari orang lain. Ini hanya dari bacaan dan pengalaman kakak tanam pokok hidup. Banyak dah pokok kakak binasa sebelum ni sebenarnya.

Sumber : Atul Kiena